Sunday, December 16, 2012

Panduan Membeli Barang Dalam Tin


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Minggu ini kita semua akan membeli belah di salah satu tempat ini iaitu TF Tg. Malim, Grand Billion Tg. Malim, Carefour, Giant, NSK di Kuala Lumpur atau di mana-mana sahaja. Senarai yang akan dibeli ialah kari dalam tin, air tin, laici dalam tin, nenas dalam tin, ikan bilis dalam tin, sardin dalam tin, ...waaa...semuanya dalam tin. Kalau kita naik LRT yang penuh , kita pun dipanggil macam ikan sardin dalam Tin(hehehe). Bercakap mengenai  barang dalam tin..memang ada baik dan buruknya. Sekiranya kita ingin membeli barang-barang di dalam tin, moleklah kiranya kita meneliti label yang terdapat pada bahagian luar tin tersebut. Bukannya apa..hanya untuk keselamatan kita...

Label pada pembungkus  makanan dan barangan boleh mempengaruhi pembeli. Sebagai pengguna yang bijak, kita tidak harus terpengaruh dengan hiasan, perkataan dan warna pada label atau pembungkus.
Lihat dulu mutu barangan dan tarikh akhir penggunaan bagi makanan, seperti roti. susu,cokelat, minyak masak, krim, jus dan seumpamanya.

Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan menurunkan beberapa panduan sebelum membeli-belah:
  • Teliti bahan yang terkandung di dalam pembungkusan makanan untuk memastikan tahap kolestrol, karbohidrat, lemak, gula dan garam.
  • Elak membeli makanan dalam tin yang berkarat, kemek atau menggelembung.
  • Pastikan makanan yang anda ingin beli diletak di dalam keadaan yang baik dan belum melewati tarikhyang memerlukan penandaan tarikh.
  • Elak membeli makanan yang tamat tempoh walaupun dijual pada harga lebih murah. Hal ini disebabkan makanan ini mungkin sudah rosak dan boleh membahayakan kesihatan.
  • Baca dan teliti arahan cara menyimpan yang dinyatakan di dalam label. Ini untuk mengelak makanan menjadi rosak sebelum tamat tarikh akhir.
Oleh yang demikian, kita sebagai pengguna perlu berhati-hati apabila membeli barang-barang di dalam tin.
Sekian terima kasih dan selamat menjamu selera ....

(Rujukan : Akhbar berita harian 13.12.2012)






(p/s: saya tak pandai buka tin dengan pembuka tin..kasihan)


By Fatihah Anis & Nadia

No comments:

Post a Comment