Thursday, November 15, 2012

Kuih Savouri

MINGGU KE 8
AMALI KE 5
Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Minggu ini kami ditugaskan untuk membuat kuih savouri. Apakah yang dimaksudkan kuih savouri? Ya..kuih savouri merupakan kuih yang tidak manis tetapi mempunyai rasa yang pedas dan masin. Sekiranya anda ingin mencuba, cubalah resepi ini. Pastinya menjadi.

Kuih Cara berlauk

Resepi Kuih Cara Berlauk
Bahan-bahan bater :
     1 ½ cawan      Tepung gandum
      1 biji                 Telur
      1 sdt                Garam
      ½ sdt               Serbuk kunyit
      2 cawan          Air
      175 ml             Santan
      1 sdt                Minyak masak
      Bahan-bahan inti :
      150 gm            Udang
      1 biji                 Bawang besar
      1 ulas               Bawang putih
      2 sdb               Cili kisar
      2 sdb               Sos cili
      Daun sup
      Daun bawang
      Cili merah
      Cara penyediaan :

Cara penyediaan :
1. Dengan menggunakan pengisar, kisar tepung gandum, garam, minyak masak, santan, garam dan telur sehingga semua sebati.
2. Kemudian tuang kedalam bekas adunan, jika adunan Nampak pekat boleh tambahkan ½ cawan air.
3. Tutup bekas adunan dan peran selama 30 minit atau lebih supaya adunan lebih   mesra dan sebati.
4. Cincang isi udang, bawang besar dan bawang putih hingga halus.
5. Panaskan 2 sudu minyak dan tumis cili kisar dan bawang putih. Biarkan hingga garing dan masukkan udang, bawang besar serta sos cili. Kacaukan hingga sebati dan masukkan garam dan gula.
6. Biarkan inti agak kering, angkat dan sejukkan seketika.
7. Setelah adunan diperap selama 30 minit, panaskan acuan kuih cara.
8. Glis kan acuan dengan minyak dan tuangkan adunan kuih cara sebanyak ¾ acuan.
9. Masukkan 1 sudu kecil inti dan taburkan hirisan daun bawang dan cili merah.
10. Tutup acuan kuih cara dengan penutup periuk dan biarkan seketika.
11. Masak sehingga permukaan bawah kuih cara perang dan permukaan atasnya masak. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Pau Goreng Sambal
  Resepi Pau Goreng

Bahan-bahan pau :

      200 gm            Tepung gandum
      140 ml             Susu segar (suam)
      2 sdt                Yis segera
      2 ½ sdb           Gula halus
      ½ sdt               Garam halus
      2 sdb               Mentega
      Hirisan timun sebagai hiasan.
      Cara penyediaan :
      1. Satukan yis segera dan susu segar, kacau rata dan biar berbuih.
2. Satukan bahan-bahan doh pau dalam satu bekas, gaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Bulatkan doh, tutup dengan plastik dan biarkan naik 2 kali ganda.
3. Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara, bahagikan kepada 8-9 bahagian sama besar. ( canaikan anggaran ¾ inci dan terap dengan acuan bulat 2 inci)
4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada keseluruhan bahagian pau. Angkat dan toskan. Letakkan pau yang telah digoreng di atas tisu dan biarkan minyak meresap. Biarkan ia sejuk.
5. Belah dua pau tadi tapi jangan putus, sapu dengan sambal tumis dan susunkan 1 atau 2 keping timun, ulang hingga habis.
6. setelah selesai boleh dihidangkan sebagai minum petang.
Bahan-bahan sambal ikan bilis :
200 gm            Ikan bilis (dibuang isi dan tulangnya)
5 biji                 Bawang merah
3 ulas               Bawang putih
½ inci              Halia
1 keping          Asam keeping
20 tangkai       Cili kering
1 sdt                Sos tiram
½ cawan         Air (jika perlu)
5 sdb               Gula
1 sdk               Garam
½ cawan         Minyak
Cara penyediaan :
1. Kisarkan bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering hingga lumat.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar.
3. Masukkan gula, garam, sos tiram dan asam keeping. Kacau hingga sebati.
4. Apabila sambal telah masak dan menggelegak, masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Kacau hingga sebati dan biarkan ia kering sedikit.
 Selamat Mencuba:)

No comments:

Post a Comment