Monday, October 22, 2012

BATER

Selamat Sejahtera semua..:)
Untuk entry  kali ini, kami berminat untuk berkongsi ilmu tentang Bater. (Alahai.... form 1 dah belajar la..(^_^)..AMBOI...jangan begitu..ilmu itu perlu selalu diingat,,diulang..namapun manusia seringkali terlupa dan terlupa..juga terlupa...

baiklah, untuk anda semua...

APAKAH  MAKSUD BATER?
Bater merupakan campuran tepung dan cecair seperti air, susu ataupun santan.(ooo..)

PERKATAAN BATER INI DARI NEGARA MANA YA?
Perkataan bater ini  berasal daripada negara Perancis iaitu Battre  yang bermaksud pukul.(Boleh belajar sekali bahasa Perancis ni)

APAKAH TUJUAN MENCAMPURKAN TELUR DAN LEMAK LAIN KEDALAM BATER ?
Tujuannya adalah untuk menambahkan rasa dan khasiat pada kuih itu nanti.(Patutla kuih saya sedap..)

Bater ini terdiri daripada dua jenis bater :
  • Bater Cair
  • Bater Pekat

CONTOH KUIH DARI BATER CAIR :


Roti Jala

Kuih Ketayap
  • Kuih Ketayap
  • Kuih Cara
  • Roti Jala                     

CONTOH KUIH DARI BATER PEKAT :

  • Kuih Rengas
  • Cucur Udang
  •  Lempeng Kelapa
Apakah ciri-ciri bater yang baik?
  • Nipis
  • Ringan 
  • Licin dan rata

 # Mengapakah Tepung perlu diayak ??? #
  • Tepung perlu diayak untuk memasukkan udara kedalam tepung  bagi memudahkan batter mengembang semasa proses pembancuhan berlaku.
TIPS UNTUK MENGELAKKAN Cekodok kita menjadi liat *****
  • Jangan bancuh terlalu laju( over sangat kacau tu..)
  • Bagi batter rehat setelah dibancuh( jangan terus masak)

ok ...sekian Terima kasih!

Monday, October 15, 2012

TEPUNG PELITA

ASSALAMMUALAIKUM,
SELAMAT SEJAHTERA.........

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang resepi kuih tradisional yang bagi saya amat mudah untuk dimasak dan apalagi untuk dimakan. 

Nama diberi "TEPUNG PELITA ". Seindah nama sesedap rasa, kuih ini amat sesuai dihidangkan sewaktu anda bersarapan pagi dan minum petang. Rasa manis dan berlemak amat digemari oleh semua lapisan masyarakat juga sesuai untuk semua lapisan umur.(Bayi yang baru lahir tidak digalakkan ya! )


 Kuih tepung pelita ini terdiri daripada 2 lapisan. Lapisan diatas diperbuat  daripada santan , dan teksturnya agak lembut berbanding lapisan bawahnya yang diperbuat daripada tepung beras yang dicampurkan dengan jus pandan yang melahirkan warna kehijauan. Teksturnya agak keras sedikit daripada lapisan atas kuih tetapi masih lembut untuk dimakan.


 Sekiranya anda ingin mencuba resepi ini, bolehlah anda menggunakan daun pandan yang lebar sedikit ataupun daun pisang  sebagai bekas untuk meletakkan kuih ini. 


                                        RESEPI KUIH TEPUNG PELITA

  • ·         1 cawan tepung beras
  • ·         1 cawan gula
  • ·         5 cawan air
  • ·         4 sudu besar tepung beras
  • ·         1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
  • ·         4 helai daun pandan dimesin dengan sedikit air
  • ·         sedikit kapur 
  • ·         sedikit garam
  • ·         sedikit warna hijau


Cara membuatnya :
  1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  2. Perah santan, masukkan tepung yang 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  3. Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
  4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  5. Masak santan yang diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
  6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  7. Sejukkan.

#Gula juga boleh diletakkan terlebih dahulu sekiranya anda tidak mahu membancuh bersama aduan yang lain #


 Setelah siap,adunan boleh diletakkan kedalam bekas yang dikehendaki. Dikuti dengan lapisan bawah terlebih dahulu. * Anda juga boleh meletakkan buah sengkuag yang dipotong kecil untuk mendapatkan kerangupan didalam kuih ini *
Setelah siap, hiaslah mengikut citarasa anda.  Boleh dimakan setelah disejukkan samada disejukkan didalam peti ais ataupun di suhu bilik. 


