Monday, October 15, 2012

TEPUNG PELITA

ASSALAMMUALAIKUM,
SELAMAT SEJAHTERA.........

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang resepi kuih tradisional yang bagi saya amat mudah untuk dimasak dan apalagi untuk dimakan. 

Nama diberi "TEPUNG PELITA ". Seindah nama sesedap rasa, kuih ini amat sesuai dihidangkan sewaktu anda bersarapan pagi dan minum petang. Rasa manis dan berlemak amat digemari oleh semua lapisan masyarakat juga sesuai untuk semua lapisan umur.(Bayi yang baru lahir tidak digalakkan ya! )


 Kuih tepung pelita ini terdiri daripada 2 lapisan. Lapisan diatas diperbuat  daripada santan , dan teksturnya agak lembut berbanding lapisan bawahnya yang diperbuat daripada tepung beras yang dicampurkan dengan jus pandan yang melahirkan warna kehijauan. Teksturnya agak keras sedikit daripada lapisan atas kuih tetapi masih lembut untuk dimakan.


 Sekiranya anda ingin mencuba resepi ini, bolehlah anda menggunakan daun pandan yang lebar sedikit ataupun daun pisang  sebagai bekas untuk meletakkan kuih ini. 


                                        RESEPI KUIH TEPUNG PELITA

  • ·         1 cawan tepung beras
  • ·         1 cawan gula
  • ·         5 cawan air
  • ·         4 sudu besar tepung beras
  • ·         1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
  • ·         4 helai daun pandan dimesin dengan sedikit air
  • ·         sedikit kapur 
  • ·         sedikit garam
  • ·         sedikit warna hijau


Cara membuatnya :
  1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  2. Perah santan, masukkan tepung yang 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  3. Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
  4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  5. Masak santan yang diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
  6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  7. Sejukkan.

#Gula juga boleh diletakkan terlebih dahulu sekiranya anda tidak mahu membancuh bersama aduan yang lain #


 Setelah siap,adunan boleh diletakkan kedalam bekas yang dikehendaki. Dikuti dengan lapisan bawah terlebih dahulu. * Anda juga boleh meletakkan buah sengkuag yang dipotong kecil untuk mendapatkan kerangupan didalam kuih ini *
Setelah siap, hiaslah mengikut citarasa anda.  Boleh dimakan setelah disejukkan samada disejukkan didalam peti ais ataupun di suhu bilik. 


 Selamat Menjamu Selera
CUBALAH, KALAU INGIN MENCUBA!


 ~~~~~~~SEKIAN~~~~~~~~~~~~

3RASAmenjadi1

No comments:

Post a Comment