Saturday, December 22, 2012

Nasi Goreng Siam


Assalamualaikum dan selamat pagi,
"Nak masak apa agaknya pagi esok? Pening kepala memikirkan menu yang ingin dimasak. Kalau lihat di peti sejuk, semua bahan-bahan mencukupi...hmm..takkan nak ulang resepi yang sama. Terasa ingin mencuba seuatu yang lain pula" 

Apa kata pagi esok kita buat nasi goreng siam. Selalunya kita hanya masak nasi goreng biasa, nasi goreng cina, nasi goreng kampung atau nasi goreng blasah. Kali ini kita jump to oversea ...ke Thailand sekejap. Kita masak nasi goreng siam pula. Sebenarnya , minggu lepas punya amali kan masakan Thailand, saya dah kumpul semua resepi ini dari umi saya. Tapi tak sempat nak update berkaitan dengan resepi. Memandangkan semua kerja dah siap kecuali laporan projek akhir, saya teruskan keinginan hati untuk post masakan Thailand ini. Rugi pula kalau tak post. Dah penat-penat mencari....Jum kita bersarapan pagi dengan nasi goreng siam ...

Nasi goreng siam/(khao kluk kapi)



Bahan-bahannya:

1 camb udang
4-5 ulas bawang putih,dihiris nipis
2 biji cili api
2 biji telur dipukul hingga kembang
Lada putih dan garam secukup rasa
1 camb petis udang kering
4camb minyak makan
½ cawan hirisan daging
4 cawan nasi yang sudah dimasak
2-3 camb kicap ikan
4 camb hirisan daun ketumbar

Cara menyediakannya:
  1. Rendam udang  dalam air panas mendidih selama 10 minit.
  2. Buang urat udang dan belah udang ikut suka.Cili dibuang biji dan dihiris nipis.Pukul telur bersama garam dan lada sulah sehingga kembang.
  3. Gunakan kuali leper,sapukan dengan minyak dan buat 2 atau 3 keping telur dadar yang dibubuh petis udang kering dan hiris memanjang  .
  4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bawang putih dan cili hingga kuning.
  5. Masukkan udang dan petis udang kering,tumis beberapa minit .Kemudian masukkan daging hiris dan goreng.
  6. Bubuh nasi dan goring sekali dengan semua bahan-bahan hingga sebati.
  7. Tambahkan dengan perasa kicap ikan.
  8. Hiaskan nasi goreng dengan telur dadar,daun ketumbar dan hirisan lada.

sampai di sini sahaja ....jumpa lagi di entri yang lain. Salam mesra dari saya..selamat mencuba...byeeeee

(Sumber gambar: http://nsamiza.blogspot.com)



p/s: saya selalu buat nasi goreng blasah letak kicap , letak sos, pecahkan telur dan nasi. tambah sikit garam...bolehlah...hmm..terus makan. janji kenyang..huhu

(By Fatihah aNIS)

No comments:

Post a Comment