 Selamat Menjamu Selera
CUBALAH, KALAU INGIN MENCUBA!


 ~~~~~~~SEKIAN~~~~~~~~~~~~

3RASAmenjadi1

Sunday, October 14, 2012

Tosei

MINGGU KE 5
AMALI YANG KE 2


Minggu ini group 3Rasa melaksanakan aktiviti memasak yang berasaskan daripada nasi. Namun, masakan yang kami masak bukanlah masakan menu tengah hari ala Melayu tetapi masakan kami adalah menu masakan daripada India. Jauh perjalanan luas pemandangan. Luas pemandangan berbagai menu hidangan.
Nah, inilah resepi yang kami masak pada minggu ini.

Sambil membaca, sambil menimba ilmu.
Jemputlah baca !

Tosai atau thosai, tosei, dosa adalah makanan ringan yang sesuai dimakan diwaktu pagi , petang atau pun malam. Sejarah asal Tosei ini berasal daripada Tamil Nadu , iaitu di negara India .Bagi anda  yang mengamalkan diet yang sihat, Tosei boleh dijdikan sebagai makanan diet anda .Ini kerana Tosei adalah makanan yang rendah kolestral dan sekiranya anda  masak menggunakan kuali tak melekat (non-stickable pan) ianya  boleh menghindarkan lemak kosong peratus. Purata nilai kalori sekeping “tosai kosong” adalah 155 kalori bagi satu hidangan.

Di negara kita,  Tosei seringkali digemari oleh semua lapisan bangsa tidak kira dari bangsa Melayu, Cina dan apalagi bangsa India. Makanan ini sering dijadikan menu wajib bagi setiap restoran "Mamak" yang berada di dalam Malaysia. Benar bukan??


Serba sedikit tentang sejarah Tosei ini...

Untuk membuat Tosei ini , bahan utama yang perlu  ada adalah Kacang  Tosei (bahasa tempatan) atau di gelar dalam bahasa Tamil “Ulundhu”. Di India kacang ini digelar “Urad Dhal” atau dalam bahasa Inggerisnya, “Split Black Gram”. Kacang tosai pada asalnya adalah berkulit keras yang berwarna hitam dan bentuk seperti kacang hijau. Selalunya kacang tosei di belah dua. Maka itulah ianya dikenali sebagai  ” Plit black Urad Dhal”. Kacang urad dhal yang hitam ini biasanya perlu direndam dan perlu diasingkan  kulit sebelum digunakan. Namun kini, teknologi yang ada telah mewujudkan sebuah mesin yang boleh membuangkan kulit kacang urad dal bagi memudahkan pengguna menggunakannya. Aroma kacang urat dhal setelah diasingkan kulitnya  lebih lembut berbanding dengan kacang Urat Dhal yang mempunyai kulit.

Bahan penting kedua ialah beras.Namun begitu, beras mempunyai nilai kanji yang sangat tinggi!!!
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK  MENGHINDARKAN AIR KANJI DALAM MEMASAK NASI PUTIH?
Menurut masyarakat India , apabila menggunakan beras sebagai bahan dalam resepi  masakan makanan ringan , biasanya ia diperam  (fermatation) terlebih dahulu iaitu diperam semalaman .Apabila beras diperamkan, kanji ini bertukar kepada gula atau glukos. Glukos senang diserap oleh tubuh badan kita. Oleh sebab itulah Tosei ini merupakan makanan yang sihat dimakan.

2 Sahabat yang yang kental melaksanakan TOSEI







Dalam melaksanakan proses memasak Tosei ini , ketekunan dan kesungguhan juga kesabaran perlu ada pada diri anda. Maklum sahaja , bukan resepi masakan kita, mahupun mak-mak kita, maka ianya  amat sukar untuk dilaksanakan khususnya semasa memasak Tosei ini diatas kuali.

Sikap Ketekunan  yang harus dicontohi
Sikap Kesabaran Yang perlu ada..Tidak menjadi, usaha lagi, usaha, dan terus berusaha...pasti akan BERJAYA!


Dan nilailah degan sebenar-sebenar penilaian...




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca.
Jumpa lagi minggu Hadapan!

3Rasa Menjadi 1

Monday, October 8, 2012

"Burger MALAYSIA"

1??? MALAYSIA!
Burger ??? MALAYSIA!
