Saturday, December 22, 2012

Resepi Amali-Kacang Buncis Daging Hitam & Ikan Percik Thai



Entri resepi seterusnya adalah berkaitan dengn resepi kacang buncis daging hitam dan ikan percik Thai. Sebenarnya, resepi asal bagi resepi kacang buncis dan daging hitam ini menggunakan sayur asparagus. 
Tiba-tiba aspragus tiada, maka kami gantikan dengan kacang buncis. Boleh tahan juga rasanya.Masakan kacang buncis dan daging  hitam ini menggunakan kaedah menggoreng. Hmm..petua ketika menggoreng daging ni memerlukan fokus yang tinggi. Jangan sampai dging menjadi hngus atau hitam. Rasa daging hitam ini sedikit liat tapi sedap juga dimakan....

Resepi Kacang Buncis dan Daging Hitam


Kacang Buncis Daging Hitam
Porsi : 2 Orang
KUANTITI
BAHAN
PERALATAN
300 gm
Kacang Buncis
Mangkuk adunan
300 gm
Daging batang pinang
Pisau
15 gm
Bawang putih
Landas cincang
10 gm
Serbuk lada hitam
Kuali
30 gm
Kicap manis
Sudip kuali
15 gm
Air halia muda
Penapis
45 gm
Sos tiram

20 gm
Tepung jagung

10 gm
Gula dan garam

5 gm
Bijan goreng

35 gm
Lobak merah

1 gm
Daun ketumbar

30 ml
Minyak


Cara Penyediaan:
1)      Gaulkan daging bersama-sama bahan pemerap di dalam mangkuk. Biarkan selama 1 jam.
2)      Didihkan air di dalam periuk, celur kacang buncis dan sejukkan. Goreng seketika sayur-sayuran dengan menggunakan sedikit minyak bagi merangupkan sayur-sayuran.
3)      Panaskan minyak, goreng setiap kepingan daging dan balik-balikkan.
4)      Susun kacang buncis ke dalam pinggan, letakkan daging di atasnya. Tabur bijan goreng.
5)      Hiaskan dengan daun ketumbar, cili dan lobak merah.
6)      Hidang bersama nasi putih.

Resepi Ikan Percik Thai



Ikan Percik Thai
Porsi : 2 Orang
KUANTITI
BAHAN
PERALATAN
890 gm
Ikan siakap
Kuali
1 keping
Kerajang aluminium
Jag penyukat
4 helai
Daup pisang
Sudip kuali
3 helai
Daun pandan
Pemerah limau
300 ml
Santan pekat
Ketuhar elektrik
35 ml
Jus limau
Pisau dapur
35 ml
Sos ikan
Landas cincang
180 gm
Cili merah

20 gm
Cili padi

20 gm
Halia

150 gm
Bawang merah

15 gm
Bawang putih

15 gm
Kunyit hidup

15 gm
Daun limau purut

10 gm
Buah keras

20 gm
Serai

10 gm
Garam dan gula


Cara Penyediaan :
1)      Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumis bahan yang telah dikisar.
2)      Masukkan santan dan masak dengan api yang perlahan.
3)      Masukkan sos ikan, jus limau, gula dan sedikit garam . Sesuaikan rasa dan angkat.
4)      Perisa kan ikan dengan garam dan lada sulah.
5)      Letakkan kerajang aluminium di atas dulang pembakar, alas dengan daun pisang serta dan pandan.
6)      Letakkan ikan di atasnya, dan percikkan kuah atau sos.
7)      Bungkus ikan dan bakar pada suhu 180°. (30  minit)
8)      Hidangkan.

Baiklah...sampai di sini sahaja resepi  amali Thailand yang boleh saya kongsikan dengan anda. Jumpa lagi...tata 










No comments:

Post a Comment