Monday, October 1, 2012

Rempah Ratus

Assalammualaikum salam sejahtera....
Siapa kenal REMPAH RATUS???
ha...Selalunya kita hanya kenal wang yang beratus sahaja...ratus juga tu..:)
Tapi hari ini mari kita belajar untuk mengenali rempah ratus yang banyak khasiatnya serta rempah ratus juga dapat menyedapkan makanan yang kita masak. Bila masak telah sedap, makan juga menjadi-jadilah.hehehe
Tapi tidak mengapa, makan secara sihat.
Jom kita belajar seketika.(Untuk yang perempuan penting ya:)

 1)  KETUMBAR (CORIANDRUM SATIVUM L.)
ketumbar.jpg ketumbar1.jpg
Digunakan untuk menambah kesedapan makanan seperti kari dan rendang. Buahnya mempunyai aroma pedas dan sedap. Daunnya juga sering digunakan dalam masakan. Selain itu, ketumbar juga menambahkan rasa dalam masakan lain seperti bubur nasi, ayam atau ikan goreng dan sebagainya.
Nama cina : Yan Shi, Fan Yan Sui, Yuen Sai, Wan-Swee (herb), Hu Sui (fruits)
Nama Inggeris : Coriander, Chinese Parsley, Indian Parsley (herb)
Nama Tamil : Kottamalli

2)JINTAN MANIS
jintan-manis1.jpg jintan-manis.jpg
Berbau harum. Rupanya seperti padi tetapi saiznya lebih halus dan kecil. Ditumbuk atau dikisar apabila hendak digunakan. Masakan yang berempah seperti kari, kurma dan rendang biasanya menggunakan rempah ini sebagai bahan perasa tambahan.
Nama Cina : Xiao hue Xiang, Wooi heung, Hui xiang, Xiaohuixiang
Nama Inggeris : Fennel
Nama Indonesia : Adas Pedas
Nama Tamil : sohikirai 

3. JINTAN PUTIH
jintan-putih.jpg jintan-putih-1.jpg
Mempunyai bau yang kuat. Mempunyai bentuk seperti padi. Lebih besar daripada Jintan manis. Kegunaannya juga sama.

4. HALBA
halba.jpg halba-1.jpg
Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih. Dikenali sebagai;
Nama cina: Hu Lu Ba
Nama Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.)
Tamil : Vendayam

5. BUAH PELAGA (Green Cardamon)
buah-pelaga.jpg
Juga dikenali sebagai katepus, kepulaga, puar dan tebus batu. Selain digunakan untuk masakan, orang India dan Arab suka mencampurkannya dalam minuman teh.

6. BUNGA LAWANG (Adas China)
bunga-lawang.jpg
Rupanya seakan bintang dan berbau kuat. menjadikan masakan kari dan sup bertambah enak.
Nama Cina : Ba Jiao, Pak kok, Baat gok
Nama Hindi : Badayan, Anasphal

7. BIJI SAWI
biji-sawi-1.jpg biji-sawi.jpg
Mampu mengubah rasa menjadi enak. Digunakan dalam masakan kari, acar dan asam pedas. Juga dikenali sebagai black mustard, brown mustard, Indian mustard.

8. LADA HITAM dan LADA PUTIH
lada-hitam.jpg lada-putih.jpg lada-hitam-1.jpg
Sering digunakan dalam masakan barat seperti stik. Lada hitam mempunyai rasa yang pedas dan panas serta mempunyai aroma yang lebih kuat berbanding lada putih. Juga dikenali sebagai black pepper, white pepper dan kali mirch.

9. KAYU MANIS
kayu-manis.jpg
Selain digunakan sebagai rempah penumis dalam masakan kari, kayu manis juga sering digunakan untuk membuat kek atau hidangan pencuci mulut. Rasanya begitu mempengaruhi makanan. Juga dikenali sebagai : Jou Kuei, Yuk Gwai, Sri Lanka cinnamon, Illavangam.

Banyaknya rempah...mmm .Ini baru 9 jenis ,banyak lagi yang akan diupdate nanti. 


ok sampai disini sahaja, bersama-sama kita belajar ya.:)

~3 Rasa menjadi 1~

No comments:

Post a Comment