Burger???Doremon..ang.ang..ang...
Salam 1 Malaysia semua...entry kali ini saya ingin berkongsi bersama anda semua tentang resepi Burger.Ada yang gelarkan burger Malaysia, dan ada yang gelarkan burger Doremon .
Kenapa doremon??Sebab burger ini berbentuk bulat  ala-ala perut doremon..(Comelnya....:)dan burger Malaysia pula...Kenapa Malaysia?mmm..mungkin disebabkan burger ini dimakan bersama sambal tumis.Sambal tumis pedas..Orang putih tidak makan pedas.Oleh sebab itulah pelbagai nama diberikan pada kuih ini. Yang penting kita tahu bagaimana rasanya. Almaklum sahajalah, Negara kitakan berbilang kaum, agama  bahasa dan segalanya berbilang. Makanya pelbagai versi dalam setiap hidangan itu.Asalkan halal, kita bolehlah makan, dan makan dan terus makan sehingga bulat seperti Doremon...hahaha..(Teringat waktu kecil dahulu, bila drama kartun ini keluar, berpusu-pusu pulang ke rumah..walhal tengah main buaian tu di padang..nak tengok doremon punya pasal..sanggup ketepikan padang permainan yang dicintai..hahaha..sambil membawa basikal ,,nyanyi dengan kawan-kawan.."ang..ang..ang..do.Ra..E..MON.....huh..kenangan kan..:( hah,..tiba-tiba sedih.
Dah-dah jangan sedih...Marilah kita memasak..eh eh  masak apa lah malam-malam ni.Ok resepi ini sesuai untuk sarapan pagi. Maknanya esok pagi buat sarapan ya?...tidakpun waktu petang boleh la cuba.Cubalah kalau ingin cuba!
Ini doh yang telah siap diuli.Gebukan ??? oh, terima kasih (perasan) hehehe
 
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT DOH.
(saya menggunakan doh donat. Jika anda tidak mahu makan bersama sambal , bolehlah anda salutkan dengan gula.ha!da jadi donut! mmm sdap juga!
  1. 330 gram tepung gandum
  2. 1 1/2 sudu besar Mayonis
  3. 1sudu besar susus tepung 
  4. 1 biji telur
  5. 140 ml air suam
  6. 1 1/2 sudu besar marjerin
  7. 3 sudu besar gula
  8. 4 gram yis ( 1 1/2sudu kecil)
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT DOH
Doh yang dibahagikan secara comel-comel :)
  1. Masukkan semua bahan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. 
  2. Perap doh dan tutup bekas adunan dengan kain lembap ataupun plastik wrap dan biar sehingga doh naik 2 kali ganda . Selepas itu , tumbuk-tumbuk doh bagi mengeluarkan angin.(Bagi mereka yang ingin lepas geram , sesuai sangat untuk membuat doh ini!boleh tumbuk-tumbuk.Dush!dush!
  3. Bahagikan doh pada bebola kecil dan bagi dia rest seketika. (Sian..doh pun nak rehat kawan-kawan :)
  4. Setelah itu , leperkan sedikit.Takut-takut tidak muat untuk masukkan timun nanti. Kemudian , gorenglah! 
Ambil mood tradisional : Guna lesung batu. Untuk sambal tumis, tumbuklah bawang besar, bawang putih sehingga lumat..(jika malas, gunalah pengisar )hehehe


Tumis bahan-bahan sehingga naik baunya, masukkanlah cili boh, kemudian asam jawa, rasa kan gula, garam, dan sedikit belacan.

ok, da siap! mmm...laparnya...:)





  Setelah siap menggoreng doh tadi, bolehlah anda memotong dibahagian tengah kuih itu untuk diletak sambal dan timun. (Potong  jangan sampai terputus ya! ) 
Dan akhir sekali.........................................JOM MAKAN DULU!!!
p/s: Sayur-sayuran itu tiada kaitan dengan resepi ini. Ianya hanya untuk mempromosikan sayur-sayuran itu sahaja! Ayuh , makanlah sayur..hehehe(tiada kaitan , ok)
ERKKK...kenyang nya,,Terima kasih YA ALLAH  diatas rezeki yang KAU berikan..
 Ok, selamat mencuba, dan terus mencuba.
Jumpa Lagi!!!
3Rasa Menjadi 1..... 
 

"Sachet de Epices "

