Thursday, December 6, 2012

Masakan Cina


MINGGU KE 11 
AMALI KE-6

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia,

Minggu ini kami diberi tugasan untuk menyediakan resepi dari masakan Cina. Ini merupakan pengalaman pertama kami menyediakan masakan cina ini. Antara masakan yang perlu disediakan adalah Solok Tofu Pok, Sweet Sour Fish, Stir Fried Vegetables dan Shark Fin Soup. Banyak pengalaman yang diperoleh dari terlebih tawar sampailah terlebih masam. Disini, kami berikan sedikit info berkaitan dengan masakan Cina untuk anda semua.

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum. Kaum Melayu, Cina dan India merupakan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Di dalam aspek makanan juga Malaysia mempunyai pelbagai jenis makanan mengikut kaum dan keturunan. Pada minggu ini, amali masakan menyediakan masakan daripada masyarakat Cina.  Masyarakat Cina di negara ini terdiri daripada pelbagai etnik antaranya ialah Kantonis, Hakka, Hainan dan Hokkien. Setiap etnik ini mempunyai cara masakan yang berbeza. 

Shark fin sup merupakan sup yang popular di kalangan masyarakat Cina. Makanan ini telah wujud sejak zaman Dinasti Ming lagi. Pada zaman dahulu, sup ini biasanya di hidangkan pada majlis-majlis khas seperti majlis perkahwinan dan jamuan sahaja bagi menunjukkan rasa hormat dan penghargaan kepada tetamu. Orang Cina menganggap bahawa sup ini sebagai salah satu daripada lapan makanan  yang berharga dari laut. Penyediaan yang rumit melahirkan rasa yang enak. Hanya golongan atasan sahaja yang sering kali menikmati hidangan ini berbanding masa kini semua golongan dapat merasainya kesan daripada peningkatan ekonomi bangsa Cina. Sup ini juga dikatakan mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan.

Solok tofu pok pula merupakan tofu pok yang diisi dengan bahan inti yang terdiri daripada ayam, lobak merah, bawang besar dan bahan-bahan lain. Makanan ini sesuai dimasak dalam kaedah mengukus  ataupun dimasak dengan kaedah menggoreng dengan minyak yang banyak. Solok tofu pok sesuai dimakan bersama sos yang menggunakan bahan seperti sos tomato dan lemon.

Bagi sweet and sour fish pula merupakan sejenis hidangan yang mempunyai rasa masam manis. Isi ikan yang digoreng dengan batter memberi kelainan kepada rasa masakan ini. Selain itu, stir fried vegetables merupakan hidangan sayur sayuran yang mempunyai sedikit rasa dan bau yang berbeza kerana tumisan sayur ini menggunakan sedikit minyak bijan.

Inilah hasil masakan yang telah disediakan oleh kami. Nampak menarik tak? Simple and cute kan.. Nantikan resepi yang akan menyusul selepas ini.
Hidangan Tatasajian Masakan Cina


Jumpa lagi......bye......



By Fatihah Anis & Nadia

No comments:

Post a Comment