Monday, December 24, 2012

BUBUR CHA-CHA SORE

Assalammualaikum dan selamat petang,

Petang-petang ni tak buat apa selain nak 'update' blog untuk hari yang terakhir. Tiba-tiba sahaja umi mengajak untuk membuat bubur chaca....hmm...best juga. Dalam keadaan cuaca yang redup, tak sejuk...tak panas..tak hujan....memang sesuai minum petang dengan bubur chaca sore. Sedapnya...Menyediakan bubur ini tidaklah mengambil masa yang lama. Sekejap sahaja..Bagi mereka yang menggemari bubur, cubalah membuat bubur chaca sore ini. Jangan lupa bubur chahca sore ini diminum bersama air teh panas yang kurang manis. Oleh yang demikian, senang hati saya untuk berkongsi dengan anda resepi bubur chaca sore ini..





BUBUR CHA-CHA SORE
Porsi: 7 Orang

Bahan-bahan:
Pisang -400 gm (dipotong kiub)
Labu-400 gm (dipotong kiub)
Keledek-400 gm (dipotong kiub)
Keladi-400 gm (dipotong kiub)
Sagu Putih-4 SB
Gula-200 gm
Santan-800 ml ( Kotak Besar)
Air-2 Cawan
Daun Pandan- 2 helai



Cara penyediaan:
  1. Rebus keledek dan keladi dengan sedikit air. Kemudian, masukkan labu. Apabila hampir empuk, masukkan santan dan daun pandan.
  2. Masukkan pula pisang, sagu diikuti dengan gula. 
  3. Kacau perlahan sehingga mendidih.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

Penilaian:

Warna ungu terlebih sangat  tapi cantik.(Warna ungu terjadi disebabkan hasil daripada keladi)
Rasa Sedap...
Dekorasi tiada tapi takper....janji boleh makan.
Markah keseluruhan saya bagi 5/5.



Mudah kan....tutup mata pun boleh buat. ehehe...janganlah..nanti masuk bahan lain pula. Baiklah, selamat mencuba kawan-kawan. jumpa lagi..byee....



p/s: Sedang menikmati bubur chaca sore ini. Sedapnya....Saya dan keluarga makan sehingga berpeluh-peluh..enak sekali diminum bersama air teh. Petang ni tak payah jogging ..eheheh



By Fatihah Anis


TIPS KESELAMATAN DI DAPUR


Assalamualaikum dan selamat memasak,

Pasti anda semua sedang memasak pada petang ini bagi menyediakan makanan malam. Sibuk-sibuk 'tung' 'tang' kat dapur sampai jiran pun boleh tahu anda memasak. Sambil-sambil anda memasak, keselamatan perlulah dijaga bagi memastikan semuanya dalam keadaan yang selamat. Memasak dirumah  adakalanya boleh membahayakan diri jika tidak tahu cara tepat penggunaannya. Oleh yang demikian. saya ingin berkongsi  tip dan panduan yang betul untuk anda lakukan dirumah;


v  Pastikan dapur pada butang  ‘off’ sentiasa.
v  Elakan meletakkan dapur berdekatan dengan punca kebakaran seperti langsir, kertas dan sebagainya.
v  Mulakan dengan meletakkan  pembakar tepat pada penununya dan  kemudian barulah tekan butang  “on”
v  Pastikan permukaan dapur bersih  daripada kesan-kesan makanan yang boleh mengakibatkan kebakaran.
v  Pastikan mendapat perkhidmatan mengenai gas daripada  orang yang selayaknya
v  Elakan membaik pulih system gas anda di rumah dengan sendiri.
v  Pastikan gas  pemadam api sentiasa dibekalkan di rumah.






SUMBER RUJUKAN : LAMAN WEB GAS PETRONAS
                                       www.mymesra.com.my


p/s: macam mana lar orang zaman dulu memasak tanpa gas. ?Kalau diminta saya untuk memasak guna kayu api  pada masa kini, mahu tak masak dan kelaparan sepanjang masa.heheh

By Fatihah Anis

Resepi Kapi Pla/ Sambal Belacan & Krung Kaeng Phed/Perasa Kari Siam

Assalamualaikum dan selamat petang,

Cerita resepi Thailand ni masih lagi ditulis di saat-saat akhir....takperlar yer.Kalau rakan-rakan lain update resepi Malaysia, saya update lar pula resepi Thailand ini. 

