Saturday, December 22, 2012

Rahsia Sihat & wanita

Assalammualaikum dan selamat malam...

Entri kali ini, saya ingin berbicara mengenai kesihatan tubuh badan kita. Kalau selalunya, saya sering bercerita mengenai resepi, petua dan masakan. Kali ini saya ingin berkongsi mengenai kesihatan pula.  Mungkin juga ada sedikit rahsia ingin saya kongsikan dengan wanita diluar sana kerana saya juga wanita. Bagi saya, wanita perlu menjaga pelbagai perkara dari aspek luaran dan dalaman.

Kesihatan sangat penting untuk diambil berat. Oleh yang demikian, ada sedikit info untuk anda semua. Jum kita terokai...

TAHUKAH ANDA

Kubis bunga amat berkhasiat sebagai ubat penenang dan anti kanser. Tetapi bagi anda yang menghidap gout,elakkan daripada makan kubis bunga.

Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat mengelakkan daripada kanser payudara, simptom pra-menopaus dan gangguan akibat menopaus.




Menurut Dr. Joann Manson dari Harvard Medical School mengatakan pengambilan sayuran hijau selain khasiat mangga sebagai antioksidan dalam badan, menurunkan risiko strok dan menyembuhkan pelbagai penyakit, ia juga dikatakan dapat menghilangkan bau badan.

Dari perspektif kesihatan, keledek  mampu melindungi jantung kerana kalorinya rendah, 5 kali ganda lebih vitamin A, mengekalkan berat badan ideal, anti kanser, anti penuaan dan sebagainya.


Selain isi kelapa,santan juga baik digunakan untuk merawat penyakit busung, demam panas, muntah dan batuk berdarah.

Nenas mengandungi khasiat vitamin A,B1dan “bromelain”(digunakan untuk melembutkan daging), ia juga membantu untuk melawaskan kencing, sakit kerongkong, membunuh cacing dalam perut, demam kuning dan sebagainya. Namun ia tidak sesuai untuk ibu mengandung.

Secara kesimpulannya, setiap sayur-sayuran dan buah-buahan ini mempunyai banyak kelebihan.  Kepada rakan-rakan yang tidak suka makan buah atau sayur, rugi sangat  kerana banyak  keistimewaan pada setiap buah dan sayur yang kita makan. Sekian, terima kasih dan jumpa lagi ....


(Sumber rujukan: Majalah kesihatan RAPI-2011)



 By Fatihah Anis



No comments:

Post a Comment