Friday, December 14, 2012

Mengatur Alat-alat di Meja Cara Timur

Assalamualaikum dan Salam Sayang,

Berjumpa kita sekali lagi dalam kelas teori di blog. Setelah menghadiri kelas teori , hadir pula dalam dunia alam maya untuk memberi pnp . Tidak mengapa, Ilmu ini hendak disebarkan dengan menggunakan hujung jari sahaja. Baiklah rakan-rakan sekalian. Entri kali ini ingin kami kongsikan dengan anda mengenai bagaimana Mengatur Alat-Alat di Meja Cara Timur. Ianya terbahagi kepada 3 cara untuk mengatur iaitu  cara Melayu, cara Cina dan cara India.

Mengatur Alat-Alat di Meja Cara Melayu

Kita sering melihat masyarakat Melayu menghidangkan makanan kepada tetamu mereka. Pelbagai cara dapat dilihat sehingga kita sendiri terkeliru. Akhirnya, kita akan menghidang sahaja di mana-mana selagi ada ruang. Oleh sebab itu, tatasajian tersebut menjadi tidak seragam dan tidak tepat.

Biasanya cara mengatur meja cara Melayu menggunakan kain saprah sebagai alas hidangan. Pinggan makan diletakkan di hadapan pelanggan mengelilingi bekas lauk. Gelas air minuman diletakkan di sebelah kiri pinggan makan. Bekas basuh tangan dan napkin biasanya diletakkan di satu sudut saprah. Bekas lauk pula  diletakkan di bahagian tengah. Biasanya porsi untuk satu hidangan ialah empat atau lima orang.

Sekiranya tetamu tersebut dalam keadaan yang bersila atau duduk bersimpuh, buatlah lebih dari dua hidangan lauk yang sama dan diletakkan berhampiran dengan mereka. Hal ini adalah untuk mengelakkan mereka terpaksa melangkau jauh untuk mengambil lauk. Sekiranya mereka malu, maka makan nasi putih sahaja la macam tu. Sebagai tuan rumah, kita haruslah bersungguh-sungguh  melayan tetamu yang datang kerana orang yang datang ke rumah kita membawa rezeki.
Mengatur Alat-Alat di Meja Cara Cina

Kaum cina sering dilihat makan secara beramai-ramai. Mereka akan menggunakan meja bulat yang ditengah-tengahnya boleh dipusingkan. Ianya dipanggil lazy susan. Biasanya mengatur alat-alat di meja Cina memerlukan kayu sepit yang diletakkan di sebelah kanan. Gelas teh cina pula diletakkan di sebelah kanan kayu sepit. Piring diletakkan di sebelah hadapan pelanggan. Sementara mangkuk nasi dan mangkuk sup diletakkan di sebelah atas piring dan 2 biji piring sos kecil diletakkanh di sebelah kiri sudu makan. Seterusnya hidangan diletakkan di bahagian tengah meja bulat yang boleh dipusing-pusingkan.

Mengatur Alat-Alat di Meja Cara India

Cara mengatur alat-alat di meja makan cara India pula biasanya menggunakan daun pisang yang diletakkan di sebelah hadapan pelanggan. Gelas minum di letakkan di sebelah kiri, manakala bekas basuh tangan diletakkan di sebelah kanan daun pisang. Bekas lauk dihidangkan di bahagian tengah.





By Fatihah Anis & Nadia

No comments:

Post a Comment