Sunday, December 2, 2012

Belacan..


Assalammualaikum dan hye semua,

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda tentang belacan. Sambal belacan ni kalau dimakan bersama ulam-ulaman memang sedap. Sekali makan pasti hendak lagi. Kalau yang tidak biasa dengan pedas...jangan  cuba untuk makan lebih daripada had kerana ia sangat merbahaya kepada anda. Sebenarnya, boleh sahaja kalau nak cuba tapi pastikan di tepi anda ada 2 liter air kosong. Sebagai persediaan awal...:) Sambil-sambil makan belacan dengan nasi , apa kata kita baca skit  info tentang belacan...

Belacan diperbuat daripada udang kara atau geragau yang ditumbuk halus dan diperam, kemudian dikeringkan di bawah matahari, dan dipotong ke bentuk segi empat tepat. Ia tidak sesuai untuk dimakan terus kerana mentah dan harus dimasak dahulu. Baunya seakan ikan busuk agak kuat tetapi jangan biarkan ini mengganggu selera anda. Apabila dimasak, bau ini akan hilang. Belacan adalah salah satu bahan yang sememangnya memberikan kelainan di dalam masakan, menambahkan tekstur, ‘ketajaman’, dan citarasa Asia Tenggara. Belacan banyak digunakan dalam masakan Malaysia, dan setelah dimasak, ia digunakan sebagai bahan dalam kuah mencicah untuk ikan atau sayuran/ulaman.





Sampai disini sahaja info mengenai belacan.  Sekian terima kasih.....

(Sumber rujukan: Google.Com)




By Fatihah Anis

No comments:

Post a Comment