Saturday, December 22, 2012

Resepi Amali- Kerabu Mangga dan Perut


Assalamualaikum dan hello ..

Maaf lar kerana terlalu lewat untuk meng'update' resepi. Ada kecelaruan sedikit disini..tapi semuanya dah ok. Biasalah....banyak sangat cabaran. Biar lambat, asal selamat. Minggu lalu, saya dan rakan-rakan melaksanakan amali memasak Kerabu Mangga dan Perut, Tom Khai gal, Kacang Buncis dan Daging Hitam, dan Ikan Percik Thai. Untuk pengetahuan pembaca blog, menu ini merupakan menu amali yang terakhir dilaksanakan oleh kami serta rakan-rakan lain. Menu yang dilaksanakan selepas menu ini ialah menu keraian. 
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembaca blog yang sudi mengikuti resepi amali kami dari minggu ke minggu. Apa lagi..jum kita tengok resepi di bawah ini....


                               RESEPI KERABU MANGGA DAN PERUT


Kerabu Mangga dan Perut
Porsi: 2 Orang
KUANTITI
BAHAN
ALATAN
200 gm
Mangga muda
Periuk
156 gm
Perut lembu
Pisau
40 gm
Bawang merah
Landas cincang
80 gm
Tomato
Mangkuk adunan
40 gm
Cili padi
Senduk kayu
20 gm
Serai
Penapis
3 gm
Daun limau perut

5 gm
Daun ketumbar

15 gm
Sos sotong

50 gm
Udang Kering

30  ml
Santan

5 gm
Garam

10 gm
Gula

8 gm
Jus limau

15 gm
Cili merah


Cara Penyediaan:
1)      Perut lembu di rebus hingga lembut dan dihiris nipis.
2)      Satukan perut dengan mangga muda, bawang merah, tomato, cili padi, serai, daun limau purut, dan daun ketumbar yang telah dihiris halus.
3)      Masukkan santan, sos sotong, udang kering, garam dan gula.
4)      Gaulkan semua bahan hingga rata.

RESEPI CHICKEN COCONUT TOM YAM(TOM KHAI GAI)



Chicken Cocunut Tom Yam (Tom Khai Gai)
Porsi : 2 Orang
KUANTITI
BAHAN
ALATAN
10 gm
Daun limau purut
Pisau
20 gm
Serai
Landas cincang
2 gm
Lengkuas
Periuk
2 gm
Halia
Senduk periuk
5 gm
Cili api merah thai
Sudu sukatan
200 ml
Santan kotak

300 gm
Dada ayam

5 gm
Sos ikan

10 gm
Perahan limau nipis

15 gm
Bawang merah

30 gm
Batang daun ketumbar

950 ml
Air

Cara Penyediaan :
1)      Masukkan serai bersama lengkuas, bawang, batang daun ketumbar,  cili, halia, ayam dan juga air.
2)      Tutup dan biarkan mendidih. Reneh selama 5 minit.
3)      Masukkan air limau, santan dan bahan-bahan perasa serta daun limau purut. Masak hingga ayam menjadi putih, lebih kurang 3 minit.
4)      Angkat, taburkan daun ketumbar.



Teruskn melihat entri bagi menu yang seterusnya ......jum.....

No comments:

Post a Comment