Saturday, December 15, 2012

Istimewanya Daun Pisang pada Masyarakat India

Apa Istimewanya Daun Pisang ?
Bertemu lagi kita dalam ruangan blog tiga rasa.  Kali ini, entri yang ingin saya kongsikan adalah berkaitan dengan daun pisang.
Daun pisang merupakan simbolik kepada masyarakan India.  Sejak dahulu lagi, upacara kelahiran, perkahwinan, ritual keagamaan ataupun kematian masyarakat Hindu tidak sempurna tanpa daun, pokok atau setandan buah pisang. Dalam masyarakat India, sifat semula jadi pokok pisang yang mudah hidup diumpamakan seperti mengharapkan kesejahteraan dalam hidup. 
Saya pernah melihat satu majlis perkahwinan India, hampir keseluruhan dekorasinya menggunakan batang pisang, daun pisang dan lain-lain. Seri warna hijau nampak jelas pada majlis perkahwinan mereka. Tambahan pula, warna hijau menyenangkan mata yang melihatnya disamping mereka menganggap ianya memberi tuah kepada mereka.
Tradisi masyarakat India sangat mementingkan penggunaan daun pisang sebagai alas makanan sebagai pengganti pinggan mangkuk. Selain itu, daun pisang yang beraroma bukan sahaja memudahkan proses menghidang makanan tetapi ianya dapat membangkitkan selera makan kita. Apabila nasi yang panas dihidangkan atas daun pisang, ia akan melepaskan satu tindakan dari lapisan atas daun pisang yang dapat membantu sistem penghadaman. Sebagai contoh, kalau kita membeli nasi lemak yang beralaskan daun pisang. Aromanya sangat memikat jiwa dan makan pun boleh jadi 2 bungkus.
Secara tradisinya, nasi daun pisang ini merupakan makanan vegetarian bagi masyarakat India. Ia juga dapat memupuk semangat setia kawan dan kekeluargaan bila kita ramai-ramai dapat berkongsi apa sahaja yang dihidangkan. Dengan kata lain, tiada sempadan atas daun pisang.Hubungan mesra sentiasa terjalin. 





(Sumber Rujukan: http://rakan1klik.blogspot.com)


p/s:Saya ada pinggan daun pisang yang plastik. hmm....bolehlah kan. Ala-ala daun pisang..:) 


By Fatihah Anis

No comments:

Post a Comment