Tuesday, November 20, 2012

Sayur-sayuran



Assalammualaikum dan salam satu Malaysia...entri kali nie saya nak ajak anda mengenal dunia petua.Petua sering digunakan oleh para wanita yang rajin memasak. Sekiranya ada kesilapan dalam masakan atau nak menghindarkan sesuatu kesilapan sebelum memasak..petua ini lah yang akan digunakan. Ada banyak petua yang boleh didapati. Tak semestinya petua untuk memasak..boleh jadi..macam-macam petua ada. Saya percaya dan yakin makcik-makcik, puan-puan, kakak-kakak, abang-abang  kita di luar sana sering menggunakan petua masakan..mari kita lihat petua apa yang boleh digunakan...

• Mengekalkan Kesegaran Sayuran

Sayuran yang disimpan didalam peti ais beberapa hari akan hilang kesegarannya. Cubalah rendamkan sayuran tadi di dalam air yang dicampurkan dengan sedikit cuka selama beberapa minit dan hasilnya juga akan menghilangkan kekotoran pada sayuran tadi.

• Segarkan Taugeh
Taugeh akan menjadi segar walaupun berhari-hari sekiranya anda mencampurkan  perahan air limau nipis ke dalam air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi  pastikan anda menukar airnya setiap hari.

•  Menyegarkan Sayuran Berdaun
  1. Hiris sayur-sayuran itu terlebih dahulu dan masukkan dalam beg plastik. Kemudian simpan ia di dalam peti sejuk. Cara ini akan membuat sayur-sayuran itu segar selama seminggu.
  2. Rendam dua helai kertas kosong berwarna putih di dalam air selama dua atau tiga minit.Kemudian bungkus sayur-sayuran itu dengan kertas tersebut sehingga tidak kelihatan daunnya. Masukkan atau balutkan pula dengan plastik yang lembab. Kesegaran sayur akan bertahan selama 3 atau 4 hari. Cara ini sesuai bagi mereka yang tiada peti sejuk.

•  Menyegarkan Timun, Lobak Merah dan Kobis


Potong bahagian atas sayur-sayuran tersebut. Sapukan sedikit garam dan minyak kelapa. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Jeruk Sawi Buatan Sendiri
  1. Sawi dipotong, dicuci bersih dan dijemur selama 4 jam.
  2. Gaulkan dengan garam dan biarkan semalaman.
  3. Keesokkan harinya, tuangkan air beras ke dalam sawi tadi. Kemudian peramkan beberapa hari.

•  Memilih Sayur - Sayuran
  1. Kobis : Pilih jenis yang ringan dan rongganya besar-besar.
  2. Sawi   : Pilih sawi yang berdaun lebar tetapi batangnya kecil.
  3. Timun : Pilih timun yang lurus dan pangkalnya kurang warna hijau tua.
  4. Tomato : Pilih tomato yang warnanya kehijau-hijauan sedikit.
  5. Ubi Keledek : Pilih buah yang lurus dan bersih kulitnya.
  6. Bendi : Pastikan hujungnya lembut.  
      
•  Agar Sayuran Celur Kelihatan Segar
Caranya, campur sedikit minyak masak ke dalam air yang digunakan untuk merebus, sebelum sayur-sayuran dicelur. Setelah dicelur, toskan sayuran dari air rebusan dan hidang. Sayur-sayuran tersebut akan sentiasa nampak segar dan berkilat.

                                          
• Menghilangkan Pahit Peria
Untuk menghilangkan pahit peria, cuba potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, toskan dan sedia untuk dimasak.


untuk kali ini, kita cuba dulu petua untuk sayur-sayuran yer..jumpa di entri lain utk petua yang lain..


(Sumber rujukan: Makcik Saya)

by: Fatihah Anis 


No comments:

Post a Comment