Tuesday, December 18, 2012

Kaeng Pbet Kung


Assalamualauikum dan Sawadikap,

Minggu Thailand masih belum berakhir sehingga munculnya minggu keraian. Kita masih lagi dalam mood Thailand. Saya baru menerima resepi ini dari umi dan makcik saya. Mungkin mereka pernah membuatnya cuma  tak sempat mengambil gambar. Saya puas mencari gambar tapi tak  jumpa-jumpa. Walauapapun, saya percaya dan yakin bahawa semua yang melihat blog ini boleh membayangkan bagaimana masakan ini. hmm... Saya akan cuba ke Thailand dan mengambil gambar makanan ini kalau ada rezeki melancong.hehehe( ye la tuee). Setelah saya men'google' dengan nama kaeng pbet kung. Hanya ini yang saya dapat. Buku ini boleh dibeli di kedai-kedai yang menawarkannya dan di dalam buku ini terdapat banyak resepi Thailand.



RESEPI KARI UDANG (KAENG PBET KUNG)

Bahan-bahannya:

600g udang yang sederhana besarnya
2 cawan santan pekat (dari sebiji kelapa)
2 camca besar  serbuk kari
2-3 biji cili merah (belah dua)
3 camca sos ikan
1 sudu gula
Garam secukup rasa

Cara menyediakannya:

Udang dicuci bersih, jangan buang ekor  dan kepalanya. Cuci dan toskan airnya.
Dalam periuk tanah, masak santan dan serbuk kari, sos ikan, gula dan cili hijau, biarkan sampai mendidih. Kemudian baru masukkan udang sampai udang masak baru angkat. Sebelum itu rasalah garamnya dulu. Kuah kari akan jadi pekat bila sejuk.

Setelah selesai menilai resepi:


Menurut pandangan saya, resepi ini memang resepi kari. Ala-ala kari Melayu..Saya rasa yang membezakannya mungkin penggunaan sos ikan. Seingat saya ketika membantu umi saya memasak, beliau tidak menggunakan sos ikan. Hmm...anda rasa bagaimana?


Sekian sahaja dari saya . Semoga kita berjumpa lagi....

(Sumber gambar: Google.Com)


By Fatihah Anis Saifuddin




No comments:

Post a Comment