Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Monday, December 24, 2012

Petua Last but not least

 Assalamualaikum dan hye  ,

Petua last but not least... macam sedih sahaja bunyinya. Ini koleksi petua yang dikumpul dan yang terakhir untuk hari ini. Sebelum kami mengundur diri, sudilah membaca petua-petua ini. Ada macam-macam petua boleh kita gunakan. Jum baca petua Last But Not Least.....

Jemput-jemput  Sentiasa Lembut
Bancuh adunan jemput-jemput dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Hasilnya jemput-jemput anda akan sentiasa lembut, walaupun setelah ianya sejuk.

• Tauhu Tidak Melekat Dikuali
Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.

• Cili Mesin Boleh Tahan Lama
Cili kering yang telah dimesin jika mahu disimpan lebih lama di dalam peti sejuk supaya tidak bercendawan. Setelah dimesin, cili tersebut hendaklah dipanaskan dengan memasukkan sedikit garam halus. Panaskan hingga kering airnya. Setelah sejuk masukkan ke dalam bekas bertutup dan bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.

• Santan Tidak Berbau dan Tahan Lama
Bagi puan yang bekerja atau suri rumah mungkin bermasalah apabila santan  diperah terlebih banyak. Untuk memastikan ia tidak berbau dan tahan lama masukkan dua/tiga cili padi kedalam santan dan simpan di dalam peti sejuk,  insya-Allah santan tidak berbau dan tahan lama

• Hilangkan Kesan Bau Papan Pemotong

Adakalanya kita menghadapi masalah unutk menghilang bau hanyir pada papan pemotong. Ambil sebiji limau nipis & kemudian di potong dua. Sapukan  limau tersebut pada permukaan papan pemotong. Hasilnya bau yang terdapat pada papan pemotong akan hilang.

• Masakan Termasin
Untuk mengatasi masalah ini, cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini :-
  1. Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit.
  2. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.
  3. Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.
•  Merasa Makanan di Bulan Puasa
  1. Ketika di bulan puasa agak sukar untuk kita menentukan rasa garam atau gula. Cara yang paling mudah ialah dengan meletakkan setitik kuah di atas kuku ibu jari tangan anda. Jika didapati bulatan itu berbentuk kecil dan kemas bermakna telah cukup rasanya.
  2. Letakkan setitik kuah di atas jari tangan anda. Jika kuah tersebut tidak meleleh, tandanya sudah cukup manis
•  Kacang Bendi Tetap Segar
Didihkan air panas dan masukkan satu sudu kecil minyak masak. Kemudian rebuslah kacang bendi tanpa memotong mana-mana bahagian untuk mengelakkan ia dari berlendir. Tetapi, jangan merebus terlalu lama.

•  Menghilangkan Lendir Pada Ubi Keladi
Caranya, kupas ubi keladi dan potonglah mengikut keperluan masakan. Sediakan bekas yang berisi air yang telah dicampurkan dengan satu sudu teh kapur (makan) sirih. Masukkan ubi keladi berkenaan dan basuhlah sehingga lendir-lendir berkurangan. Toskan dan bilas denga air bersih.

•  Mengatasi Rasa Pahit Buah Peria
Hiris buah peria mengikut keperluan masakan. Kemudian gaulkan buah peria yang telah dihiris itu dengan garam kasar. Biarkan selama 5 minit. Selepas itu cuci buah peria tersebut beberapa kali dengan air bersih sebelum dimasak. Hasilnya buah peria yang telah dimasak itu tidak akan berasa pahit apabila dimakan.

•  Melemakkan Masakan Pulut

Untuk menyedapkan pulut yang dimasak. Caranya, rendam pulut semalaman kemudian masak denga air kelapa

•  Menanggalkan Kerak

Caranya, rebus kulit kentang di dalam bekas yang mengandungi kerak tersebut selama beberapa minit. Setelah air panas, kerak tersebut akan tanggal dengan sendirinya.

•  Harumkan Bawang Tumis
Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih pastikan bawang putih itu dicincang dahulu. Untuk bawang merah pula, masukkan sedikit garam ketika menumis. Pasti wangi baunya .

• Mengurangkan Rasa Pedas Cili
Sebelum cili hijau, cili padi atau cili merah dimasak gulai, bukan sahaja tampuknya perlu dibuang tetapi bahagian hujung cili juga harus dibuang jika hendak mengurangkan rasa pedas apabila dimakan.

•  Mengelakkan Pedih Mata Ketika Mengupas Bawang
Untuk mengatasi masalah pedih mata ketika mengupas bawang. Simpan bawang yang hendak digunakan di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum digunakan.
Bawang akan lebih mudah dan cepat disiangkan selepas dikeluarkan dari peti sejuk.
tau; pedih mata boleh juga dielakkan dengan cara mengupas bawang di dalam air.

