Thursday, December 13, 2012

Resepi Ayam Ungkep

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bila bercakap mengenai resepi. Terlalu banyak resepi yang ingin dikongsikan dengan pembaca blog. Lebih-lebih lagi resepi kelurga yang berasal daripada Selangor dan Johor. Kalau entri lepas saya ada berkongsi dengan anda mengenai resepi asam pedas ikan kembung tapi kali ini ingin saya berkongsi dengan anda resepi ayahanda iaitu Resepi Ayam Ungkep. Resepi ini merupakan resepi dari orang jawa. Untuk menyediakan resepi ini adalah cukup mudah memandangkan bahan-bahannya senang didapati. Lebih-lebih lagi masakan ini merupakan masakan orang kampung.

Masakan ini kerap kali dijamah oleh kami sekeluarga kerana rasanya yang unik dan kalau sekali makan, pasti akan tambah lagi. Jujur saya mengatakan bahawa menu ini merupakan menu kesukaan ayah saya. Sekiranya ditanya "hendak masak apa hari ini, ayah?" Beliau dengan mudah menyebut resepi ini. Baginya resepi ini senang dibuat dan cepat disediakan. Bahannya juga sentiasa ada di dapur. Senang kan? Bagi umi saya, resepi ini adalah baru baginya di awal perkahwinan mereka tetapi selepas diberi taklimat dan langkah-langkah memasak daripada ayah, cukup mudah untuk umi menyediakannya. 

Saya ada melihat beberapa resepi ini di buku dan juga blog. Apa yang membezakan sedikit resepi ini dengan resepi yang lain adalah mereka meletakkan santan di dalam masakan ini. Kami tidak..:) Itular yang membezakannya. Terserah kepada anda untuk menentukan citarasa anda.

Dengan berbesar hati, saya ingin berkongsi dengan anda resepi ini. ..

Resepi Ayam Ungkep
Porsi: 7-8 orang

Kuantiti-Bahan

1 ekor -Ayam
1/2 kilo-Kentang
Secukup rasa-Garam
1/2 cawan-Air Asam jawa
1 cawan-Air
45 gm-Minyak Masak

Bahan Tumis:(Dikisar)

3 biji-Bawang Besar
5  biji-Bawang Merah
3 ulas-Bawang Putih
15 gm(2 cm)-Halia
15 biji-Cili Padi
2 Sudu makan-Ketumbar
1 sudu-Jintan Putih
1 sudu-Jintan Manis
3 batang-Serai
1 cm-Kunyit

Cara Penyediaan:
  1. Kisar semua bahan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar.
  3. Apabila naik bau, masukkan air dan kacau.
  4. Selepas itu, masukkan ayam dan kentang.
  5. Bila hampir masak, masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Buku Resepi Ibunda


Sampai di sini sahaja perkongsian resepi keluarga saya dengan anda. InsyaAllah kita bertemu lagi dalam entri resepi keluarga yang seterusnya.

Sekian Terima kasih dan bye....


(Sumber gambar: shahirahrahmat.blogspot.com)



p/s: Saya minta umi untuk menulis resepi ini jam 4.00 pagi ketika balik kl tempoh hari.. terima kasih umi.luv u



 by Fatihah Anis

No comments:

Post a Comment