Thursday, December 6, 2012

Resepi Masakan India-Nasi Lemon& Kambing Masala

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Entri kali ini saya bawakan anda resepi dari masakan India.Kami baru sahaja menyelesaikan misi menyediakan masakan India. Agak sedikit mencabar kerana masakan kaum India sangat berbeza dengan kaum-kaum yang lain. Boleh dikatakan masakan kaum India ini masam-masam....Mungkin anda semua nak cuba sesuatu yang baru . Mari kita cuba masakan India pula kali ini..

RESEPI NASI LEMON 
Porsi: 2 Orang


Kuantiti            Bahan
300 gm              Beras Basmathi
Secukupnya       Air
2 gm                  Serbuk Kunyit
5 gm                  Serbuk Santan
10 gm                Susu Cair
2 gm                  Daun Kari
2 gm                  Biji Sawi
15 gm                Cili Hijau
30 gm                Minyak sapi
100 gm(1biji)     Lemon



Cara Penyediaan:
  1. Beras dicuci bersih.  Masak beras dengan serbuk kunyit dan air secukupnya hingga kering.
  2. Panaskan minyak sapi dalam kuali. Tumiskan daun kari, biji sawi, cili hijau dan badan hingga berbau.
  3. Tuangkan bahan tumisan, santan dan jus lemon atas nasi. Kacau rata dan masak lagi dengan api hingga kecil selama 5 minit.



RESEPI KAMBING MASALA
Porsi: 2 Orang




Kuantiti            Bahan
250 gm              Daging Kambing (Dipotong kiub)
125 ml               Santan
80 gm                Tomato( Dibelah 4)
1 gm                  Daun kari
100 gm              Dadih
165 gm              Bawang Merah
2 gm                  Serbuk Ketumbar
2 gm                  Serbuk Kunyit
2 gm                  Serbuk Cili
2 gm                  Garam Masala
250 ml               Air
30 gm                Minyak Masak
5 gm                  Garam


Bahan A: (Penumis)

Kuantiti              Bahan
5 gm                  Bawang Putih
55 gm                Cili Hijau
1 gm                  Halia
1 btg                  Kulit Kayu Manis
3 biji                  Buah Pelaga
2 kuntum            Bunga Cengkih
2 kuntum            Bunga lawang   

Cara Penyediaan:


  1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang merah, garam masala dan daun kari.
  2. Masukkan bahan (A), dadih dan daging kambing. Kacau dengan api perlahan.
  3. Kemuadian masukkan serbuk ketumbar, serbuk kunyit, serbuk cili, tomato dan air. Bila daging hampir siap, tuangkan santan.
  4. Apabila kuah hampir pekat, masukkan garam. Masakkan lagi hingga daging empuk.




Selamat Mencuba...


Bye.....


(Sumber gambar: Google.Com)


By Fatihah anis & Nadia

No comments:

Post a Comment