•   Merangupkan Kentang Goreng
Caranya, setelah dikupas kulit, dibasuh dan dipotong, gaulkan kentang tersebut dengan garam secukupnya sehingga rata. Kemudian masukkan kentang tersebut ke dalam bekas yang berlubang seperti penapis santan dan toskan 1 - 2 jam hingga kentang kering. Selepas itu gorenglah kentang tersebut menggunakan minyak yang banyak di atas api sederhana agar betul-betul rangup. Pasti rangupnya seperti yang dibeli dari kedai makanan segera.


Berakhir sudah entri petua dengan anda. Insya-Allah akan datang ada petua lagi  yang ingin dikongsikan bersama... ...


By Fatihah Anis

Sunday, December 23, 2012

PETUA ZAMAN BERZAMAN

Assalammualaikum... dan selamat sejahtera.

Tahniah! kepada anda yang rajin berada di dapur..bagus ibu ayah didik anda..hehe..ialah setinggi manapun kita belajar kerja dapur jangan sekali kita abaikan..inilah pesanan orang tua dari zaman berzaman...harus di ingat ye anak-anak sekalian....
Namun begitu, bila berada di dapur kerja memasaklah yang sering kali kita laksanakan..cuci mencuci, siang menyiang, segalanya kita laksanakan.Disini saya sediakan sedikit petua yang seringkali di gunakan oleh nenek saya untuk di kongsi bersama anda. Walaupun anda selalu dengar akan petua ini, tidak salah bukan untuk saya  berikan , kongsikan bagi mereka yang tidak mengetahui. Cubalah sekiranya anda ingin mencuba.:)

*Hilangkan Hanyir Pada Tangan *
- Kita pasti kurang senang sekiranya tangan kita berbau hanyir selepas kita menyiang dan mencuci ikan bukan? Oleh itu, anda bleh menggunakan garam dan lumurkan pada jari jemari anda dan dan ambil jus limau nipis lumurkan juga pada jari jemari kita. Biarkan seketika sahaja, setelah itu, cuci tangan dengan air bersih . Insyaallah , bau hanyir pasti hilang.
IKAN SEGAR


* Kurangkan Lemak Pada Daging*
- Gemar kah anda memakan daging? Gemarkah anda memasak daging? Ya... Pastinya yang lebih gemar memakan daging lebih ramai dari yang gemar memasak daging ..KENAPA?MENGAPA? ia ..kerana sikap malas .eh ! betulkah? Tidak mengapa. Sekiranya anda yang rajin memasak daging, bagi membuang atau mengurangkan lemak daging anda boleh lah menggunakan tips ini iaitu perapkan daging dengan tepung gandum dan gaul sebati. Perapkan selama 45 minit. Kemudian basuh semula daging itu. Selain membuang lemak, cara ini juga dapat membuang bau yang kurang menyenangkan.
Daging lembu


*Atasi Rasa Pijar*
-Ini merupakan pengalaman saya. Di rumah seringkali saya di tugaskan untuk menumbuk sambal belacan. Menurut bapa saya, sambal belacan saya sedap! hehehehe...( perasan seketika) tidak mengapa .lumrah manusia! Bila kita menumbuk sambal pastinya tangan berasa kepanasan bukan? Lagi-lagi sekiranya menggunakan cili Thailand , pasti jari jemari rasa pijar teramat. oleh itu, anda boleh mencuba , ramaskan sedikit jari anda pada beras. Insyaallah, kuranglah sedikit rasa panas itu.
cili Padi



Inilah beberapa petua dari saya, Walau apapun masalahnya, jangan jadikan alasan tidak mahu masuk ke dapur ye anak-anak...setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Selamat mencuba petua ini. Sampaikan-sampaikan lah  pada manusia lain ok.


_By : NADIA



Friday, December 21, 2012

Petua Menjaga Telur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini saya nak cerita pula mengenai telur. Petua telur untuk kita yang sering makan telur. Bagi saya, kalau makan telur dengan nasi putih pun cukup menyelerakan.(Semuanya selera). Kalau terlebih makan telur pun boleh jadi terlebih kolestrol. Bahaya kan. Oleh itu, kalau nak makan telur perlulah berpada-pada. Contoh masakan telur ialah telur goreng berlada, telur sambal, telur kicap dan macam-macam lagi.

Cuba teka..Telur ni tergolong dalam kategori bahan basah atau bahan kering. Untuk pengetahuan semua, Cerita telur dalam kelas amali dan teori agak sedikit kontroversi.. Kekeliruan untuk menentukan bahan basah atau bahan kering. Setelah membuat penyelidikan dan perbincangan mengenai telur. Akhirnya, kata putus telah ditetapkan iaitu telur dikategorikan sebagai bahan kering. Bagi saya, telur ialah bahan yang boleh dimakan (saja melawak). Disini, saya ada beberapa tips bagaimana hendak menjaga telur.


•   Memilih Telur

    Pilihlah yang segar dan tidak retak. Kulitnya kesat. Apabila digoncang dalamnya padat.

