Friday, November 23, 2012

RESEPI DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI

Daging Salai Masak Lemak Cili Api

RESEPI
Daging Salai Masak Lemak Cili Api
BAHAN-BAHAN
KUANTITI
Daging Batang Pinang
500 g
Cili Padi
            15 g
Kunyit Hidup
             5 g
Bawang Putih
                2 g
Bawang Merah
            5 g
Serai
         20 g
Asam Keping                                                                                  
          2 g
Santan Pekat
        300 g
Garam
     Secukup Rasa

Cara membuatnya:
1)       Bersihkan daging dan masukkan daging tersebut ke dalam periuk untuk direbus.
2)       Rebus daging sehingga empuk dan kemudian bakar diatas api/oven selama 5 minit dengan menggunakan suhu 200°c.
3)       Setelah daging dibakar, kemudian hiris daging tersebut menjadi nipis.
4)       Proses seterusnya adalah mengisar/tumbuk cili padi bersama-sama kunyit hidup , bawang putih dan bawang merah sehingga lumat. Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi. Tumis semua bahan tersebut dengan menggunakan sedikit minyak.
5)       Dengan menggunakan api yang perlahan, masukkan santan dan 1 cawan air dan pastikan sentiasa dikacau.
6)       Setelah kuah agak mendidih, masukkan asam gelugor dan daging salai. Sesuaikan rasa. Kemudian, masukkan sedikit garam . Pastikan sentiasa dikacau.
7)       Masakan perlu sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyak dan kacau sehingga masak.
8)       Hidangkan masakan daging salai masak lemak cili api semasa panas dan hiaskan dengan daun pudina dan cili merah.

SELAMAT MENCUBA!

by : Nadia

No comments:

Post a Comment