Showing posts with label Teori With Heart. Show all posts
Showing posts with label Teori With Heart. Show all posts

Friday, December 14, 2012

Mengatur Alat-alat di Meja Cara Timur

Assalamualaikum dan Salam Sayang,

Berjumpa kita sekali lagi dalam kelas teori di blog. Setelah menghadiri kelas teori , hadir pula dalam dunia alam maya untuk memberi pnp . Tidak mengapa, Ilmu ini hendak disebarkan dengan menggunakan hujung jari sahaja. Baiklah rakan-rakan sekalian. Entri kali ini ingin kami kongsikan dengan anda mengenai bagaimana Mengatur Alat-Alat di Meja Cara Timur. Ianya terbahagi kepada 3 cara untuk mengatur iaitu  cara Melayu, cara Cina dan cara India.

Mengatur Alat-Alat di Meja Cara Melayu

Kita sering melihat masyarakat Melayu menghidangkan makanan kepada tetamu mereka. Pelbagai cara dapat dilihat sehingga kita sendiri terkeliru. Akhirnya, kita akan menghidang sahaja di mana-mana selagi ada ruang. Oleh sebab itu, tatasajian tersebut menjadi tidak seragam dan tidak tepat.

Biasanya cara mengatur meja cara Melayu menggunakan kain saprah sebagai alas hidangan. Pinggan makan diletakkan di hadapan pelanggan mengelilingi bekas lauk. Gelas air minuman diletakkan di sebelah kiri pinggan makan. Bekas basuh tangan dan napkin biasanya diletakkan di satu sudut saprah. Bekas lauk pula  diletakkan di bahagian tengah. Biasanya porsi untuk satu hidangan ialah empat atau lima orang.

Sekiranya tetamu tersebut dalam keadaan yang bersila atau duduk bersimpuh, buatlah lebih dari dua hidangan lauk yang sama dan diletakkan berhampiran dengan mereka. Hal ini adalah untuk mengelakkan mereka terpaksa melangkau jauh untuk mengambil lauk. Sekiranya mereka malu, maka makan nasi putih sahaja la macam tu. Sebagai tuan rumah, kita haruslah bersungguh-sungguh  melayan tetamu yang datang kerana orang yang datang ke rumah kita membawa rezeki.
Mengatur Alat-Alat di Meja Cara Cina

Kaum cina sering dilihat makan secara beramai-ramai. Mereka akan menggunakan meja bulat yang ditengah-tengahnya boleh dipusingkan. Ianya dipanggil lazy susan. Biasanya mengatur alat-alat di meja Cina memerlukan kayu sepit yang diletakkan di sebelah kanan. Gelas teh cina pula diletakkan di sebelah kanan kayu sepit. Piring diletakkan di sebelah hadapan pelanggan. Sementara mangkuk nasi dan mangkuk sup diletakkan di sebelah atas piring dan 2 biji piring sos kecil diletakkanh di sebelah kiri sudu makan. Seterusnya hidangan diletakkan di bahagian tengah meja bulat yang boleh dipusing-pusingkan.

Mengatur Alat-Alat di Meja Cara India

Cara mengatur alat-alat di meja makan cara India pula biasanya menggunakan daun pisang yang diletakkan di sebelah hadapan pelanggan. Gelas minum di letakkan di sebelah kiri, manakala bekas basuh tangan diletakkan di sebelah kanan daun pisang. Bekas lauk dihidangkan di bahagian tengah.





By Fatihah Anis & Nadia

Thursday, December 13, 2012

Identiti Masakan Timur

Assalammualaikum dan salam UPSI,

Pejam celik pejam celik..tinggal lagi 2 minggu untuk menghabiskan sesi pembelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sekejap sahaja masa berlalu. Seronok belajar di sini..banyak ilmu dan pengalaman yang diperoleh. Kepada adik-adik di luar sana yang masih lagi belajar, teruskan perjuangan sebagai seorang pelajar dan tanamlah minat untuk belajar sehingga ke peringkat yang tertinggi..Tidak kisah siapa kita dan dimana kita berada, yang penting adalah ..ilmu perlu dicari dan ianya tidak pernah habis. Semakin banyak  kita mencari, semakin banyak perkara yang kita tidak ketahui.

