Saturday, December 15, 2012

Cara India


Assalamualaikum, salam sejahtera dan Vanakam,

Nee Nalama? Nan Nalam..(Apa Khabar? Saya Khabar Baik)

Sudah seminggu berlalu amali memasak masakan India tetapi saya masih lagi bercerita tentang Cara India. Ada sesuatu yang ingin dikongsikan dengan pembaca blog sekalian. Kalau entri lalu, saya ada bercerita mengenai Mengatur Alat-Alat di Meja Cara Timur. Kali ini, saya ingin spesifikasikan mengenai tatasajian cara India pula. Kalau diperhatikan, masyarakat India dan masyarakat Melayu menikmati hidangan mereka dengan cara yang sama iaitu dengan menggunakan tangan. Dari sudut itu, kita dapat melihat persamaannya. Saya mengambil dari sudut bahasa pula. Sebagai contoh, kalau dalam bahasa Melayu dipanggil Kolam. Di dalam bahasa Tamil disebut Kulam. Apa yang membezakannya adalah dari perkataan O dan juga U. Unik kan...

Ada banyak lagi persamaan diantara masyarakat India dan masyarakat Melayu. Kali ini biarlah kita melihat dari sudut tatasajiannya sahaja ye.  Oleh yang demikian, disini saya ingin berkongsi sedikit mengenai tatasajian India. 

Tatasajian India

  1. Dalam tatasajian ini, masyarakat India menggunakan tangan untuk makan. Oleh kerana iu, bekas basuh tangan hendaklah disediakan.
  2. Daun pisang pula digunakan untuk menggantikan pinggan makan.
  3. Nasi dihidangkan atas daun pisang bersama-sama dengan lauk yang diletakkan di sebelah tepi nasi.
  4. Lauk pauk tambahan disediakan di dalam mangkuk berkait tiga.
  5. Hidangan desert juga ada disediakan tetapi disajikan di dalam bekas kaca ataupun jenis yang kali karat tetapi tidak menggunakan daun pisang.
  6. Biasanya, minuman yang disajikan ialah susu lembu tulen dan susu masam.(lasi)

Hidangan di atas daun pisang

Apa yang dapat diperhatikan oleh saya ialah sebahagian masyarakat India tidak lagi menggunakan daun pisang sebagai alas. Mungkin ada yang menggunakan daun pisang sebagai alas tetapi  dalam jumlah yang sedikit. Sebelum coretan saya berakhir, izinkan saya berkongsi pula ‘rasa’ dalam bahasa Tamil. Ilmu bahasa Tamil yang dipelajari oleh saya mungkin boleh dikongsikan dengan anda sebagai ilmu tambahan dalam rasa masakan.  Sekiranya anda ke kedai mamak, mungkin anda boleh luahkan apa yang anda rasa. Bukan rasa cinta tetapi rasa makanan tersebut. Jum masuk kelas OHH.My Tamill!!


Oh My Tamill 

Manis-Inippu

Masam- Pulippu

Pahit- Kasappu

Pedas- Uraippu

Masin- Karippu

Tawar- Tuvarppu



(Sumber rujukan: Buku Teknologi dan Perkhimatan Katering-Aishah Hamzah)
(Sumber Gambar :Mr Google & http://rakan1klik.blogspot.com/)



p/s: Sedang berlatih menulis tulisan tamil sambil buat report amali.ohhh!!! ada kuiz. Harap-harap dapat menulis . Jangan pening sudah..






By Fatihah ANis

No comments:

Post a Comment