Saturday, December 22, 2012

Yang Sihat tentang Minyak Sapi

Assalammualaikum dan selamat sihat,

Seronok saya ingin berkongsi dengan anda mengenai kesihatan tentang tubuh badan kita. Hari ini saya ingin kongsikan sedikit penyelidikan yang bukan dibuat oleh saya. Penyelidikan ini dipetik daripada majalah rapi. Apa yang ingin dikongsikan dengan anda adalah berkaitan dengan Minyak Sapi.

Minyak sapi boleh dikaitkan dengan penggunaannya yang agak kerap ketika hendak membuat kuih pada musim perayaan atau dalam masakan india. Selain itu, dalam masakan nasi juga ada kalanya menggunakan minyak sapi bagi menjadikan nasi tersebut sedap dan menyelerakan. 

Penyelidikan terhadap minyak sapi dan kesihatan sangat terhad. Telah diberitahu dalam satu kajian bahawa penggunaan minyak sapi melebihi jumlah kalori 10% mampu meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. Namun bagi kalori bawah 10% pula, minyak ini mampu membantu merendahkan risiko kardiovaskular terutama jika sumber lemak yang diambil pada hari itu adalah dari tumbuh-tumbuhan atau minyak sayuran....

Pastikan anda mengambil dengan kadar yang betul yer.....Selamat menjaga kesihatan..



(Sumber rujukan: Majalah Rapi-2011)

By Fatihah Anis

No comments:

Post a Comment