Saturday, December 15, 2012

Sekadar Coretan Ringkas

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hmm...Mata dah mengantuk tapi hati tergerak untuk menulis selagi mempunyai masa. Dalam keadaan yang mengantuk ini, saya terlihat ke arah sebuah buku yang dipinjam dari perpustakaan  iaitu Masakan Tradisional Utara yang dikeluarkan pada tahun 1991 oleh Berita Publishing Sdn. Bhd. Keluaran buku ini sudah lama...... terlalu lama... Hampir 21 tahun. Buku tersebut masih dalam keadaan yang baik dan elok. Muka suratnya pun tidak tercabut dan tulisannya masih tidak pudar. 

Saya berterima kasih kepada penulis Zakian Hanum kerana sudi untuk mengumpulkan koleksi resepi keluarga turun temurun. Apa yang menjadi keunikan kepada buku ini ialah setiap resepi ini akan diselitkan dengan cerita-cerita menarik berkaitan keluaga beliau yang suka dengan masakan tersebut. Beliau juga ada menyelitkan  cerita-cerita lucu ketika sedang memasak, pengalaman memilih bahan-bahan, fakta-fakta menarik dan macam-macam lagi. Ketika membacanya, saya mampu untuk tersenyum seorang diri. Menarik bukan. Saya tidak pernah lagi melihat buku masakan serupa itu pada masa kini. Tidak pasti sama ada saya bukan seorang peminat koleksi resepi atau sememangnya tidak ada.

Memetik kata-kata beliau" banyak resepi memasak dan cara menyediakan memasak serta apresiasi kepada makanan yang telah saya warisi diperturunkan kepada anak-anak. Saya percaya mereka juga akan perturunkan warisan ini kepada cucu mereka pula, insya-Allah".Beliau berharap agar resepi ini diperturukan sehingga ke generasi akan datang dan ianya terbukti dengan wujudnya buku yang dihasilkan. 

Mengapa saya menulis coretan ini adalah kerana minggu ini kami semua sedang berusaha untuk menyiapkan buku resepi standard. Sekadar pembakar semangat untuk saya dan rakan-rakan. Mula mengumpul semua resepi dari kawan-kawan dan membuat sebuah buku masakan sendiri tapi tidaklah sehingga diterbitkan. Mungkin satu hari nanti saya dan rakan-rakan akan  mengeluarkan sebuah buku khas dimana nama kami semua ada di dalam buku tersebut dan diterbitkan. Semuanya mungkin terjadi kan. Baiklah, saya akhiri coretan untuk saya dan rakan-rakan dengan ucapan selamat berjaya dan jumpa lagi..



By Fatihah Ainis



No comments:

Post a Comment