Thursday, December 13, 2012

Masakan India

Minggu ke-12
Amali ke-7


Pada minggu ini, kumpulan kami diberi tugasan untuk menyediakan masakan India berlauk. Menu masakan India yang diberikan ialah Nasi lemon, Kambing Masala, Vegetable Soothie dan Papad roll. Makanan ini selalunya dihidang pada waktu makan tengahari. 

Kaedah menyediakan Nasi lemon, Kambing Masala, Vegetable Soothie dan Papad roll adalah dengan merebus, merendidih dan menggoreng. Di awal penyediaan, kami memasak Nasi Lemon, Nasi tersebut menggunakan beras Basmathi. Hal ini adalah untuk memberi tekstur nasi yang lebih elok dan aromanya lebih menyerlah. Kemudian, nasi tersebut di tanak dengan bahan-bahan campuran seperti garam masala dan lain-lain. Masakan ini memberi kelainan pada rasanya yang masam dan warna nasi yang bewarna seperti lemon. Begitu juga dengan masakan-masakan lain juga berasa masam.

Selain itu, kami juga menyediakan masakan kambing masala. Sebanyak 250 gram kambing kiub di gunakan dalam proses memasak ini. Kaedah yang digunakan untuk memasak kambing masala ini ialah kaedah mereneh. Pelbagai jenis herba dan rempah digunakan di dalam proses masakan kambing masala ini.
Selepas menyediakan nasi lemon dan kambing masala. Kami menyediakan vegetable soothie dan papad roll. Dalam proses memasak vegeteble soothie ini banyak menggunakan santan dan pelbagai jenis sayuran. Manakala dalam proses masakan papad roll pula, kami menggunakan teknik memasak iaitu menggoreng dengan minyak yang penuh. Keunikan dalam pembuatan papad roll ini ialah penggunaan papadom sebagai pembalut dan isi di dalamnya ialah isi kentang. Makanan ini sangat unik dalam kalangan kaum India dan ianya sesuatu yang baru dan pelik bagi mereka yang pertama kali mendengar dan membuatnya.

Tatasajian
Dalam masyarakat India, kebanyakan masakan mereka ditambahkan dengan perisa masala atau ‘garam masala’. Garam masala ini merupakan perkataan hindi. Ianya merupakan campuran rempah-rempah untuk kari,nasi dan lain-lain. Campuran ini boleh dibeli di kedai atau boleh membuatnya sendiri. Kegunaan garam masala ini dapat  menambahkan lagi perasa dalam masakan. 

Sampai di sini sahaja coretan amali untuk anda semua. ..Nantikan coretan yang seterusnya dalam amali masakan Thailand. Sekian Terima kasih...


By Fatihah Anis & Nadia


No comments:

Post a Comment