Teori minggu ini, ingin kami kongsikan serba sedikit mengenai identiti masakan timur. Sebagai contoh, ingin kami berkongsi mengenai identiti makanan Cina, India dan Thailand. Mungkin untuk entri yang akan datang, bolehlah kiranya kami berkongsi pula identiti makanan indonesia, vietnam dan lain-lain. Dalam perbincangan yang baru sahaja berlaku, kami berbincang dan bertukar pendapat mengenai identiti utama bahan yang digunakan, ciri-ciri masakan tersebut, alatan menghidang dan alatan memasak.

Identiti Masakan Cina

Ciri-ciri: Tidak terlalu pedas, sos menjadi penambah perisa dalam masakan memandangkan masakannya yang agak tawar
Kaedah memasak: Mengukus, mereneh, merendidih, tidak menggunakan minyak yang banyak.
Bahan-bahan masakan : Minyak bijan, tepung jagung, halia, bawang putih, lada sulah, minyak ikan, minyak bawang putih
Alatan menghidang: Pinggan mangkuk buatan seramik, menggunakan lazy susan, chopstik & chopstik stand,
Alatan memasak: , pengukus  biasa, pengukus buluh, dapur steamboat dan lain-lain.
Cth masakan:  Solok tofu pok, wantan, shark fin soup....


Identiti Masakan India

Ciri-ciri: Rasa masam dan pedas, banyak memasak menggunakan daging kambing.
Kaedah memasak: Merendidih, mereneh, menggoreng minyak penuh.
Bahan-bahan masakan: Biji sawi, tai ru/ susu masam, garam masala,  daun pudina, minyak sapi, daun kari, daun ketumbar
Alatan menghidang: stainless steel, thali katori, daun pisang
Alatan memasak: Periuk tanah dan periuk-periuk yang biasa digunakan.
Cth masakan india: Kari daging, ayam tandori, kambing masala...

Identiti Masakan Thailand

Ciri-ciri: Rasa masam dan pedas
Kaedah memasak: Merebus, mereneh, merendidih
Bahan-bahan masakan: Serai, daun ketumbar, daun limau purut, sos ikan(nam pla), chili bean paste(nam prik pao), pes kari merah, pes kari hijau, pes kari kuning, pes kari musaman dan lain-lain.
Alatan menghidang: Hot plate.....
Cth masakan Thailand: Tomyam Goong, kari kering rebung dan daging, green chicken curry, somtam dan banyak lagi.



Ini sahaja yang dapat kami kongsikan dengan anda semua. ...semoga kita berjumpa lagi di entri yang lain. salam sayang dari kami ....




By Fatihah Anis & Nadia

Sunday, December 2, 2012

Di mana hala tuju kuih tempatan kita?

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Pernahkah anda makan kuih tempatan seperti kuih ketayap, apam, kuih lepat pisang dan macam -macam lagi?Sudah tentu anda pernah memakannya. Tahukah anda bahawa banyak lagi kuih-kuih tempatan yang tidak diketahui oleh kita. Terlalu banyak hingga kami sendiri pun tidak pernah melihatnya. Setelah membuat mini penyelidikan mengenai pelbagai jenis kuih yang berada di Malaysia, barulah disedari bahawa kuih-kuih tersebut tidak lagi dijual atau dibuat pada masa kini. Sebahagian daripada kuih ini ada dijual tetapi mengikut waktu-waktu tertentu seperti bulan ramadhan. Sebahagiannya pula telah pupus secara perlahan-lahan. 

