Hye,
Jumpa lagi untuk entri resepi yang seterusnya..Apa agaknya resepi yang seterusnya ye?Kita Masih lagi dalam masakan cina...
. Resepi Stir Fried Vegetables
Kuantiti Bahan
45 gm Bunga Kubis* *Dicelur
100 gm Kacang Sepat*
75 gm Lobak Merah (Dipotong lorekan bunga)*
80 gm Cendawan Butang (Dipotong dua)
70 gm Putik Jagung
25 gm Lada Benggala Merah (Dpotong Dadu)
Bahan A:
5 gm Bawang Putih* *Dicincang halus
2 gm Halia *
2 gm Minyak Bijan
10 gm Minyak Masak
100 gm Udang (Dibuang kulit dan dicuci bersih)
Bahan B:
5 gm Sos Tiram
125 ml Stok Ayam
10 gm Tepung Jagung
4 camb Air
5 gm Garam dan Lada Sulah
Cara Penyediaan:
1)
Panaskan
minyak masak serta minyak bijan, masukkan udang dan goreng hingga ½ masak.
2)
Kemudian
masukkan bahan A dan tumis hingga bahan agak kering.
3)
Setelah
itu, masukkan bahan-bahan yang telah dicelur tadi berserta dengan cendawan butang
dan lada benggala. Kacau rata.
4)
Selepas
itu, masukkan sos tiram, stok ayam, garam dan lada sulah secukup rasa.
5)
Akhir
sekali, masukkan bahan B. Kacau rata.
Resepi Shark/Crab Fin Soup
Kuantiti Bahan
1 Liter Air
50 gm Tulang Ayam
100 gm Isi Ayam( direbus dan dicarik)
120 gm Sirip Ikan Yu(Tiruan)
100 gm Cendawan Cina
1/2 paket Jejari Ketam
2 biji Telur
2 gm Cuka Putih
85 gm Tepung Jagung
2 gm Kicap Soya
2 gm Perasa Ikan
2 gm Minyak Bijan
1 gm Lada Putih
5 gm Garam
Cara Penyediaan :
1)
Rebus tulang ayam bersama air. Kemudian tapis
dijadikan stok. Panaskan di atas api.
2)
Kemudian
masukkan pula campuran tepung jagung hingga pekat.
3)
Selepas
itu, masukkan cendawan cina dan isi dada ayam serta isi ketam di dalam periuk.
Masak hingga mendidih.
4)
Selesai
diaduk, masukkan minyak bijan dan perasa ikan di dalam masakan.
5)
Pukul
telur dan curahkan ke dalam sup sambil dipukul dengan wire whisk.
6)
Masukkan
pula sirip ikan yu tiruan.
semasa menyediakan hidangan, kami tidak menggunakan Sirip ikan yu tiruan. Kami hanya menggunakan jejari ketam. Cuba kelainan dalam masakan.
selamat mencuba dan jumpa lagi untuk resepi yang seterusnya.
By Fatihah anis & Nadia
No comments:
Post a Comment