Sunday, December 2, 2012

Di mana hala tuju kuih tempatan kita?

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Pernahkah anda makan kuih tempatan seperti kuih ketayap, apam, kuih lepat pisang dan macam -macam lagi?Sudah tentu anda pernah memakannya. Tahukah anda bahawa banyak lagi kuih-kuih tempatan yang tidak diketahui oleh kita. Terlalu banyak hingga kami sendiri pun tidak pernah melihatnya. Setelah membuat mini penyelidikan mengenai pelbagai jenis kuih yang berada di Malaysia, barulah disedari bahawa kuih-kuih tersebut tidak lagi dijual atau dibuat pada masa kini. Sebahagian daripada kuih ini ada dijual tetapi mengikut waktu-waktu tertentu seperti bulan ramadhan. Sebahagiannya pula telah pupus secara perlahan-lahan. 

Bagaimana dengan generasi akan datang? Kami risau sekiranya cucu cicit akan datang tidak mengenali kuih-kuih tradisional ini. Kalau pada masa kini, pagi-pagi kita dihidangkan dengan kuih-muih tetapi  bagaimana  pula hidangan mereka pada masa akan datang.....

Kita sedar setiap yang berlaku ada sebabnya dan mengapa perkara ini terjadi. Telah kita ketahui bahawa dunia kini sudah tinggi teknologinya hingga ramai antara kita yang bersaing-saing untuk mengejarnya. Wanita-wanita pula  sudah pun lebih bekerjaya hingga tiada masa untuk melakukan perkara lain lebih-lebih lagi untuk membuat kuih.. (tak dinafikan ada segelintir wanita yang bekerjaya masih lagi rajin membuat kuih...).

Pulut Panggang


Sepanjang perbincangan di kelas teori, terdapat beberapa perkara yang dilihat penyumbang ke arah kepupusan kuih-muih tradisional ini. Telah dikenal pasti dan antara penyebab mengapa kuih-muih tempatan ini akan dilanda kepupusan adalah disebabkan;

a) Resepi yang tidak standard daripada orang-orang tua terdahulu.
b)Alatan  untuk menyediakan kuih tidak mencukupi. Cth: Acuan tembaga
c) Bahan-bahan masakan susah untuk ditemui.
d) Tiada masa untuk membuatnya.
e) Terpengaruh dengan makanan barat seperti burger, nugget, sosej, kentang goreng dan lain-lain.

Sebagai seorang guru, kita haruslah melakukan sesuatu supaya kuih-muih tradisional ini tidak akan hilang begitu sahaja kerana kitalah pewaris harapan bangsa dan negara. Pelbagai pendapat telah diberikan bagi menghidupkan kembali kuih-muih tradisional ini di sekolah. Antaranya ialah;

a)Membuat pertandingan memasak kuih-muih tradisional sempena minggu Kemahiran Hidup.
b)Membuat pameran berkaitan dengan kuih-muih tradisional.
c)Membuat satu sudut khas di laluan koridor sekolah/ bengkel kemahiran hidup mengenai kuih-kuih tradisional.
d)Membuat demostrasi  cara-cara membuat kuih-muih tradisional.
e)Soalan kuiz berkaitan dengan kuih-muih tradisional.
f)Lawatan sambil belajar ke IKS.
g)Memastikan kelas amali membuat kuih-muih tradisional ini dijalankan.
h)Assignment Kuih-muih tradisional.

Oleh itu, apa tunggu lagi wahai guru-guru diluar sana   Kita sama-sama hidupkan kembali kuih-muih tradisional yang berada di Malaysia kerana kitalah nadi yang akan meneruskannya. Segalanya bermula disini.
Kuih Nekbat


Sekian Terima Kasih.


By Fatihah Anis & Nadia

No comments:

Post a Comment