Kalau selalunya, di restoran-restoran makan , kita akan  makan belacan Malaysia. Untuk hari ini, kita cuba untuk membuat resepi sambal belacan dari Thailand atau dikenali dengan kapi pla....pla...pla...Saya juga ada selitkan sekali krung kaeng phed atau dikenali sebagai perasa kari siam. 

Resepi Sambal belacan (kapi Pla)


Bahan-bahannya:
1 keping belacan(yang kecil)dibakar
3 biji bawang merah,dicincang halus
1 ulas bawang putih,dicincang halus
3 camb udang kering,ditumbuk halus
5 camb air limau purut
1 camb sos ikan
Cili merah,dihiris nipis
1 biji limau purut,dihiris

Cara menyediakannya:
Satukan kesemua bahan-bahan ini dan rasalah garamnya. Hidang bersama mi atau mi hoon goreng dan nasi.


Resepi Perasa kari siam pedas(krung kaeng phed)

Bahan-bahannya:
4-6 tangkai cili kering
2 biji bawang merah,dihiris
1 camt lada sulah
2 camt serbuk jintan putih
1 camt serbuk ketumbar
2 camt daun ketumbar segar,yang telah dihiris
1 camt garam
2 camt perahan pati limau
1 camt serbuk serai kering
1 camt minyak makan
1 camt serbuk lengkuas
1 camt bawang putih,dihiris
2 camt bawang besar di hiris
2 camt petis udang kering
1 camt serbuk kunyit

Cara menyediakannya:
  1. Buang tangkai cili,biarkan berbiji.Patahkan cili dan masukkan ke dalam bekas pengisar dan campurkan semua bahan lain.
  2. Kisar halus sambil berhenti sekali sekala untuk menolak bahan yang belum dikisar supaya terkena mata pisau pengisar jika perlu tambah sedikit air dan minyak supaya mudah dikisar.


(Sumber Gambar: fatman-seoul.blogspot.com)




p/s: Nantikan entri bubur  buatan Malaysia....tengah nak transfer gambar nie tapi tunggu adik... manalar budak ni..


By Fatihah ANis

Keseimbangan Hidangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Entri hari ini kita kenali apa itu keseimbangan hidangan. Keseimbangan hidangan boleh terbahagi kepada banyak perkara iaitu dari sudut warna, penggunaan santan, perkataan yang berulang dan macam-macam lagi. Apabila kita hendak membuat rumah terbuka atau apa-apa sahaja majlis , Pastikan kita perlu meneliti terlebih dahulu menu yang ingin dimasak. Teliti setiap bahan dan warna. Hal ini adalah untuk memastikan masalah seperti warna makanan yang sama, penggunaan santan yang berulang, semua masakan berkuah.dan macam-macam ada. Bukannya tak sedap tapi kurang sesuai..makan pun jadi kurenggg...Oleh itu, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda entri berkaitan dengan keseimbangan hidangan.

1) Elakkan menggunakan bahan asas secara berulang-ulang dalam beberapa hidangan. Misalnya,

Nasi Putih
Ayam Kurma
Udang Masak Lemak Cili Padi
Paceri Nenas
Bubur Caca

(Penggunaan santan yang berulang)

2) Elakkan penyediaan hidangan yang sama warnanya. Misalnya,

Nasi Tomato
Ayam Masak Merah
Udang Goreng Berlada
Salad Bersos Cili

(Penggunaan warna yang berulang)

3) Penggunaan perkataan yang berulang. Misalnya,

Nasi Putih
Sup Ikan
Sup Sayur-Sayuran
Ayam Masak Kicap

(Perkataan sup berulang)

4) Keseimbangan secara am.
Hidangan yang dipilih perlulah dikombinasikan antara hidangan ringan(light) dengan beberapa hidangan berlemak(rich).

5) Tekstur hidangan
Hidangan yang dirancang perlulah merangkumi makanan jenis lembut, garing, yang perlu dikunyah, yang perlu digigit atau yang perlu ditelan sahaja.

6) Bahan Perasa
Sekiranya masakan menggunakan rempah, perlulah diteliti supaya rempah itu tidak digunakan melebihi daripada satu jenis hidangan.

7) Sos
Sekiranya beberapa sos diperlukan, bahan untuk sos perlulah berlainan. Misalnya bahan untuk sos tiram adalah berlainan dengan bahan sos cili.

