Tuesday, December 18, 2012

Jom Menghias Makanan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini kita akan melihat bagaimana hendak menghias makanan. Kebiasaannya, hiasan pada makanan ini hanya dilakukan apabila ada majlis yang ingin dilangsungkan. Antara hiasan yang popular dilakukan oleh kita ialah menabur bawang goreng dan daun sup di atas mee goreng atau masakan yang sesuai...tak lupa juga cili umpama bunga ditegakkan di atas makanan tersebut. Disertakan sekali dengan tomato yang bercorak bunga. Semuanya mengikut kreativiti masing-masing bagi menampakkan menu dalam keadaan yang lebih menarik dan comel. Dalam minuman juga adakalanya diselitkan sehiris potongan lemon untuk menaikkan seri air tersebut. Kadangkala, dihias juga dengan payung cina kembang setaman. Semuanya adalah untuk nampak menarik dan tertarik.

Bahan yang digunakan untuk menghias makanan adalah bahan yang boleh dimakan. Hiasan ini digunakan untuk menghias jenis hidangan yang tertentu sahaja. Selain daripada membuatkan hidangan ini menarik rupanya, hiasan juga adalah untuk menambahkan selera ataupun mengurangkan rasa lemak sesuatu hidangan. Hiasan makanan biasanya untuk hidangan yang tertentu sahaja dan kita perlu mengetahuinya supaya apabila menghidang makanan, kita akan meghiasnya dengan betul dan tidak tersalah hias. Berikut adalah hiasan pada jenis-jenis hidangan pedas dan manis:-

Hidangan Pedas -Masakan Timur

Sup-Bawang goreng, daun sup dan daun bawang( dipotong halus)

Nasi Tomato- Bawang goreng dan ofal goreng
Nasi Minyak- Bawang goreng dan ofal goreng
Nasi Beriani- Bawang goremg dan ofal goreng

Kuih cara berlauk-Cili hidup merah
Kuih talam berlauk- Bawang goreng, udang kering goreng dan cili hidup merah dihiris

Lauk pauk- Daun Ketumbar, gubahan bawang besar dan cili hidup merah


Hidangan Manis

Puding Kastard-Buah-buahan dalam tin
Aiskrim-Biskut dan buah ceri
Karamel Kastard- Daun pudina
Kek-Kacang tanah, buah badam dan buah ceri

Nota Tambahan:

Hidangan Pedas- Makanan Barat

Sup Tomato- Krim atau kruton (roti dipotong dadu kecil dan digoreng dengan minyak)
Sup Pea-Krim

Spaghetti-Keju parmesan diparut atau parsli
Ikan goreng atau gril- Sehiris limau
Hidangan utama seperti stik-Parsli
Kentang Rebus- Parsli dicincang halus
Kentang Berkulit(Potato Jacket)-Krim masam(sour cream) atau mentega


Menu dah disediakan ...tinggal menghias pula.  Selamat berhias...

Sumber Dari Google.Com


(Sumber rujukan: Buku Teknologi dan Perkhidmatan Katering)


By Fatihah Anis Saifuddin



No comments:

Post a Comment