Saturday, December 22, 2012

Oh “penipu” rupanya.


Assalamualaikum dan salam 1 malaysia,

Saya melihat sebuah majalah rapi dan terkejut dengan tajuknya iaitu oh"penipu" rupanya. Siapa yang menipu? kenapa? Bagaimana? Mengapa? Apa yang terjadi ? ohh..rupa-rupaya tentang terung goreng berlada yang menipu kita.

Saya merupakan peminat setia terung tapi apakan daya...terung goreng berlada tak elok sekiranya kita makan selalu kerana ia akan memberikan masalah kepada kita. Apa masalahnya ea?


Terung goreng berlada dengan sepinggan spageti. Mana satu pilihan anda? Kalau anda pilih terung, anda salah! Benar terung itu sayur. Tetapi ia tidak baik kerana digoreng. Terung adalah sejenis sayur yang mudah menyerap minyak. Apa lagi jika digoreng berlada. Memang enak dimakan tetapi ia tinggi kalori. Baik amda makan sepinggan spageti yang kaya protein (dari sos tomato dan daging) serta karbohidrat (pasta). Atau pilihlah wafel dengan mentega kacang berbanding roti gandum dengan krim keju. Makanan “penipu” seperti terung goreng dan roti gandum dengan krim keju harus dijauhi. Anda harus bijak membuat pilihan. 

Bagi saya, setiap sayur-sayuran itu mempunyai khasiatnya sendiri tetapi jika dimasak dengan cara yang tidak sesuai. Vitamin dan khasiatnya akan hilang begitu sahaja sebal iknya ianyaakan memberi kemudaratan kepada kita pula.  



(Sumber rujukan: Majalah rapi-2011)
(Sumber gambar: Google.com)




p/s: tengahari tadi makan terung ...uhuk..uhukk..selamat tinggal terung berlada atau terung masak apa-apa....

By Fatihah Anis

No comments:

Post a Comment