8) Perhiasan(Garnishes)
Perhiasan hanya perlu digunakan untuk hidangan yang tertentu sahaja secara tradisi. Elakkan menggunakan bawang goreng pada semua hidangan yang dihidangkan serentak.

9) Nilai Pemakanan

a) Apabila merancang menu untuk bankuet atau jamuan istimewa, pengusaha perlu mengambil kira tentang nilai pemakanan.
b)Nilai pemakanan adalah faktor utama yang perlu difikirkan apabila merancang menu untuk mereka yang bekerja kuat, atau untuk mereka yang bekerja sederhana sahaja misalnya pekerja pejabat.
c)Keseimbangan makanan juga penting untuk kanak-kanak, pesakit-pesakit di hospital, pesakit cacat dan untuk orang-orang tua.

10)Biasanya menu dirancang dua minggu sebelumnya. Hidangan perlu diawasi selalu untuk memastikan nilai pemakanan, hiasan, rupa dan sebagainya memuaskan.

Contoh Menu secara tidak formal ialah:

Nasi Putih
Daging Lembu Masak Kicap
Otak-Otak Ikan
Ikan Bilis goreng dengan kacang Tanah
Sayur Rampai
Cendol


Sampai disini sahaja perkonsian dengan anda berkaitan dengan keseimbangan hidangan. Jumpa lagi ...



(Sumber Rujukan: Buku Teknologi dan Perkhidmatan Katering-Aishah Hamzah)


By Fatihah Anis

Sunday, December 23, 2012

SAYANG ANDA SEMUA

ASSALAMMUALAIKUM UNTUK ANDA SEMUA

Untuk kali ini saya ingin berkongsi satu nikmat yang ALLAH berikan yang bagi saya sangat berharga, iaitu nikmat pertemuan(bukan nikmat makan je ye)...
Sebelum ini saya geram dengan pentadbiran UPSI...mengapa kita harus berpraktikum sem 7?mengapa..mengapa!!!marah sangat ni. Tetapi benar,sabar itu perlu. Semua  itu pasti ada hikmahnya. Ya, memang hikmahnya.Hikmahnya kita bertemu kembali, belajar bersama, ketawa bersama, menangis pun bersama. Kita bertemu dengan dua tenaga pengajar iaitu pensyarah kita PUAN SURIYANI & PUAN SAEDAHTINNUR yang bagi saya keduanya amat berharga kerana ilmu yang diberikan, kasih sayang yang di curahkan penuh dengan keikhlasan . Teguran yang membina , setiap kata mereka penuh dengan makna, untuk masa kini mahu masa depan. Secara jujur, tanpa ada rasa untuk mengipas (membodek), kita seharusnya mencontohi murobbi berdua ini. Menjadi guru bukan sahaja ketegasan sahaja di perlukan, tetapi hak selepas ketegasan itu, mengambil hati semula pelajar. Menjadi guru haruslah ikhlas dalam memberi agar mudah diterima, dirasai  dan di sayangi pelajar.  Kedua murobbi ini memberi pengajaran yang penuh dengan keikhlasan, kerana ianya sampai ke setiap hati kita.Benar bukan?Sepanjang empat tahun di UPSI ini, inilah kelas yang paling saya sayang kerana faktor pensyarah dan juga sahabat-sahabat yang sangat baik, sangat terbuka dan sangat sepakat.
"TERIMA KASIH PUAN dan PUAN . Terima kasih di atas ilmu yang di berikan. Terima kasih kerana melayan kerenah kami semua. Terima kasih atas nasihat, tunjuk ajar kalian. SEMOGA ALLAH S.W.T membalas jasa kalian.  Semoga hidup kalian diberkatiNYA diatas keikhlasan kalian dalam menyampaikan ilmu ini."

akan merindui anda semua :(

BAHAGIA:)
Buat rakan seperjuangan semua, bertemu kita kerana Allah , berpisah kita juga kerana Allah. Hari ini kita bergembira bersama, jangan lupa esok lusa doakan bagi yang tiada.(kita tidak tahu ajal kita bukan:) )

Semoga kita semua menjadi guru yang dihormati, yang di sayangi dan dan diingati suatu masa nanti. Ingat, ini amanah dari ALLAH yang harus kita laksanakan demi anak bangsa yang tercinta. :) semangat!!

Segala kenangan bersama akan saya ingati. Gelak tawa, sakat menyakat dan tak kurang juga pergaduhan
(adat bukan?hehehe)akan saya ingat sampai bila-bila.