Bagaimana dengan generasi akan datang? Kami risau sekiranya cucu cicit akan datang tidak mengenali kuih-kuih tradisional ini. Kalau pada masa kini, pagi-pagi kita dihidangkan dengan kuih-muih tetapi  bagaimana  pula hidangan mereka pada masa akan datang.....

Kita sedar setiap yang berlaku ada sebabnya dan mengapa perkara ini terjadi. Telah kita ketahui bahawa dunia kini sudah tinggi teknologinya hingga ramai antara kita yang bersaing-saing untuk mengejarnya. Wanita-wanita pula  sudah pun lebih bekerjaya hingga tiada masa untuk melakukan perkara lain lebih-lebih lagi untuk membuat kuih.. (tak dinafikan ada segelintir wanita yang bekerjaya masih lagi rajin membuat kuih...).

Pulut Panggang


Sepanjang perbincangan di kelas teori, terdapat beberapa perkara yang dilihat penyumbang ke arah kepupusan kuih-muih tradisional ini. Telah dikenal pasti dan antara penyebab mengapa kuih-muih tempatan ini akan dilanda kepupusan adalah disebabkan;

a) Resepi yang tidak standard daripada orang-orang tua terdahulu.
b)Alatan  untuk menyediakan kuih tidak mencukupi. Cth: Acuan tembaga
c) Bahan-bahan masakan susah untuk ditemui.
d) Tiada masa untuk membuatnya.
e) Terpengaruh dengan makanan barat seperti burger, nugget, sosej, kentang goreng dan lain-lain.

Sebagai seorang guru, kita haruslah melakukan sesuatu supaya kuih-muih tradisional ini tidak akan hilang begitu sahaja kerana kitalah pewaris harapan bangsa dan negara. Pelbagai pendapat telah diberikan bagi menghidupkan kembali kuih-muih tradisional ini di sekolah. Antaranya ialah;

a)Membuat pertandingan memasak kuih-muih tradisional sempena minggu Kemahiran Hidup.
b)Membuat pameran berkaitan dengan kuih-muih tradisional.
c)Membuat satu sudut khas di laluan koridor sekolah/ bengkel kemahiran hidup mengenai kuih-kuih tradisional.
d)Membuat demostrasi  cara-cara membuat kuih-muih tradisional.
e)Soalan kuiz berkaitan dengan kuih-muih tradisional.
f)Lawatan sambil belajar ke IKS.
g)Memastikan kelas amali membuat kuih-muih tradisional ini dijalankan.
h)Assignment Kuih-muih tradisional.

Oleh itu, apa tunggu lagi wahai guru-guru diluar sana   Kita sama-sama hidupkan kembali kuih-muih tradisional yang berada di Malaysia kerana kitalah nadi yang akan meneruskannya. Segalanya bermula disini.
Kuih Nekbat


Sekian Terima Kasih.


By Fatihah Anis & Nadia

Thursday, November 22, 2012

Cerita Kuih Tempatan



Assalammualaikum dan selamat sejahtera...
Diharapkan pembaca blog berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Kali ni saya nak tulis entri mengenai kuih muih yang berada di dalam Malaysia. Rupe-rupanya banyak kuih yang masih tidak diketahui oleh kita. Terlalu banyak dan kebanyakannya kita tak pernah lihat apatah lagi pernah makan.

Bila difikirkan kembali kelas teori baru-baru ini, rasa nak tergelak pun ada. Bukan sebab apa tapi disebabkan ada beberapa nama kuih yang sangat pelik.sebagai contoh ialah Kuih Encik Abas Demam dan General Mahbob.(eheheheh, ada juga nama kuih macam ni yer). Ada beberapa kuih yang dilihat sama bentuknya di negeri-negeri tertentu tetapi cuma namanya sahaja yang berbeza. Boleh dikatakan sebagai transformasi kuih walaupun berabad zaman yang dulu. Saya tidak sempat untuk menyalin kesemua  kuih-muih yang dibentangkan oleh kawan-kawan tapi adalar sedikit yang boleh dikongsi bersama. Pada rakan-rakan..saya ambil sedikit maklumat anda yer.terima kasih....



