Sunday, December 23, 2012

Good Bye My Master...Good Bye My Friends...Good Bye My Kitchen...

Assalamualaikum pembuka bicara,
Untuk kalian yang jauh di mata,
Setelah sekian lama kita bersama,
Akhirnya sampai di sini sahaja kenangan kita.

AMALI KE- 9-TEMA KERAIAN
MINGGU KE-14


Apa khabar pembaca blog?Harap dalam keadaan yang sihat-sihat jer...
hmm...Setelah bertungkus lumus berminggu-minggu meng'update' blog..inilah minggu terakhir kami. Sedih pula rasanya. Sebelum berakhir blog ini, sedikit coretan akhir amali untuk anda semua...

Minggu lepas bersamaan hari khamis(20.12.2012) , kami telah menjalankan kelas amali masakan yang terakhir. Markah tidak diambil kira, tiada lagi penilai yang akan menilai, tiada lagi sesi penerangan dan soal jawab ..tiada lagi lawak ketika menyoal markah... yang penting perlu siap sedia semuanya. Amali yang terakhir ini diberi tema keraian. Antara masakan yang telah dilaksanakan mengikut tema ialah tema Perkahwinan, Hari Jadi, Aidilfitri dan Tahun Baru Cina. 2  atau 3 unit akan bergabung dalam menyediakan masakan tersebut diikuti dengan unit-unit yang lain juga. Bergabung menjadi satu kuasa. 

Tema Hari Jadi-  Sumber gambar dari Cik Majidah

Unit kami merupakan unit 7 dan telah bergabung dengan unit 5 & 6. Tema masakan yang diberi ialah tema  Hari Jadi. Antara masakan yang perlu disediakan ialah Kek Tiramisu, Bihun Goreng Singapore, Fish Finger, Sos Tartar dan Wedges. 

Selain itu, antara masakan-masakan yang disediakan mengikut tema  ialah 
Menu Chinese New Year-Nasi Goreng Cina, Butter Prawn, Pak Choy dan Sos Tiram dan Honeydew Sago
Menu Aidilfitri-Nasi impit, Kuah Kacang, Rendang Daging, Kuah Lodeh, dan Talam Cendol
Menu Pekahwinan-Nasi Briyani, Ayam Masak Merah, Acar Rampai, Rojak dan Buah-Buahan
Minuman-Air tembikai Original

Hidangan disediakan dengan cara ala buffet keraian. Setiap kumpulan akan mempamerkan keativiti masing-masing dalam menghias meja buffet mereka. Pelbagai cara dan gaya dapat disaksikan sehingga menjadi ala buffet yang sungguh menarik dan kemas. Setelah belajar bertahun-tahun di UPSI, itulah hasilnya dari segi masakan dan hidangan. Selain itu, majlis akhir kami diserikan dengan 2 buah kek yang dibeli oleh Pn. Saedahtinnur sempena berakhirnya kelas kami. Kek yang diberi nama Brownies dan Cheese Kek dari Secret Recipe. Terima kasih puan..

Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah iaitu puan su dan pn ida, tidak dilupakan juga kepada pembantu pn ida iaitu En. Wan, En. Fuad dan En. Anuar yang membantu serta rakan-rakan seperjuangan. Banyak sangat pengalaman dan pengajaran yang diperoleh sepanjang menghadiri kelas amali memasak ini. Kami akan sentiasa ingat pesan dan nasihat yang diberikan. Akan kami jadikan bekalan sebagai seorang guru sampai bila-bila.


Dari kiri: En. Fuad, Pn, Ida dan En. Wan.
Tiada dalam gambar: En. Anuar dan Pn. Su

Sedikit tatapan gambar saat-saat terakhir kami sebelum meninggalkan dapur tersayang. 

Takkan kembali lagi seperti ini...
Takkan berulang  kisah ini...
Takkan ada coretan mini...
Takkan ada cerita kami...
Takkan ada 'kau' disisi...
Takkan berjumpa sehingga tiba satu hari nanti...

kami akan sentiasa rindukan suasana ini......


Pelajar Semester 8 kelas Amali Penyediaan Masakan Timur
Baris Belakang: Haikal, Samsul, Fatihah Anis, Zainor, & Sarah Majidah
Baris tengah: Rubi, Uzmira, Hafizah, Farhana, Mas, Faridah, Pn. Saedahtinuur, Christine, Akma, Ili, Aby, Amar & Hawari
Baris Depan: Mimi, Niza, Iza, Ila, wadiah, khuzaimah & nadia
Paling depan(seorang): farah a.k.a Kechik



Kami Bangga Menjadi Anak Kandung Suluh Budiman


Terima Kasih dan selamat tinggal...

Sampai di sini sahaja coretan amali kami...insya Allah kita berjumpa lagi ...Mohon Maaf andai kami ada terkasar bahasa, tersilap kata dan tersalah bicara ...Jumpa lagi dan byeeee...


By Fatihah Anis & Nadia

No comments:

Post a Comment