Assalammualaikum semua dan selamat sejahtera diucapkan kepada anda  semua,,,
Apa khabar anda sekarang?
Semoga sihat-sihat hendaknya.
Saya disini, sihat sahaja dan semakin comel... (Wah! skemanya ayat...bagai baca warkah berlagu pilu.:*_^)
Ok,  Yang sebenarnya saya ingin mengambil "mood" untuk memberikan entry berbentuk fakta. Fakta ok.Bukan auta!Bukan..amboi...nak main je ye..mari kita belajar..
.....Sachet de Epices ...Sesedap namanya sesedap rasanya..mmm...APA??nak bagi nama anak, oh,oh janganlah. Bawa-bawalah bertenang. Bertenang ya, banyak nama-nama Islam yang indah-indah belaka.:)
 "Sachet de Epices" merupakan sekumpulan rempah yang dibunjutkan ke dalam kain jenis maslin. Ala...kita sering menggunakannya sewaktu kita ingin membuat sup...lebih dikenali dengan panggilan "Sup Bunjut ADABI".(ups!ADABI tu jenamanya je....jenama adabi ini seringkali digunakan oleh nenek saya..:) )Kita juga sering menggunakannya,(kita ye, kitakan rajin! hahaha). Bila mana kita menggunakannya ,saya seringkali terpikir apalah yang ada dalam kain ni...rempah apalah..tunjukkan lah , buktikanlah,,semuanya lah..dan saya bukalah kain "Maslin" ini....dan hasil penglihatan saya, dapatlah saya tahu, rempah inilah rupanya.lah,lah, lah jemputlah,lihatlah :

Gambar ini saya ambil dari blog "Bukan Sekadar Resepi". (Yang ini sahaja :)

Kandungan rempah yang ada didalam bunjut ini adalah :
  • Rempah Biji
  • Bunga Lawang 
  • Jintan Manis
  • BungaCengkih
  • Lada Hitam
  • Kulit Kayu Manis
Waw!!!banyaknya rempah yang terkandung sebenarnya.(Orang baru tahu, beginilah, perak..bukan Perak ya:)

Namun ya pembaca sekalian, rempah-rempah ini ditumbuk @ dikisar terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam kain maslin.Sekiranya anda mempunyai tahap kerajinan yang tinggi , jemputlah untuk membunjutkan rempah-rempah ini sendiri tanpa membeli .(mmm, rasanya tidak perlu dibunjutkan , jika kita yang buat sendiri, terus sahaja masuk kedalam kuali, dan pasti enak dimakan sefamily.Betul tak?

Cubalah, jika ingin cuba!:)

Sekian, setakat ini.
Happy Monday!

BY;
NADIA


Thursday, October 4, 2012

Oh ! Sizzling Yee Mee , Oh! Wanton..Lai..lai..

MINGGU KE 4
AMALI 1
Assalammualaikum & selamat sejahtera...
                        &
       Selamat Malam Semua.....

Mesti anda semua sedang sibuk sekarang ni kan..maklumlah kerja yang semakin banyak..Sampai tidak tahu untuk buat yang mana satu...alahai.. Sabar ya,,istigfar banyak-banyak sambil buat kerja tu ( mak saya selalu pesan ...eh! ,tiba-tiba rindu mak , mak...:( :(

Ok, jangan tension-tension  ya, 

Kita berhenti dulu...jom kita  kenang-kenang  semula peristiwa di pagi hari tadi.
Hari pertama kita beramali masak setelah sekian lama kita meninggalkan dapur kesayangan kita tu.(Setahun juga tidak ketemu )Oh dapur UPSI ku , aku sayang padamu.(Perlu sayang ya, tempat kita mendapat pahala ok!.huhu)
Hari ini rasa gementar didalam hati  bercampur rasa teruja untuk mempelajari ,untuk memasak untuk berkelam-kabut. Ya,! memang saya rasa saya kelam kabut, maklum sahaja masak kita dipantau,dinilai oleh pensyarah kita yang hebat, dengan kawan yang bijak-bijak belaka, seharusnya gementar itu hadir dan  lahirlah kelam kabut.(Lain kali harus tenang ya.....baru masak boleh sedap.hehehe)

Sebelum kita mulakan proses memasak resepi kegemaran kita,( ewah..kami dapat resepi kegemaran kami ye:) ) kami diperiksa terlebih dahu oleh pensyarah kami tentang peralatan yang kami bawa dan pemakain kami sewaktu masuk dibengkel. (Di sekolah nanti kita perlu buat pada anak murid kita,mmm siap lah mereka...kuku panjang , cikgu rotan!!!eh, tidak.Cikgu baik ok.:)

