Thursday, November 22, 2012

Petua lagi...




Sirih Pinang Sirih Berlipat, 
Sirih Dari Pulau Mutiara,
Pemanis Kata Selamat Datang,
Awal Bismillah Pembuka Kata.


Assalammualaikum dan salam 1 malaysia..Bertemu lagi kita dalam entri petua.Ada beberapa petua yang ingin dikongsikan dengan pembaca blog sekalian. Jemput Bace yer dan kalau ada petua yang ingin dikongsikan bersama dalam blog ini, dipersilakan.




Mencuci Kerang Dengan Mudah
Supaya mudah mencuci kerang, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaulkan bersama sedikit air. Tunggu beberapa ketika dan hasilnya kerang tadi akan bersih dan putih. 



Ikan Tidak Melekat Dikuali
Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi.


•  Membersihkan Perut Lembu
Untuk memutihkan perut lembu, rendam dan gaulkannya dengan bancuhan kapur sirih berserta rincikan daun pisang atau daun lalang. Lakukan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih. 



•   Cara Menghilangkan Bau Hamis Daging Kambing
Setelah dihiris daging itu, lumurkan dengan sedikit tepung gandum dan biar selama 20 min. Bersihkan kemudian lumurkan pula dengan jus limau nipis atau lemon biar rata (tidak perlu terlalu banyak). Biar 30 min kemudian bersihkan dan sejatkan hingga daging betul-betul kering. Anda boleh juga masukkan 2-3 helai daun pandan di dalam masakan untuk menambahkan bau harum.

•  Mematikan Ikan Keli
Mematikan ikan keli dengan cara mengetuknya akan menyebabkan isi ikan tersebut rosak. Cara yang paling mudah, masukkan secamca besar garam ke dalam bekas ikan keli dan biarkan lebih kurang 15 minit. Ikan tersebut akan mati. Selamat mencuba .

• Hilangkan Hanyir Ikan Keli
Rendamkan ikan keli yang sudah disiang ke dalam air sagu lebih kurang 5 - 10 minit. Selepas itu basuh ikan keli tersebut dengan air bersih. Ikan keli tersebut tidak akan berbau hanyir apabila dimasak.





(Sumber Gambar: http://fajridil.blogspot.com)



By Fatihah Anis..

No comments:

Post a Comment