Contoh kuih-muih:
Terengganu-Kuih Jala Emas, Encik Abas Demam..(mungkin en abas tengah demam masa buat kuih ini)
Kedah-Tepung Torak, Gedung Cok, Bunga Pudak, Lepat Liat...
Perlis-Kuih Qasidah, Kuih Emping Padi Manis ...
N.Sembilan-Kuih Sepang Goreng, Kue Sapik, Apam Johol, Gelemai...
Pahang-Kue Papena, Kuih Badak Berendam...
Selangor-Punten, Gandos, Tapai Goreng.....

Pernah dengar atau makan tak kuih ni. saya rasa macam tak pernah dengar dan tak pernah makan.  Mungkin lain kali saya boleh cuba untuk membuatnya.
Nantikan entri yang lain utk lihat kuih apa yang ada di negeri lain pula..jumpa lagi...



(Sumber rujukan: Kawan-kawan )
(Sumber Gambar: Mr Google)


by Fatihah ANis

Monday, October 1, 2012

KENANGAN MINGGU KEDUA (^_*)

Salam Sejahtera SEMUA!!!!

Setiap gambar ada kenangannya. Tapi jika tiada gambar tiadalah kenangannya...Benarkah???..oh Tidak.!!!.Bagi kami gambar itu bonus untuk mengingatkan sesuatu peristiwa itu dengan lebih teliti lagi. Yang penting ingatan seseorang itu pada sesuatu kejadian itu. Ingatan yang dipinjamkan oleh DIA yang bekuasa.

Ingatan kami pada minggu ke2 apa yang kami lakukan adalah pada kelas teorinya , Pn Su menyampaikan syarahannya kepada kami tentang sanitasi makanan..Betulkan kawan-kawan?:) Kami diarahkan untuk membuat kajian dimana-mana restoran pilihan kami dimana kajian itu berkaitan dengan amalan sanitasi makanan yang harus diamalkan oleh premis perniagaan... Wah...seronok juga kan..sambil makan, sambil memerhati..."jage-jage ade yang memaghati.."(seperti tagline artis Mamarazi Malaysia bukan..hehehe

Kami memilih Teratak Humaira sebagai pilihan kajian kami. Melalui kawan kami, beliau berkata pensyarah sering kali makan disini kerana kesedapannya. Oleh kerana itulah kami membuat kajian disini. Malangnya waktu kami hadir ke restoran ini tinggal beberapa sahaja lauk yang dihidangkan. Yang lain semuanya telah habis..sedihnya...:( Apakan daya demi misi kami, kami teruskan juga makan disini sambil memerhati ya..

Sedang kami asyik untuk menangkap gambar , pekerja restoran itu menegur kami. Alahai misi tak berapa jadi sangat .Hanya sekeping sahaja dapat kami bekalkan kepada anda.Mungkin kami perlu berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menjadi seperti "penyiasat" ! OH ! tidak..mulianya guru disisi kami..hehehe


Sedap nya!




okey..Kita tinggalkan dulu tentang aktiviti kelas teori , mai kita terjah kelas amali bersama Puan Ida.
Pertama sekali pensyarah kami ini comel sangat orangnya , sungguh ...bukan nak kipas ye ...hehehe tapi memang comel. Mungkin disebabkan seri pengantin yang  tidak hilang lagi...hehehe( Mak!!!!! kami mahu kahwin!!:):)  mak jawab : Habiskan dulu ngaji tu nak...:(
hehehe tapi Puan Ida memang comel..kecil molek je orangnya. Nanti kami upload kan gambarnya. (Camera tiada disisi lagi sebenarnya :(