Kemudian, diberi taklimat oleh Pn. Ida, seterusnya bermulah operasi menyukat bahan.Sukat dulu bahan tu, baru masak. Jangan tamak ya,,ambil ikut resepi awak tu. Amboi....:)
AJK Bahan periksa bahan -bahan tu! Amboi...(Saya memang gemar perkataan "Amboi"...amboi..Seri Lanka..)




Proses seterusnya , dah dapat bahan ..Ayuh lah kita masak-masak.....Cincang mencincang bahan, basuh membasuh bahan, masak memasak...Kami kusyuk ok...

Bahan-bahan Sizzling Mee..Resepinya nanti saya bagi ya..sabar ya....!!!!



Dan kami tekun sangat masak..Terlalu tekun..bersungguh...tekun..dan.....TIDAK!!!


Sahabatku..bersabarlah sayang...:)


Warkah resepi menjadi makanan api sebelum kami memakan penghasilan resepi ini. Terima kasih sahabat kerana mencipta kenangan terindah ini. (Nak ketawa + gelak guling-guling  boleh tak? kah..kah..kah..)
Peristiwa yang tidak akan ku lupa hingga kecucu cicit ...Ya Allah...sungguh kelakar... Tidak mengapalah, selepas ini bersama-sama kita mengawasi gerak geri kita agar  tidak mengundang bahaya. (Nak gelak lagi sebenarnya bila mengenangkan..hehehe
* HATI-HATI SEMASA DIDAPUR YA ANAK-ANAK..* :)

Kad Menu Kumpulan kami..Buruk tak?Haip!!!Jangan cakap buruk lah..amboii...(Walhal memang buruk)


 Dan akhir sekali sesi komentar...
       Jemput komen ya...

Terima kasih kepada pensyarah kami diatas komentar yang diberikan juga rakan seperjuangan sekalian..Terima kasih ya diatas komen anda dan kesudian anda untuk merasai makanan hasil tangan kami.Sedap tak???hehehe...
Dan akhir sekali ..proses mengemas, membersihkan bengkel...
Bersih sampai kilat!!! Ok, anda semua boleh pulang...Jumpa lagi ..!!:)

Tiga Rasa,
SEKIAN..selamat malam.zzzz 






Wednesday, October 3, 2012

Sambal Tempoyak Ikan Bilis Perak


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...


Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang  resepi lauk yang sesuai untuk dimakan sewaktu makan tengahari. Sebelum tu, anda semua dah makan ke belum?hehehe.. Sekiranya belum, segerakanlah makan tengahari tu, takut-takut nanti terkena gastrik pula kerana lewat makan. Makan ya, kita dah nak masuk minum petang pula ni...huhu..
 Ok, bercakap tentang resepi lauk hari ini adalak datangnya dari "Raja Buah"...Siapakah raja buah??ha..pandai.. Durianlah  raja segala buah di Malaysia ini. Durian  merupakan buah yang berduri..Sukarnya bagi mereka yang tidak tahu membukanya hingga terluka di tangan. Tapi dek kesedapannya, semua orang pun sanggup untuk menikmati buah durian ini.Durian boleh dimakan begitu sahaja.Ianya sungguh enak.:) Selain itu durian juga boleh dibuat jem, tempoyak dan lempuk.

Untuk resepi kali ini , kita menggunakan tempoyak. Bagaimana untuk membuat tempoyak?..Mudah sahaja. Ambil durian yang tidak mahu dimakan(selalunya musim durian, bila dah terlalu banyak buahnya sampai tidak larat untuk makan, masa inilah durian bakal menjadi tempoyak), masukkan durian kedalam balang kaca(balang lain pun boleh ..hehehe), masukkan pula sedikit garam. Kemudian, peramlah durian itu sehingga menjadi tempoyak. Berbulan-bulan boleh simpan tau.

Selalunya kita buat sambal tempoyak tidak perlulah lah masakkan? Kali ini kita perlu masak ya.
Untuk pengetahuan anda , orang Nogori Sembilan  juga ada resepi sambal tempoyak ini.

Sekarangni, ayuhlah kita menunjukkan bakat masaka kita.Jom!!!

