Friday, November 23, 2012

Masakan Melayu

Tauhu Sumbat
Minggu ke 10
Amali ke 5

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Untuk amali ke 5 ini kami ditugaskan untuk memasak masakan tengahari masakan Melayu. Alhamdulillah dengan pengalaman yang ada, kami berjaya melaksanakannya...(masakan kita kan...hebat lah konon..)

Menu kami pada minggu ini adalah Daging Salai masak lemak cili padi, Kerabu kacang botol dan taugeh serta tauhu sumbat.Mmm..memang padanan menu yang sedap untuk dimakan.Memang sedap.

Seperti yang anda sedia maklum, Daging salai amat terkenal di negeri Sembilan dan negeri ini juga amat terkenal dengan masakan yang mempunyai tahap pedas yang melampau.Pedas yang sedap tidak mengapa kerana itu yang menyelerakan kita untuk menikmati makanan itu.

Tahukah anda sejarah Daging Salai ini?? Ya, bagus bagi anda yang tahu! Yang tidak tahu tidak mengapa tidak menjadi kesalahhan yang besar untuk anda sebaliknya marilah kita mengetahui sejarah daging salai ini.

Daging salai ialah kaedah menyediakan ikan atau daging yang diamalkan sejak zaman prasejarah. Tujuannya ialah untuk mengawet makanan kaya protein ini yang boleh cepat rosak untuk masa yang lama. Terdapat dua mekanisme untuk pengawetan cara ini: penyahhidratan dan sifat-sifat antibakteria asap yang diserap. Pada zaman sekarang, rasa makanan salai yang dipertingkat menjadikannya hidangan dalam kebanyakan budaya.

(Sumber: Wikepedia)

Oh begitu... di zaman dahulu kala mana ada peti ais seperti sekarang yang mampu menahan makanan daripada rosak. Zaman kini, makanan boleh disimpan berbulan-bulan namun mempunyai satu persamaan iaitu nilai rasa yang berlaianan setelah sekian lama disimpan.

Resepi daging salai yang kami laksanakan tidak sama kaedah yang digunakan oleh saudara saudari yang berada di negeri sembilan khususnya kerana kami menyediakan daging salai ala moden gitu. Kami menyalai hanya menggunakan ketuhar elektrik dan tidak menggunakan arang dan tidak mempunyai aroma asap itu. Makanya rasanya agak kurang sedap berbanding daging salai yang sebenar-benarnya. Tapi tidak mengapalah yang penting sedap dimakan oleh rakan taulan kami. :)


 Daging Salai Masak Lemak Cili Api


Anda boleh mencuba resepi yang akan kami berikan nanti:)
Nantikan ya...;)


BY:NADIA & FATIHAH ANIS




No comments:

Post a Comment