Saturday, December 8, 2012

Masakan India-Vegetable Soothie & Papad Roll


Assalammualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan pembaca blog..

Entri kali ini kita sambung lagi dengan masakan india iaitu resepi vegetable soothie dan Papad Roll.. Papad Roll merupakan menu pembuka selera bagi masakan ini dan diikuti dengan makanan menu utama iaitu Nasi lemon bersama daging masala dan vegetable soothie..



RESEPI VEGETABLE SOOTHIE
              Porsi: 2 orang


Kuantiti           Bahan
135 gm             Kentang
40 gm               Kacang Buncis
30 gm               Cili Merah
120 gm             Bawang Besar
5 gm                 Daun Kari
100 gm             Udang
50 gm               Daun Kubis
40 gm               Lobak Merah
85 gm               Terung
125 ml              Pati Santan
250 ml              Santan Cair
2 gm                 Serbuk Kunyit
55 gm               Limau Nipis
5 gm                 Garam
10 gm               Gula

Cara Penyediaan: 
  1. Masukkan santan cair, serbuk kunyit dan bawang besar ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan garam, udang, kentang, dan lobak merah. Masak sehingga empuk.
  3. Apabila sayuran hampir empuk, masukkan  pula kesemua sayuran yang lain. Masak sayuran sehingga semua empuk. Kacau sekali sekala.
  4. Masukkan pati santan dan biarkan hampir mendidih. Masukkan jus limau, sesuaikan rasa dengan garam dan gula. Angkat.
  5. Sedia untuk dihidangkan. 

RESEPI PAPAD ROLL 
     Porsi: 2 orang 


Kuantiti           Bahan
70 gm               Papadom
20 gm               Lada Hijau
2   gm               Daun Ketumbar
50 gm               Lemon
5 gm                 Serbuk Cili Merah
5 gm                 Garam Masala
5 gm                 Gula
20 gm               Tepung Gandum
500 ml              Minyak Masak


Cara Penyediaan:
  1. Rebus dan kupas kulit kentang. Kemudian lenyekkan sehingga hancur.
  2. Cincang halus daun ketumbar dan cili hijau.
  3. Campurkan kentang, cili hijau, daun ketumbar, serbuk lada cili, garam masala, gula, garam dan jus lemon. Gaul hingga rata.
  4. Isikan kentang dalam papadom dan gulung. Lekatkan hujung kulit papadom dengan bancuhan tepung.
  5. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga kekuningan.
  6. Angkat dan hidangkan dengan chutney atau sos.


Sampai di sini sahaja untuk resepi masakan india.kami dah cuba membuatnya di kelas amali. sedappp....Jumpa lagi.....




By Fatihah Anis & Nadia

1 comment:

  1. Assalam , yang papad roll tuu , berapa Gram ubi kentang nak guna ? terima kasih :)

    ReplyDelete