Hari ini saya ingin memberi resipi istimewa pada anda semua. Selalunya resipi perlu dimasak, tetapi hari ini resipi untuk kecantikan. Bahan yang di perlukan tidak perlu yang mahal . Mudah di dapati di pasar, di kedai dan di sekeliling rumah bagi anda yang menghargai tanah milik ALLAH iaitu dengan bercucuk tanam di keliling rumah . Mudah bukan?
Bahan yang digunakan juga bukan bahan yang mengandungi bahan kimia. Ianya selamat digunakan seisi rumah. Bahan semula jadi yang di ciptakan Sang Pencipta bukan sang manusia yang sering mengambil kesempatan dalam setiap yang di cipta.
![]() |
TOMATO |
Ianya sesuai untuk anda yang berkulit normal.
Cara-caranya:
-Potong sebiji tomato segar kepada dua belahan.
-Secara perlahan dan lembut, gosokkan kedua-dua belahan secara membulat pada keseluruhan muka . Biarkan ia mengering .
-Setelah itu, basuh bersih dan jangan lupa untuk meletakkan penyegar dan pelembab.
![]() |
pisang |
-Suka makan pisang ? Hentikan dulu pemakanan itu. Beri laluan pada kecantikan.Kecantikan itu penting ya..
Cara-cara:
Satukan 1 biji telur kuning, 2 sudu kecil minyak badam dan sebiji pisang masak di dalam sebuah mangkuk . Kemudian, dengan menggunakan garfu, lumat dan sebatikan bahan-bahan tersebut. Sapukan pada keseluruhan muka dan leher dan biarkan kering 20 minit .Bilas dengan air sejuk.
![]() |
Telur Putih |
-Topeng muka yang berasaskan dari bahagian putih telur ini membantu memperbaiki warna kulit muka anda. Cara-cara :
Basuh tangan anda sebersihnya . Pecahkan telur dan ambil putihnya sahaja.( Kuning telur anda boleh goreng, untuk di makan).
-Kemudian urutkan putih telur tersebut ke serata muka anda .Biarkan ia betul-betul kering sebelum di basuh bersih. Hasilnya muka anda akan kelihatan bersih dan segar.
SELAMAT MENCUBA:)
by :nadia & anis
No comments:
Post a Comment