Monday, December 24, 2012

RESEPI NASI GORENG HAJI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Banyak pula perkongsian resepi .Untuk entri kali ini, saya nak bercerita mengenai nasi goreng haji. Nasi goreng ini memang mudah untuk disediakan...lebih-lebih lagi resepi ini merupakan resepi yang sering dibuat oleh abang saya. Penat saya memikirkan untuk update sesuatu yang lain daripada yang lain...akhirnya, saya cuba untuk  update mengenai nasi goreng yang sering dimasak olah keluarga saya. Boleh kan..sekadar perkongsian cerita dan resepi. Dalam kesibukan anda mencari resepi, saya selitkan cerita-cerita menarik.

Cerita resepi ini bermula apabila mak dan ayah ke Tanah Suci Mekah. Bermakna tiada siapa yang akan memasak memandangkan hanya abang dan adik lelaki sahaja dirumah. Apabila mereka kelaparan, mereka hanya makan nasi goreng buatan sendiri sehingga saya gelarkan sebagai nasi goreng haji....Resepi ini pernah dibuat oleh abang tapi jarang-jarang sebelum ini sehinggalah mereka membuatnya tiap-tiap hari. Oleh  itu, kita lihat apakah bahan-bahannya:)

NASI GORENG HAJI
Porsi: Seorang

Bahan-bahan:
2 cawan nasi
1 sb cili giling
1 sb tomato sos
1 sb cili sos
1 sb sos tiram (jenama adabi)
1/2 sudu kicap masin(jenama cap kipas udang)
1/4 kiub pati ayam (hancurkan terlebih dahulu)
Sebiji telur
Minyak 30 gm

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak dengan api yang kecil
  2. Masukkan cili giling dan masak dalam 2 minit.
  3. Masukkan pula sos tomato, sos cili, sos tiram dan kacau.
  4. Apabila kesemua bahan telah sebati dalam kuali, masukkan pula telur dan kacau.
  5. Masukkan nasi dan gaul sehingga rata dan taburkan pula kiub pati ayam.
  6. Hiiaskan dengan bawang goreng dan hidangkan.

Selesai sudah resepi nasi goreng haji. Bagi pembaca blog yang bergelar lelaki bujang atau anak dara yang tidak tahu memasak..bolehlar cuba resepi abang saya ini. kalau ada sebarang masalah, boleh letak komen dan saya akan sampaikan padanya.Sekian..terima kasihhh dan selamat mencuba...



p/s: kredit to angah saya yang rajin memasak macam saya..heheheh....


By Fatihah Anis

No comments:

Post a Comment