Bahan-bahan yang di perlukan adalah :
  • 1 cawan ikan bilis
  • 4 sudu besar tempoyak
  • 1 ulas bawang merah (di tumbuk kasar )
  • 3 biji cili merah + cili kampung(di tumbuk atau dikisar kasar)
  • sebatang serai (dititik)
  • Garam
  • Gula
Cara-cara memasakanya :
  • Masukkan sedikit minyak, tumis cili-cili yang dikisar, bawang merah, serai sehingga masak.
  • Kemudia masukkan ika bilis , daun kunyit, dan masak seketika.
  • Akhir sekali masukkan tempoyak , garam dan gula dan kacau sehingga sebati.
  • Hidangkan , dan makan dengan nasi yang panas-panas.  mmm Sedapnya :))))
Nah, inilah hasilnya......

*Bagi adik-adik yang tinggal diasrama boleh mencuba masakan ini dan dibawa ke asrama. Bolah la juga tambah-tambah lauk. Maklumlah , tinggal diasrama kadangkala lauk yang diberikan sama sahaja , bila ada lauk yang berbeza, berseleralah sikit untuk kita menikmati hidangan kan?....

ok, sampai disi sahaja. SELAMAT MENCUBA !!! ;)

 


Tuesday, October 2, 2012

Bahan Basah ke...Bahan kering... Keliru?..

Bismillahhirrahmanirrahim...selamat petang semua...

Entry kali ini saya mengesahkan tentang pengiraan  kos bahan . Seronok sebenarnya kita mempelajari pengiraan kos bahan ini. Kita dapat bajet belanjawan kita untuk kita membeli belah. Disamping itu , kita juga dapat menilai sesuatu harga makanan itu. Tidaklah bila mana kita pergi ke restoran , terkejut dengan harga yang diberikan, lalu memaki pengusaha restoran itu tidak pun memberikan surat yang berhelai-helai untuk membuat kritikan negatif yang bertubi-tubi. Jangan ya pembaca sekalian. Itu bukan budaya kita, harus dihindarkan untuk menjaga hak sejagat.(Maaflah kalau memberi ceramah sedikit..hehehe)

Berbalik pada pengiraan kos, saya bukan hendak mengajar anda semua bagaimana hendak mengira sebenarnya.. Tapi lebih kepada mengenali bahan basah dan bahan kering.Ini disebabkan didalam pengiraan kos , untuk mengira pengiraan kos ini anda perlu mengasingkan kos bahan basah dan bahan kering. Bak kata pensyarah saya sekiranya salah anda mengira kos bahan mentah salahlah pengiraaan kos anda!!..oh..Tidak....saya tidak mahu membuat kerja 2,3 kali..:(((

Oleh itu ya saudara mara sekalian, kita harus mengenali APA ITU BAHAN BASAH DAN APA ITU BAHAN KERING.Ok...sekarang ini siapa yang tahu bahan basah itu bagaimana???
****Bahan basahtu kan bahan yang ada air.
Bahan kering tu bahan yang yang tak de air.****........Benarkah???

Hehehe...jangan pening-pening memikirkan.Cukup kita ambil kata kunci sebegini:
Bahan Basah merupakan bahan yang tidak tahan lama. Maknanya bahan yang cepat rosak. Contohnya seperti :Ikan, ayam, sayur-sayuran, buah-buahan.nanti saya akan kongsikan sedikit contoh-contohnya:)
Manakala bahan kering pula adalah bahan yang tahan lama, iaitu bulan ke bulan, tidakpun zaman berzaman.Bahan ini tidak cepat rosak seperti bahan basah.

Di sini saya kongsikan bersama anda semua contoh bahan basah dan bahan kering yang saya ambil dari sumber Tabika Kemas.

Silalah layari ya.:)

http://unithttp://unitprasekolah.webs.com/Senarai%20barang%20mentah%20KEMAS.pdfeel

ok , Sampai disini dulu.
Selamat menunaikan solat magrib :)
3 Rasa Menjadi 1




Kuih Onde-onde (Buah Melaka)