Untuk sahabat saya merangkap ahli sekumpulan saya iaitu FATIHAH ANIS  SAIFUDDIN(DATIN to be..) saya amat menyayangi anda sabagai sahabat saya yang selama ini seringkali bersabar dengan sikap saya, yang selalu ada dengan saya.Terima kasih kawan..Inilah kawan dunia akhirat.Saya akan merindui sahabat ini yang seringkali membuat saya ketawa sampai  tidak ingat dunia(bahaya!!!).Saya akan merinduinya:(



SEKIAN SAHAJA.
SALAM PERPISAHAN SEMUA.........................................................................
JAGA DIRI, DOAKAN KEBERKATAN BERSAMA.
SAYANG ANDA SEMUA!!! 
ikhlas dari luahan hati,
NURUL NADIAH BINTI KHAIRUDDIN (memang nama sebenar)

Masakan Thailand

AMALI KE-8
MINGGU KE-13

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pada minggu lalu, kumpulan kami ditugaskan untuk menyediakan masakan berasal dari Thailand. Menu yang diberi ialah Nasi putih dihidangkan bersama-sama Tom Khai Gal , Ikan Percik Thai, Kacang Buncis Daging Hitam dan Kerabu Mangga dan Perut. Kaedah masakan yang kami gunakan dalam penyediaan masakan ini ialah menggunakan kaedah memasak menggoreng, membakar, mereneh, membakar dan merebus.

Masakan Thailand di Malaysia sangat popular. Antara masakan yang mudah didapati ialah tomyam. Menu ini menjadi kegemaran masyarakat Melayu dan adakalanya masakan-masakan Thailand ini diubah sedikit bagi menepati citarasa orang Melayu. Sekiranya kita ke  restoran makan, saya yakin bahawa kita atau rakan-rakan kita akan memesan menu nasi putih dimakan bersama dengan tomyam campur, sayur khailan/kangkung ikan masin dan telur dadar/telur bistik. 

Menu-menu yang berasal dari Thailand ini agak unik kerana masakannya banyak menggunakan limau nipis dan cili padi. Selain itu, masakan Thailand juga kerap menggunakan sos sotong dan sos ikan. Hampir keseluruhan masakan dari Thailand ini adalah masam dan pedas. Hal ini kerana ianya merupakan tradisi turun temurun masyakarat Thailand yang menggemari sesuatu yang pedas dan masam. Menu tom khai gai menggunakan teknik memasak merebus. Manakala ikan percik pula menggunakan teknik memasak menumis untuk bahan tumisan rempah kepada ikan percik. Masakan ikan pula  menggunakan teknik membakar. Ikan yang digunakan dalam masakan ini ialah ikan siakap. Bahan yang telah ditumis akan dilumur ke bahagaian atas dan bawah ikan bagi memastikan aroma ikan tersebut naik ketika dibakar dan ketika menghidang.

Menu masakan lain iaitu kacang buncis daging hitam dan kerabu mangga dan perut. Bagi kacang buncis dan daging hitam, ianya menggunakan kaedah mencelur bagi sayur dan daging digoreng. Bagi masakan perut, ianya menggunakan kaedah merebus. Sebelum daging hitam di goreng, ianya di perap dengan bahan perapan iaitu bawang putih, serbuk lada hitam, sos kicap manis, sos tiram, gula dan sedikit garam. Proses pemerapan ini akan menjadikan daging itu lebih berasa sedap. Dalam proses penyediaan kerabu mangga dan perut pula. Bahan-bahannya hanya perlu dikupas dan selepas itu digaul bersama-sama dengan limau nipis. 

Berikut merupakan hidangan Thailand yang telah kami sediakan. Bersungguh-sungguh kami sediakan dan kami berpuas hati walaupun ada beberapa masalah yang dihadapi.
Hidangan Thailand

Sampai di sini sahaja coretan Masakan Thailand semasa kelas amali. Jumpa lagi.....

By Fatihah Anis & Nadia

Good Bye My Master...Good Bye My Friends...Good Bye My Kitchen...

Assalamualaikum pembuka bicara,
Untuk kalian yang jauh di mata,
Setelah sekian lama kita bersama,
Akhirnya sampai di sini sahaja kenangan kita.

AMALI KE- 9-TEMA KERAIAN
MINGGU KE-14


Apa khabar pembaca blog?Harap dalam keadaan yang sihat-sihat jer...
hmm...Setelah bertungkus lumus berminggu-minggu meng'update' blog..inilah minggu terakhir kami. Sedih pula rasanya. Sebelum berakhir blog ini, sedikit coretan akhir amali untuk anda semua...