•  Mengelakkan Telur Rebus Pecah
  1. Didihkan dahulu air dengan garam. Kemudian masukkan telur ke dalam air.
  2. Masukkan telur ke dalam plastik yang berlubang atau bekas plastik yang berlubang sebelum memasukkan bekas/plastik ke dalam periuk.
•  Menghilangkan Hanyir Telur Goreng

     1.  Masukkan beberapa titis air asam limau ke dalam telur.
     2.  Kacau sehingga rata selepas itu barulah digoreng.

•  Telur Tahan Lama
  1. Bersihkan kesemua telur. Lapkan sehingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut. Nescaya telur akan tahan lama.
  2. Susunkan telur secara menonggeng (yang runcing di bawah) agar lebih tahan lama.


Sampai disini sahaja cerita petua saya bersama anda. Ada lagi petua mengenai telur ingin saya kongsikan dengan anda. Nantikan kemunculan saya dalan keluaran entri seterusnya. Bye dan jumpa lagi.....


p/s: Setiap kali balik kl, saya akan makan telur dengan roti kerana di kolej kediaman tak boleh masak telur goreng. Boleh memang boleh ..tapi telur hancur dalam periuk nasi elektrik 



Wednesday, December 19, 2012

Petua Untuk Beras dan Nasi

Assalamualaikum dan selamat petang, 

Entri petang ni kita bercerita mengenai petua pula. Petua yang ingin dikongsikan adalah berkaitan dengan nasi..macam mana nak elakkan nasi termentah.....terhangit...terlembik...dan macam-macam lagi. Sekiranya anda memasak nasi, nasi jenis apakah yang kerap terhasil..? Adakalanya, kita terleka membuat sesuatu kerja sampai hangitlah nasi tersebut. Takkan nak buang nasi tersebut. Membazir kan tak baik. Amalan syaitan

Semasa kelas amali, saya kerap melihat kumpulan saya atau kumpulan lain yang menyediakan nasi yang bermacam-macam gaya. nasi lembut sangat..nasi keras sikit...nasi ada jelantah..nasi masak dua kali...tapi takper. Semuanya adalah pengalaman dan pengajaran kepada kita. Hm..sebenarnya kan, kita semua dah biasa memasak nasi di rumah tapi mungkin bila di 'kitchen' kita rasa macam gementar. hmm..saya dapat rasakannya....

Kadangkala, tak semestinya apa yang kita buat akan sempurna dan kalau tak sempuran, kita akan bersedih. Semuanya adalah pengajaran untuk kita menjadi insan yang cemerlang dalam bidang masakan.

Oleh yang damikian, hari ini kita akan cuba untuk menyelesaikan masalah-masalah ini.... Insya Allah ...
• Memasak Nasi yang Mentah
Isi air di dalam cawan dan letakkan di dalam periuk yang berisi nasi. Tutup periuk dan perlahankan api hingga nasi masak.

• Memutih Nasi
Letakkan satu sudu kecil air limau nipis pada nasi yang hendak dimasak.

• Mengelakkan Bau Hangit Nasi
  1. Masukkan beberapa tangkai cili kering dan tutup dengan daun pisang. Bau hangit akan hilang.
  2. Ambil kulit bawang, cuci dan masukkan ke dalam periuk nasi yang hangit tadi dan tutupkan
  3. Ambil daun pandan, masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit.
• Nasi Lambat Basi 

  1. Ketika menanak nasi, masukkan dua hingga tiga kuntum bunga cengkih beserta secubit garam halus.
  2. Basuh beras hingga beras kelihatan putih. Masukkan air dan barulah ditanak seperti biasa.
• Mengelakkan Nasi Hangit
Nasi yang dimasak akan menjadi kurang enak jika didapati hangit. Caranya, sebelum memasak nasi, masukkan satu sudu kecil marjerin ke dalam periuk.

• Menyukat Air Untuk Beras
Basuh beras seperti biasa. Masukkan ke dalam periuk. Sukat beras tersebut dengan jari. Kemudian masukkan air pula yang jumlahnya sukatannya sama dengan sukatan beras.
  1. Ketika menanak nasi, masukkan dua hingga tiga kuntum bunga cengkih beserta secubit garam halus.
  2. Basuh beras hingga beras kelihatan putih. Masukkan air dan barulah ditanak seperti biasa.
•  Nasi Lembik
Anda mungkin tidak suka makan nasi lembik. Untuk mengelakkan pembaziran, cubalah atasinya dengan cara ini. Masukkan dua biji telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika, hasilnya nasi akan kering dengan sempurna.


•  Kurangkan Ulat Beras (Bubuk)
Jika beras disimpan lama, tentu banyak bubuk akan ditemui di dalamnya. Untuk mencegahnya ambil daun limau nipis dan masukkan ke dalam beras yang disimpan. Selepas itu alaskan selapis lagi dan taruhkan beras di atasnya. Buat beberapa lapis. Hasilnya beras anda tidak lagi di serang oleh bubuk.

Selamat menyediakan nasi yang terbaik. Jumpa lagi dan byeeee......





By Fatihah Anis