Assalammualaikum ...
Alhamdulilah, bertemu lagi kita dalam entri yang seterusnya. Bersempena dengan kelas amali yang lalu, saya dan rakan-rakan telah menyediakan masakan melayu. Kalau masakan melayu dah tentunya makan pun cara melayu. Oleh itu, kali ini entri saya berkaitan dengan cara melayu.
CARA MELAYU? Ada apa dengan cara melayu?
Peradaban cara melayu agak mudah jika hendak dibandingkan dengan cara barat dan juga cina. Hidangan/makanan dihidangkan serentak dan selalunya tetamu menggunakan tangan sahaja. Sekiranya ada diantara tetamu yang memerlukan sudu dan garfu, perlulah disediakan. Sediakan juga bekas pencuci tangan (kendi basuh tangan). Sekiranya kita menjadi tuan rumah, perlulah rajin menggantikan air yang baru diakhir hidangan. Jika menggunakan mangkuk basuh tangan, jangan lupa untuk letakkan kepingan limau nipis. Jangan lupa juga untuk sediakan tisu atau kain lap tangan.
Adab apabila makan cara melayu:
1) Jangan berebut-rebut untuk mengambil makanan, jangan berdiri dan tunggu giliran.(Tahukah anda yang melayu penuh dengan adab sopan santun dan berbudi bahasa)
2) Ketika mengambil makanan, gunakan tangan kiri. Janganlah anda menggunakan tangan kanan kerana ia akan mengotorkan sudu hidangan.
3) Apabila hendak mengambil lauk, ambil yang paling hampir dengan anda dulu, minta tetamu yang dihadapan anda menghulurkan makanan yang agak jauh.
*yang paling penting, baca bismillah dulu yer sebelum makan..
ATUR LETAK PERALATAN MEJA
Tatasajian Melayu |
1. Pinggan Makanan- Diletakkan bertentangan dengan kerusi.
2. Napkin- Diletakkan di sebelah kanan pinggan atau di atas pinggan makan.
3.Gelas-Diletakkan di sebelah kiri dan ke atas pinggan makan.
4.Cawan/Piring- Diletakkan di sebelah kanan pinggan makan.
5.Lauk Pauk- Atur di tengah-tengah meja.
6.Mangkuk Air/ Kendi Basuh Tangan- Diletakkan berdekatan dengan mangkuk nasi.
Sekian sampai di sini sahaja.Jumpa lagi.Assalammualaikum....
(Sumber Rujukan: Buku sajian, karaian, perancangan, penyediaan dan resepi-Noraini Sidek)
(Sumber Gambar: http://shuzue.wordpress.com/)
By Fatihah ANis
No comments:
Post a Comment