Minggu lepas bersamaan hari khamis(20.12.2012) , kami telah menjalankan kelas amali masakan yang terakhir. Markah tidak diambil kira, tiada lagi penilai yang akan menilai, tiada lagi sesi penerangan dan soal jawab ..tiada lagi lawak ketika menyoal markah... yang penting perlu siap sedia semuanya. Amali yang terakhir ini diberi tema keraian. Antara masakan yang telah dilaksanakan mengikut tema ialah tema Perkahwinan, Hari Jadi, Aidilfitri dan Tahun Baru Cina. 2  atau 3 unit akan bergabung dalam menyediakan masakan tersebut diikuti dengan unit-unit yang lain juga. Bergabung menjadi satu kuasa. 

Tema Hari Jadi-  Sumber gambar dari Cik Majidah

Unit kami merupakan unit 7 dan telah bergabung dengan unit 5 & 6. Tema masakan yang diberi ialah tema  Hari Jadi. Antara masakan yang perlu disediakan ialah Kek Tiramisu, Bihun Goreng Singapore, Fish Finger, Sos Tartar dan Wedges. 

Selain itu, antara masakan-masakan yang disediakan mengikut tema  ialah 
Menu Chinese New Year-Nasi Goreng Cina, Butter Prawn, Pak Choy dan Sos Tiram dan Honeydew Sago
Menu Aidilfitri-Nasi impit, Kuah Kacang, Rendang Daging, Kuah Lodeh, dan Talam Cendol
Menu Pekahwinan-Nasi Briyani, Ayam Masak Merah, Acar Rampai, Rojak dan Buah-Buahan
Minuman-Air tembikai Original

Hidangan disediakan dengan cara ala buffet keraian. Setiap kumpulan akan mempamerkan keativiti masing-masing dalam menghias meja buffet mereka. Pelbagai cara dan gaya dapat disaksikan sehingga menjadi ala buffet yang sungguh menarik dan kemas. Setelah belajar bertahun-tahun di UPSI, itulah hasilnya dari segi masakan dan hidangan. Selain itu, majlis akhir kami diserikan dengan 2 buah kek yang dibeli oleh Pn. Saedahtinnur sempena berakhirnya kelas kami. Kek yang diberi nama Brownies dan Cheese Kek dari Secret Recipe. Terima kasih puan..

Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah iaitu puan su dan pn ida, tidak dilupakan juga kepada pembantu pn ida iaitu En. Wan, En. Fuad dan En. Anuar yang membantu serta rakan-rakan seperjuangan. Banyak sangat pengalaman dan pengajaran yang diperoleh sepanjang menghadiri kelas amali memasak ini. Kami akan sentiasa ingat pesan dan nasihat yang diberikan. Akan kami jadikan bekalan sebagai seorang guru sampai bila-bila.


Dari kiri: En. Fuad, Pn, Ida dan En. Wan.
Tiada dalam gambar: En. Anuar dan Pn. Su

Sedikit tatapan gambar saat-saat terakhir kami sebelum meninggalkan dapur tersayang. 

Takkan kembali lagi seperti ini...
Takkan berulang  kisah ini...
Takkan ada coretan mini...
Takkan ada cerita kami...
Takkan ada 'kau' disisi...
Takkan berjumpa sehingga tiba satu hari nanti...

kami akan sentiasa rindukan suasana ini......


Pelajar Semester 8 kelas Amali Penyediaan Masakan Timur
Baris Belakang: Haikal, Samsul, Fatihah Anis, Zainor, & Sarah Majidah
Baris tengah: Rubi, Uzmira, Hafizah, Farhana, Mas, Faridah, Pn. Saedahtinuur, Christine, Akma, Ili, Aby, Amar & Hawari
Baris Depan: Mimi, Niza, Iza, Ila, wadiah, khuzaimah & nadia
Paling depan(seorang): farah a.k.a Kechik



Kami Bangga Menjadi Anak Kandung Suluh Budiman


Terima Kasih dan selamat tinggal...

Sampai di sini sahaja coretan amali kami...insya Allah kita berjumpa lagi ...Mohon Maaf andai kami ada terkasar bahasa, tersilap kata dan tersalah bicara ...Jumpa lagi dan byeeee...


By Fatihah Anis & Nadia