Monday, December 10, 2012

Resepi Asam Pedas Ikan Kembung

Assalammualaikum dan hello Malaysia..

Kali ini, resepi yang ingin saya kongsikan dengan anda adalah resepi ibunda saya iaitu resepi Asam Pedas Ikan Kembung. Resepi ni memang menjadi kegemaran umi dan makcik saya memandangkan mereka adalah anak jati negeri Johor. Walaubagaimanapun, masakan ini  telah menjadi masakan kegemaran keluarga dan telah sebati dalam diri kami.

Rata-ratanya orang Johor memang suka dengan masakan pedas..selagi boleh pedas...selagi itu akan dipedaskan. Kalau boleh , ketika memakan asam pedas ini,perlulah berpeluh-peluh. Barulah kenikmatan asam pedas tersebut dapat dirasai..Nampak menarik kan .Jemputlah mencuba resepi ibunda saya ini...




RESEPI ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG
Porsi : 7-8 0rang orang

Bahan-Bahan:
1 kg Ikan Kembung
7 btg Kacang Bendi (Di belah dua)
4 tangkai Daun kesum
3 biji Bawang Besar *           *Dikisar bersama
5 biji Bawang Merah  *
1 cm Kunyit*
1 cm Halia*
2 biji Tomato (Dibelah 4)
2 cawan Cili giling                        
1 tangkai Bunga Kantan (Dihirs)
1/2 cawan Minyak
1/2 cawan Air Asam jawa
Secukup rasa Garam

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak  dan masukkan bahan yang telah dikisar.
  2. Apabila naik bau, masukkan cili giling dan masak sehingga pecah minyak. Masukkan  air asam jawa, daun kesum, bunga kantan dan ikan. Perasakan dengan garam.
  3. Apabila mendidih masukkan pula sayur bendi dan tomato.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

Kalau nak tukar cili giling kepada cili kering pun boleh juga.. Pastikan anda membuang bijinya dan rebus. Selepas itu, kisar cili kering tersebut bersama-sama bahan-bahan yang perlu dikisar.

Selamat Mencuba dan jumpa lagi....



Buku Resepi Ibunda





By Fatihah Anis

2 comments:

  1. sila lar ambil resepi dan masak yer...jgn nak tunggu umi masak jer.ehehhe.nantikan resepi ayahanda..ayam ungkep..huhuhu

    ReplyDelete