Sunday, December 23, 2012

Masakan Thailand

AMALI KE-8
MINGGU KE-13

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pada minggu lalu, kumpulan kami ditugaskan untuk menyediakan masakan berasal dari Thailand. Menu yang diberi ialah Nasi putih dihidangkan bersama-sama Tom Khai Gal , Ikan Percik Thai, Kacang Buncis Daging Hitam dan Kerabu Mangga dan Perut. Kaedah masakan yang kami gunakan dalam penyediaan masakan ini ialah menggunakan kaedah memasak menggoreng, membakar, mereneh, membakar dan merebus.

Masakan Thailand di Malaysia sangat popular. Antara masakan yang mudah didapati ialah tomyam. Menu ini menjadi kegemaran masyarakat Melayu dan adakalanya masakan-masakan Thailand ini diubah sedikit bagi menepati citarasa orang Melayu. Sekiranya kita ke  restoran makan, saya yakin bahawa kita atau rakan-rakan kita akan memesan menu nasi putih dimakan bersama dengan tomyam campur, sayur khailan/kangkung ikan masin dan telur dadar/telur bistik. 

Menu-menu yang berasal dari Thailand ini agak unik kerana masakannya banyak menggunakan limau nipis dan cili padi. Selain itu, masakan Thailand juga kerap menggunakan sos sotong dan sos ikan. Hampir keseluruhan masakan dari Thailand ini adalah masam dan pedas. Hal ini kerana ianya merupakan tradisi turun temurun masyakarat Thailand yang menggemari sesuatu yang pedas dan masam. Menu tom khai gai menggunakan teknik memasak merebus. Manakala ikan percik pula menggunakan teknik memasak menumis untuk bahan tumisan rempah kepada ikan percik. Masakan ikan pula  menggunakan teknik membakar. Ikan yang digunakan dalam masakan ini ialah ikan siakap. Bahan yang telah ditumis akan dilumur ke bahagaian atas dan bawah ikan bagi memastikan aroma ikan tersebut naik ketika dibakar dan ketika menghidang.

Menu masakan lain iaitu kacang buncis daging hitam dan kerabu mangga dan perut. Bagi kacang buncis dan daging hitam, ianya menggunakan kaedah mencelur bagi sayur dan daging digoreng. Bagi masakan perut, ianya menggunakan kaedah merebus. Sebelum daging hitam di goreng, ianya di perap dengan bahan perapan iaitu bawang putih, serbuk lada hitam, sos kicap manis, sos tiram, gula dan sedikit garam. Proses pemerapan ini akan menjadikan daging itu lebih berasa sedap. Dalam proses penyediaan kerabu mangga dan perut pula. Bahan-bahannya hanya perlu dikupas dan selepas itu digaul bersama-sama dengan limau nipis. 

Berikut merupakan hidangan Thailand yang telah kami sediakan. Bersungguh-sungguh kami sediakan dan kami berpuas hati walaupun ada beberapa masalah yang dihadapi.
Hidangan Thailand

Sampai di sini sahaja coretan Masakan Thailand semasa kelas amali. Jumpa lagi.....

By Fatihah Anis & Nadia

No comments:

Post a Comment