Saturday, December 22, 2012

Apa itu buah Keras dalam masakan?



Asslamualaikum dan selamat sejahtera,

Kelas masakan amali yang lalu, saya telah menggunakan bahan tambahan dalam masakan yang dipanggil buah keras. Saya macam pelik jer bila tengok...saya tak pernah tengok dan mungkin tak pernah memakainya dalam masakan saya. Mungkin kalau dalam masakan umi saya, beliau pernah menggunakannya. Tak tahulah kan...Dalam masakan Thailand, buah keras ini dikisar sekali dengan bahan-bahan yang akan dilumur pada bahagian ikan. Contoh masakan yang telah saya gunakan buah keras ini ialah ikan percik Thai.



Buah keras kerap didapati dalam masakan Indonesia dan Malaysia. Ia digunakan untuk rasanya dan sebagai pemekat kuah. Ia selalunya dikisar menjadi pes bersama rempah lain untuk memekatkan dan menyedapkan rasa masakan berkari. Buah keras harus dimasak sebelum dimakan, kerana ia tinggi kandungan toksik apabila mentah. 

Di luar Asia Tenggara, kacang macadamia kadang-kala digunakan sebagai ganti buah keras, kerana ia mengandungi kandungan minyak dan tekstur yang sama apabila ditumbuk. Walaubagaimanapun, rasanya berlainan kerana buah keras lebih pahit.





p/s: Semasa mengambil bahan dalam kelas amali, saya tercari-cari " mana buah keras ni?" padahal depan mata jer...hmmm...rahsia kita yer

By Fatihah aNIS

3 comments:

  1. Mahukan buah keras sila email saya disini rayneyong84@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Mahukan buah keras sila email saya disini rayneyong84@gmail.com

    ReplyDelete