Di kelas amali masih belum masak lagi ye..sabar..sabar... ALLAH sayang orang yang sabar...hehehe.
Kami didedahkan  dengan rempah ratus . Tujuannya adalah untuk kami mengenalpasti rempah ratus yang harus digunakan. Maklum sahaja lah dirumah, hanya  mak ,ayah dan nenek sahaja yang mengenali rempah ratus ini. Pendek kata hanya golongan Veteran sahaja yang mengenalinya.Melaui ini kami telah didedahkan. Hidu lah kami bau-bauan yang asli yang diciptakan olehNYA  kepada kita. Tetapi masih lagi kekeliruan itu ada. Mungkin selepas ini kami lebih mahir mengenali  rempah ratus.InsyaALLAH.:)

Rasa bangga melihat rakan seperjuagan yang sangat mahir dengan rempah-rempah ratus ini. Syabas ya! Untung siapa yang menjadikan mereka ini suri dihati mereka.Bertuah teramat...Siapa mereka? biarlah kami yang merahsiakannya. Memuji itu adalah racun sebenarnya...hehehe

Minggu ini juga kami diberikan resepi...waw!!! Nak tahu kami mendapat resepi apa???
                 Ta daaaaa........Sizzling Yee Mee..sedapnya. Sinonimnya kita selalu makan dimana?
ha....Tesco seringkali menyediakan masakna ini. Memang sedap....
mmm...Sedapnya ...

 Dan yang ini Wantan...Kami tidak pernah berpeluang untuk memasak wantan ini. Kedua-dua masakan ini adalah kali pertama akan mencuba ..Harap-harap menjadi , sedap dimakan oleh rakan taulan semua.
Wantan
Mmmm...Mesti anda semua laparkan. Memang lapar kalau tengok makanan ni. Minggu ini kami dapat masakan dari budaya Cina. Untuk resepi akan datang kami akan masak masakan India pula.
Bertuahkan kita di Malaysia ini, dapat makan, dapat belajar budaya yang berbeza.Alhamdulillah...

(Mari Nyanyi:) Cukup, cukup sudah..Cukup sampai disini sahaja..Ok sampai disini sahaja.
Jumpa lagi.JAGA DIRI ANDA.
Salam SAyanG~
K.a.M.i



Imbas kembali Minggu PERTAMA

ASSALAMMUALAIKUM..HAI Malaysia...!!!

Imbas Kembali??? hehehe..apakah yang di imbas kembali ?? ha...Aktiviti yang dilaksanakan pada minggu pertama di UPSI..maaf tak terhingga kerana lewat untuk mengupdate coretan ini. Kami  kurang mahir untuk mendecorasi blog yang baru ini. Alhamdulillah berkat kesabaran dapat juga kami melahirkan blog ini.

Pada minggu ini, kami diberi taklimat mengenai maklumat kursus . Apa yang dikehendaki oleh pensyarah-pensyarah kami dalam melaksanakan tugasan ini. Untuk kelas Amali juga kami diberi taklimat yang sepatutnya sebelum tugasan amali bermula. Rasa hati yang berkobar-kobar untuk memulakan aktiviti masakan teramatlah kami teruja. Mana tidaknya setelah agak setahun kami tidak betapa dibengkel masakan kesayangan kami.. Pastinya kami merindui gurau senda rakan-rakan tunjuk ajar pesyarah , dan segala memori-memori akan kembali semula  untuk semester terakhir ini..(sedih la..lagi beberapa bulan  untuk kami tinggalkan bumi UPSI ini..:( )

Oleh itu kawan-kawan, selamat menuntut ilmu semula, bersama-sama berkongsi ilmu dunia ini yang membawa pahala kita menuju ke akhirat. Hilangkan PHd yang ada didalam hati kita, tanamkan semangat meyambung PHD dalam jiwa kita.

                                    ~ Semoga Berjaya Rakan Seperjuangan Sekalian ~( hehehe..balloons lagi..)



~Salam  Sayang~
3rasa menjadi 1..(*_^)