Assalammualaikum...Haii...Tengah buat apa tu??Kerja??...Alahai berhenti seketika buat kerja tu. Jom kita main masak-masak nak..:) Petang-petang ni, rasa-rasanya makan apa yang sedap ya?.Kalau kita buat kuih Melaka pon sedap kan...senang, mudah dan cepat.Tengah-tengah sibuk kita menyiapkan tugasan ni lebih senanglah kita kalau masak kuih yang mudah-mudah je kan. Oleh itu ya saudara mara semua, ayuhlah kita mencari resepi. Resepi??? alahai kuih yang mudah pun guna resepi ke ??..Ia ...guna..itu bagi anda yang hebat dan selalu ke dapur..apalah sangat dengan masakan kuih onde-onde ni kan. Tapi bagi yang tidak pernah memasaknya, marilah kita bersama-sama mencari resepi.

Pertama, kita boleh menggunakan 2  cara untuk mencari resepi. Carian pertama melalui  buku resepi warisan nenek moyang kita. Kedua, kita gunalah teknologi yang sediada masa kini.Seperti saya ni :-

Buku resepi Opah & Tab :) Gabungan lama dan baru ya!


Jangan malu kita melihat resepi walaupun mudah sahaja masakan itu. HEHEHE...

Kemudian, kita telah dapat resepi dan tampallah di dinding dapur ke, peti ais ke..agar mudah untuk kita melihat resepi itu nanti. Ini ada sedikit resepi buah Melaka...Cubalah kalau nak cuba!:)

Resepi Onde-onde

Bahan-bahan 

  • 300ml air+1/2 st pewarna hijau dan perasa pandan..
  • 250g tepung pulut
  • 125g tepung gandum
  • gula merah secukupnya(untuk inti)
  • Kelapa parut seckupnya(putih sahaja)+sedikit garam

Cara-cara

  1. Masak air di periuk(lebih dari setengah periuk)ketepikan. masukkan air+ pewarna+perasa pandan dan dalam bekas
  2. Masakkan tepung pulut(gaul sebati)
  3. Masukkan tepug gandum,gaul sebentar menggunakan sudu bila tepung sudah dicampur,uli mengunakan tangan hingga menjadi doh.
  4. Ambil sedikit doh dan bulat kan,kemudian lubang kan di tengah-tengah untuk inti
  5. Tutup kuih kemas-kemas dan bulatkan.Bila air di periuk telah  mendidih,masukkan doh yang telah digentel tadi  ke dalam periuk dan  gaul sekali supaya kuih tidak melekat di periuk.Ulang buat sampai habis
  6. Sementara menunggu kuih masak, sediakan kelapa parut yang di campur dengan sedikit garam.
  7. Bila kuih telah  terapung,boleh lah di angkat dan gaulkan bersama kelapa.
           Pinnnnnnn.....Okey, sambil masak, kita main teka teki ilmiah ya!
Soalannya, apakah prinsip memasak yang digunakan untu membuat kuih Onde-onde ini??Sapa boleh jawab , angkat tangan tinggi-tinggi...sapa?sapa? apa jawapannya....__________ " Haba Lembap!!"..
***Bagus, tepat sekali jawapan anda.Tepukkan untuk  diri sendiri ok.:)

Setelah kuih telah siap dimasak.....lalu...ayuhlah kita menghidangkannya.
 Dan inilah hasilnya..........................................
mmmm...Sedapnya..warna warni lagi...okey, bolehlah anda menyediakan Teh o' sekali ya.Sedap makan dipetang hari ni....
ok selamat mencuba semua!!!

3Rasa Menjadi 1...
1?
1?
111111111 Malaysia!!
   

Monday, October 1, 2012

Rendang Tok Perak

Haiii... Assalammualaikum..
Hari ni jom kita masak rendang tok Perak.
Rendang tok ini selalu dihidangkan di majlis-majlis perkahwinan terutamanya.
3 Rasa Menjadi 1

RENDANG TOK PERAK
1 KILO DAGING LEMBU (DIPOTONG BENTUK KIUB)

BAHAN A: PERLU DI GORENG KERING DAHULU & KISAR HALUS
CILI KERING 20 BIJI(KALAU NAK PEDAS TAMBAH LAGI)
BAWANG MERAH KECIL 30 BIJI
BAWANG PUTIH 20 BIJI
BATANG SERAI 5 BATANG
HALIA 3 CM
LENGKUAS 3 CM
BELACAN SEDIKIT

BAHAN B: DIHIRIS HALUS
BAWANG MERAH KECIL 30 BIJI
BAWANG PUTIH 10 BIJI
HALIA 5 CM
DAUN KUNYIT 5 HELAI

LAIN-LAIN BAHAN :
SANTAN KELAPA(PEKAT) 2 BIJI
ASAM KEPING 2 KEPING
GULA KABUNG 1 KEPING
GARAM
KERISEK 1 BIJI KELAPA(KALAU NAK SEDAP BUAT SENDIRI)
KULIT KAYU MANIS 3/4 BATANG
BUAH PELAGA
SERBUK LADA HITAM
BUNGA CENGKIH

CARA-CARA MEMASAK:
1)LUMURKAN DAGING DENGAN BAHAN A(KISAR HALUS)DAN MASAK ATAS API SEDERHANA SEHINGGA AIR KERING SEDIKIT
