Assalammualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan pembaca blog..
Entri kali ini kita sambung lagi dengan masakan india iaitu resepi vegetable soothie dan Papad Roll.. Papad Roll merupakan menu pembuka selera bagi masakan ini dan diikuti dengan makanan menu utama iaitu Nasi lemon bersama daging masala dan vegetable soothie..
RESEPI VEGETABLE SOOTHIE
Porsi: 2 orang
Porsi: 2 orang
Kuantiti Bahan
135 gm Kentang
40 gm Kacang Buncis
30 gm Cili Merah
120 gm Bawang Besar
5 gm Daun Kari
100 gm Udang
50 gm Daun Kubis
40 gm Lobak Merah
85 gm Terung
125 ml Pati Santan
250 ml Santan Cair
2 gm Serbuk Kunyit
55 gm Limau Nipis
5 gm Garam
10 gm Gula
Cara Penyediaan:
- Masukkan santan cair, serbuk kunyit dan bawang besar ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
- Masukkan garam, udang, kentang, dan lobak merah. Masak sehingga empuk.
- Apabila sayuran hampir empuk, masukkan pula kesemua sayuran yang lain. Masak sayuran sehingga semua empuk. Kacau sekali sekala.
- Masukkan pati santan dan biarkan hampir mendidih. Masukkan jus limau, sesuaikan rasa dengan garam dan gula. Angkat.
- Sedia untuk dihidangkan.
Kuantiti Bahan
70 gm Papadom
20 gm Lada Hijau
2 gm Daun Ketumbar
50 gm Lemon
5 gm Serbuk Cili Merah
5 gm Garam Masala
5 gm Gula
20 gm Tepung Gandum
500 ml Minyak Masak
Cara Penyediaan:
- Rebus dan kupas kulit kentang. Kemudian lenyekkan sehingga hancur.
- Cincang halus daun ketumbar dan cili hijau.
- Campurkan kentang, cili hijau, daun ketumbar, serbuk lada cili, garam masala, gula, garam dan jus lemon. Gaul hingga rata.
- Isikan kentang dalam papadom dan gulung. Lekatkan hujung kulit papadom dengan bancuhan tepung.
- Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga kekuningan.
- Angkat dan hidangkan dengan chutney atau sos.
Sampai di sini sahaja untuk resepi masakan india.kami dah cuba membuatnya di kelas amali. sedappp....Jumpa lagi.....
By Fatihah Anis & Nadia
Assalam , yang papad roll tuu , berapa Gram ubi kentang nak guna ? terima kasih :)
ReplyDelete