Thursday, December 13, 2012

Lada Benggala & Lobak Merah


 Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia, 

Apa khabar? harap anda sihat-sihat sejahtera. Entri kali ini ingin saya berkongsi mengenai lada benggala dan juga lobak merah. Mengapa saya ingin berkongsi dengan anda adalah kerana lada benggala sangat unik dari segi bentuk dan warnanya yang ceria. Bagi lobak merah pula adalah hampir setiap minggu kami menggunakan lobak merah dalam masakan amali. Apabila kegunaan ini digunakan setiap minggu, saya  terasa ingin mengetahui apakah sebenarnya yang ada pada lobak merah ini. Perkara paling popular yang kerap saya dengar mengenai lobak merah ini ialah ianya bagus untuk mata kita. Kalau makan lobak merah, rabun kita mungkin dapat dikurangkan. Hm..bagus tue. Maka, saya perlu memakannya bagi mengurangkan kadar rabun jauh saya ini. Selain itu, bagaimanakah lobak merah ini diolah dalam makanan? Tentunya dengan pelbagai cara. Mari kita ketahui bersama-sama.

Lada Benggala

Nama Saintifik:C. frutescens var. grossum
Bahasa Inggeris:
Capsicum / Bell Pepper


Lada benggala terkenal sebagai lada yang pedas dan manis. Lada ini terdapat tiga warna . Ianya berwarna hijau ketika mula tumbuh, dan, bergantung kepada jenis, bertukar menjadi merah, kuning, jingga, ungu, putih, atau coklat apabila matang dan masak. Ketika muda, lada benggala mempunyai rasa sedikit pahit. Ia bertukar menjadi kemanisan apabila matang, tapi tidak semestinya ketika masak ranum. Jika tidak dipetik ketika matang tetapi dibiarkan tumbuh ranum, rasanya akan menjadi lebih manis.
Lada benggala boleh dimakan dengan mentah dan selalunya dihidang sebagai snek atau salad, menjadi penambah perisa dengan teksturnya yang rangup. Ia boleh dibakar, dipanggang, ditumis, atau digoreng bersama bahan lain. Lada benggala yang dibakar sangat sesuai untuk dibuat sos, dimasukkan dalam pasta, salad, dan sandwich. Apabila dibakar, lada benggala akan mengeluarkan rasa manisnya, menambah perisa kepada pelbagai masakan.







Lobak Merah
Nama Saintifik: Daucus carota
Nama Inggeris: Carrot

Lobak merah adalah sejenis sayur berumbi atau tumbuh di bawah tanah. Ia adalah ahli keluarga parsli. Lobak merah sememangnya boleh dimakan mentah, secara seluruh, dipotong, diparut atau dicampur ke dalam salad untuk menambahkan warna dan tekstur. Kebanyakan masakan, lobak merah ini sering dipotong dan direbus, digoreng atau stim, dan dimasak dalam sup atau stew, serta sebagai makanan bayi dan haiwan peliharan tertentu. Lobak yang diparut digunakan dalam membuat kek lobak. Hal ini memberi kelainan dalam masakan kek yang berunsurkan lobak merah. Daun lobak pula boleh dimakan sebagai ulaman tetapi jarang dimakan. 
Lobak pada mulanya ditanam untuk tujuan ubatan bukan sebagai makanan. Akhirnya, ia menjadi makanan yang popular dalam kehidupan manusia hari ini. Hal ini adalah disebabkan ia mempunyai kadar beta carotene (vitamin A) yang tertinggi di antara sayuran  lain. Disamping memberi kebaikan pada tubuh badan manusia, ianya juga sebagai penambah perasa dalam masakan kita.





Kita jumpa lagi di lain hari. bye..

Sumber rujukan: .

http://www.trymasak.my



By Fatihah Anis.

No comments:

Post a Comment