Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Pernahkah anda makan tapai sebelum ini? mungkin ya mungkin tidak. Saya? Saya selalu juga makan tapai memandangkan keluarga ayah adalah orang jawa, Selangor. Suatu ketika dahulu, nenek saya rajin membuatnya tetapi sekarang tidak lagi memandangkan beliau sudah tua. Tapai.. Apa yang menariknya tentang tapai adalah dari segi rasanya. Rasanya macam ada masam macam ada manis..kalau nak lebih mengetahui. Cubalah rasa , jadikan ia sebagai satu pengalaman. Selain itu, tapai juga boleh digoreng dan diberi nama tapai goreng. Di sini, ingin saya kongsikan sedikit tentang tapai untuk tatapan anda semua.
Sejak zaman-berzaman, rumpun Melayu
mempunyai banyak makanan tradisi yang menjadi identiti kaum Melayu
Nusantara. Salah satunya adalah tapai.
Sejarah tapai
Sejarah asal-usul tapai tidaklah
diketahui secara tepat. Ada pendapat mengatakan bahawa tapai berasal
dari makanan kaum Jawa. Di Jawa, tapai dikenali sebagai tapai singkong atau tape telo. Tapai bukan sahaja popular di Indonesia dan di Malaysia, malah di beberapa negeri Asia yang lain. Tapai dikenali sebagai basi binubran di Filipina, Chao di Kemboja dan chao-mak
di Thailand. Apapun tapai diiktiraf sebagai salah satu makanan unik
kaum Melayu. Tapai amat sesuai dijadikan makanan pencuci mulut.
Jenis tapai
Terdapat dua jenis tapai pada umumnya,
iaitu Tapai Ubi dan Tapai Pulut. Tapai Pulut lebih popular jika
dibandingkan dengan Tapai Ubi.
Penyediaan tapai
Penyediaan tapai tidaklah rumit. Tapai
dibuat dari pulut atau ubi dan sedikit ragi. Nisbah bahan ialah 1/2 biji
ragi yang telah ditumbuk halus dengan 1 kg beras pulut. Sukat beras
pulut sama banyak dengan air dengan menggunakan sukatan yang sama
(cawan).
Tanak pulut sehingga masak. Setelah masak, biarkan pulut sejuk sebelum menggaulkan dengan ragi sehingga rata dan sebati.
Tapai yang telah siap dibungkus (daun
getah atau daun pisang) akan dimasukkan ke dalam bekas besar dan
ditutup. Pada kebiasaannya tapai diproses dan diperam selama dua
atau tiga hari. Selepas tempoh tersebut tapai akan masak dan barulah
boleh dimakan. Tapai yang telah masak akan mengeluarkan air yang sangat
manis.
p/s: Saya tidak pasti sama ada anak muda zaman sekarang pandai makan tapai atau tidak..Sekiranya tidak, sayang sekali. .....kepada anda, cubalah walaupun sekali.
sekian, jumpa di lain entri. Terima kasih..
(Sumber Rujukan : Resam.melayu.com)
(Sumber carian gambar: Goggle Search)
By Fatihah Anis
(Sumber carian gambar: Goggle Search)
By Fatihah Anis
boleh saya dapatkan no telefon akak...
ReplyDeletesebab saya ada jalankan kajian tentang tapai...