Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini kita akan berkongsi resepi masakan cina iaitu Tofu Pok dan Sweet and Sour Fish...Selalunya kita hanya melihat dari jauh sahaja masakan cina yang berapi-rapi. Kali ini resepinya tidaklah berapi-rapi tetapi masakannya tentu meletup kalau anda cuba membuatnya sendiri.Hidangan ini bolehlah disediakan untuk 2-3 orang. Apa tunggu lagi....jum....
Kuantiti Bahan
12 keping Tofu Pok
10 gm Tepung Jagung
5 gm Lada Sulah
5 gm Garam
3 biji Telur
10 gm Daun Bawang
Bahan A:
300 gm Isi Daging Ayam (dicincang)
10 gm Bawang Besar
30 gm Lobak Merah
Bahan Sos:
300 gm Sos Tomato
30 gm Lemon
6 camb Air
Cara Penyediaan :
1)
Belah
di tengah-tengah tahu pok supaya
berbentuk “t”.
2)
Pusingkan
tahu pok keluar bahagian tanpa terbelah.
3)
Satukan
bahan (A), telur, daun bawang dan tepung jagung. Uli hingga sebati.
4)
Sumbat
tofu pok dengan bahan isi ayam, kukus selama 10 minit. Ketepikan.
5)
Panaskan
bahan sos dalam kuali dan kacau sehingga mendidih.
6)
Tuangkan
sos dalam pinggan dan letakkan tofu pok di atasnya. Hidangkan.
200 gm Ikan Dori
20 gm Lada Benggal Merah* *Dipotong dadu
20 gm Lada Benggala Hijau*
150 gm Nenas*
80 gm Tomato *
40 gm Bawang Besar
50 gm Lobak Merah
5 gm Bawang Putih(Dicincag Halus)
500 gm Minyak Masak
Bahan untuk bater pencelup:
1 biji Telur* *Semua bahan di adun rata
125 gm Tepung Gandum*
250 ml Air*
25 gm Tepung Jagung
5 gm Garam dan Lada Sulah
10 gm Gula Pasir
Bahan untuk sos:
50 gm Sos Cili
150 gm Sos Tomato
10 gm Gula Pasir
25 ml Air
5 gm Garam dan Lada Sulah
Cara Penyediaan :
1)
Isi
ikan dicelup di dalam batter pencelup lalu di goreng di dalam minyak yang
banyak dan panas sehingga garing kekuningan. Asingkan.
2)
Tumiskan
bawang putih sehingga naik bau, masukkan bahan sos perasa kan secukupnya dengan
garam dan lada sulah.
3)
Masukkan
pula lobak merah dan tunggu hingga ia agak empuk lalu masukkan bahan A.
4)
Akhir
sekali masukkan isi ikan, kacau sebati.
by Fatihah Anis & Nadia
No comments:
Post a Comment