Wednesday, November 14, 2012

LAKSA



Assalammualaikum & Selamat Sejahtera


Untuk entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua  resepi membuat laksa bersama kuahnya. Seringkali kita masak laksa hanya kuahnya sahaja tetapi bukan laksanya. Oleh itu saya kombinasikan kedua resepi ini untuk memudahkan anda melaksanakan resepi laksa ini di rumah. Laksa tidak perlu beli, buat sendiri baru anda berpuas hati dan pastinya dijamin tangan sendiri. Segala was-was dihati pastinya dinyahkan sama sekali.Ayuh, rajinkan dirimu!

Pertama sekali resepi untuk membuat laksa. Saya tidak membuat laksa kering sebaliknya laksa basah yang hanya perlu ditambah kuah sahaja  sekiranya anda ingin menikmati laksa ini. Makanya ya pembaca sekalian, anda hanya perlu membuat laksa mengikut kuantiti yang diperlukan sahaja.


RESEPI LAKSA

  •   2 Cawan tepung Beras
  •   1 Cawan tepung Gandun
  •   Sedikit tepung Ubi

# Acuan Laksa mengikut kreativiti anda. #

Bagi acuan laksa saya menggunakan acuan untuk muruku .



Cara Membuat


  • Campurkan kesemua bahan-bahan yang diperlukan. Gaulkan dan uli sehingga tidak melekat pada jari anda.
  • Rebus air panas didalam periuk sehingga mendidih.
  • Masukkan doh ke dalam acuan . Tekan acuan ke dalam periuk yang berisi air panas yang menggelegak. Biarkan seketika. Laksa timbul sekiranya ianya telah masak.
  • Angkat laksa yang telah masak dan toskan serta masukkan kedalam air sejuk (untuk elakkan laksa melekat diantara satu sama lain  ) , kemudian tos sekali lagi.


Adunan dimasukkan ke dalam acuan

Merebus laksa






RESEPI KUAH LAKSA

  •    500 gm Cili Kering
  •   4 Biji Bawang  Merah
  •  2 Kuntum Bunga Kantan
  •   500 gm Daun Kesum
  •   Sebatang  serai
  • 10 Biji Cabai Burung
  •  Ikan Kayu 3 ekor (Yang bersaiz sedang )
  •   Sedikit belacan
  •   Garam
  •   Gula
  •  Asam Keping
  •   Asam Jawa 


Cara Membuat

Cili kering direbus dan kisarkanya
Ikan direbus dan dikisar (Tulang dibuang)











Kuah yang telah siap
  •  Basuhkan ikan yang telah disiang , dan rebus ikan tersebut
  • Setelah itu, kisar ikan yang telah direbus. Ambil air rebusan ikan campurkan sekali dengan ikan yang telah dikisar.
  •   Rebuskan cili kering dan kisarkannya. Masukkan kedalam periuk yang berisi air ikan.
  • Kisar bawang merah, cili padi dam masukkan kedalam periuk. Tambahkan dengan asam keeping, asam jawa, bunga kantan, daun kesum, belacan dan perasakan dengan gula dan garam.
  •   Masukkan serai yang telah diketuk  kedalam kuah laksa.
  •   Masak kuah sehingga mendidih.


 RESEPI SAYA , CITARASA SAYA, SELAMAT MENCUBA SEKIRANYA SUDI UNTUK MENCUBA! :)
TERIMA KASIH.

BY:
NADIA

No comments:

Post a Comment