Friday, November 23, 2012

Kerabu Kacang Botol & Taugeh

Kerabu Kacang Botol & Taugeh

Assalammualaikum SEMUA!!!
selamat pagi juga untuk anda ...
Dihari minggu ini ayuhlah cipta kelainan dalam penyediaan menu anda... Terutamanya masakan sayur ini. Janganlah asyik tumis, tumis dan tumis! Bosan bukan?..Sesekali cubalah resepi ini. Ini merupakan makanan kegemaran saya yang sering dimasak oleh ibu tercinta. Berjuta kali ibu saya mengajar saya cara melaksanakan kerabu ini namun saya hanya menyalin resepi yang diberi tetapi tidak pernah mencubanya sama sekali.Hati tidak terbuka untuk mencubanya kerana masakan ibu lah segalanya.
 
Namun ianya berubah dengan sekelip mata, kerana belajar saya terpaksa melaksanakannya. Alhamdulillah, walau tidak sesedap masakan ibu, tapi saya berjaya melaksanakannya.Mengikut citarasa saya  sedap dan pedas yang sesuai dengan jiwa tekak saya, namun ada rakan yang tidak sesuai dengan citarasa mereka. Tidak mengapa, namapun manusia pastinya kita bebeza citarasa .Oleh itu ibuku, nantikan anakmu akan masak menu ini khas buatmu yang tecinta.:) saya amat cintakan ibu saya...hehehe

Bagi anda,
Cubalah resepi ini sekiranya anda sudi untuk mencuba! Cubalah...

RESEPI 
KERABU KACANG BOTOL & TAUGEH

BAHAN-BAHAN
KUANTITI
Kacang Botol
20 g
Taugeh
            50 g
Kelapa Parut
           70 g
Bawang Besar
               40 g
Limau Nipis
            10 g
Garam
         Secukup rasa
Gula
         Secukup rasa
Cili Merah
        15 g
Bawang Merah
        55 g
Udang Kering
       50 g
Kunyit Hidup
       2 g


Cara membuatnya:
1)       Goreng kelapa parut sehingga  kekuningan. Tutup api.
2)       Tumbukkan cili merah, bawang merah, udang kering dan kunyit hidup bersama kelapa yang telah digoreng.
3)       Masukkan semua bahan sayuran, kelapa yang telah ditumbuk, gula, garam, kacau rata. Akhir sekali perahkan  jus asam limau dan kacau rata sekali lagi.
4)        Hidangkan.

..........................................Selamat Mencuba...................................................................

by : Nadia

No comments:

Post a Comment