2)MASUKKAN SANTAN, BAHAN B(KECUALI DAUN KUNYIT), GULA KABUNG, GARAM,BUAH PELAGA, BUNGA CENGKIH, LADA HITAM DAN ASAM KEPING HINGGA MENDIDIH KERING. KENA KACAU SELALU SUPAYA TAK HANGIT DI BAWAHNYA
3)AKHIR SEKALI MASUKKAN KERISEK DAN DAUN KUNYIT YANG DIHIRIS HALUS TADI
4)ANGKAT DAN HIDANGKAN...

Rempah Ratus

Assalammualaikum salam sejahtera....
Siapa kenal REMPAH RATUS???
ha...Selalunya kita hanya kenal wang yang beratus sahaja...ratus juga tu..:)
Tapi hari ini mari kita belajar untuk mengenali rempah ratus yang banyak khasiatnya serta rempah ratus juga dapat menyedapkan makanan yang kita masak. Bila masak telah sedap, makan juga menjadi-jadilah.hehehe
Tapi tidak mengapa, makan secara sihat.
Jom kita belajar seketika.(Untuk yang perempuan penting ya:)

 1)  KETUMBAR (CORIANDRUM SATIVUM L.)
ketumbar.jpg ketumbar1.jpg
Digunakan untuk menambah kesedapan makanan seperti kari dan rendang. Buahnya mempunyai aroma pedas dan sedap. Daunnya juga sering digunakan dalam masakan. Selain itu, ketumbar juga menambahkan rasa dalam masakan lain seperti bubur nasi, ayam atau ikan goreng dan sebagainya.
Nama cina : Yan Shi, Fan Yan Sui, Yuen Sai, Wan-Swee (herb), Hu Sui (fruits)
Nama Inggeris : Coriander, Chinese Parsley, Indian Parsley (herb)
Nama Tamil : Kottamalli

2)JINTAN MANIS
jintan-manis1.jpg jintan-manis.jpg
Berbau harum. Rupanya seperti padi tetapi saiznya lebih halus dan kecil. Ditumbuk atau dikisar apabila hendak digunakan. Masakan yang berempah seperti kari, kurma dan rendang biasanya menggunakan rempah ini sebagai bahan perasa tambahan.
Nama Cina : Xiao hue Xiang, Wooi heung, Hui xiang, Xiaohuixiang
Nama Inggeris : Fennel
Nama Indonesia : Adas Pedas
Nama Tamil : sohikirai 

3. JINTAN PUTIH
jintan-putih.jpg jintan-putih-1.jpg
Mempunyai bau yang kuat. Mempunyai bentuk seperti padi. Lebih besar daripada Jintan manis. Kegunaannya juga sama.

4. HALBA
halba.jpg halba-1.jpg
Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih. Dikenali sebagai;
Nama cina: Hu Lu Ba
Nama Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.)
Tamil : Vendayam

5. BUAH PELAGA (Green Cardamon)
buah-pelaga.jpg
Juga dikenali sebagai katepus, kepulaga, puar dan tebus batu. Selain digunakan untuk masakan, orang India dan Arab suka mencampurkannya dalam minuman teh.

6. BUNGA LAWANG (Adas China)
bunga-lawang.jpg
Rupanya seakan bintang dan berbau kuat. menjadikan masakan kari dan sup bertambah enak.
Nama Cina : Ba Jiao, Pak kok, Baat gok
Nama Hindi : Badayan, Anasphal

7. BIJI SAWI
biji-sawi-1.jpg biji-sawi.jpg
Mampu mengubah rasa menjadi enak. Digunakan dalam masakan kari, acar dan asam pedas. Juga dikenali sebagai black mustard, brown mustard, Indian mustard.

8. LADA HITAM dan LADA PUTIH
lada-hitam.jpg lada-putih.jpg lada-hitam-1.jpg
Sering digunakan dalam masakan barat seperti stik. Lada hitam mempunyai rasa yang pedas dan panas serta mempunyai aroma yang lebih kuat berbanding lada putih. Juga dikenali sebagai black pepper, white pepper dan kali mirch.

9. KAYU MANIS
kayu-manis.jpg
Selain digunakan sebagai rempah penumis dalam masakan kari, kayu manis juga sering digunakan untuk membuat kek atau hidangan pencuci mulut. Rasanya begitu mempengaruhi makanan. Juga dikenali sebagai : Jou Kuei, Yuk Gwai, Sri Lanka cinnamon, Illavangam.

Banyaknya rempah...mmm .Ini baru 9 jenis ,banyak lagi yang akan diupdate nanti. 


ok sampai disini sahaja, bersama-sama kita belajar ya.:)

~3 Rasa menjadi 1~