Assalammualaikum salam sejahtera....
Siapa kenal
REMPAH RATUS???
ha...Selalunya kita hanya kenal wang yang beratus sahaja...ratus juga tu..:)
Tapi hari ini mari kita belajar untuk mengenali rempah ratus yang banyak khasiatnya serta rempah ratus juga dapat menyedapkan makanan yang kita masak. Bila masak telah sedap, makan juga menjadi-jadilah.hehehe
Tapi tidak mengapa, makan secara sihat.
Jom kita belajar seketika.(Untuk yang perempuan penting ya:)
1)
KETUMBAR (CORIANDRUM SATIVUM L.)

Digunakan untuk menambah kesedapan makanan seperti kari dan rendang.
Buahnya mempunyai aroma pedas dan sedap. Daunnya juga sering digunakan
dalam masakan. Selain itu, ketumbar juga menambahkan rasa dalam masakan
lain seperti bubur nasi, ayam atau ikan goreng dan sebagainya.
Nama cina : Yan Shi, Fan Yan Sui, Yuen Sai, Wan-Swee (herb), Hu Sui (fruits)
Nama Inggeris : Coriander, Chinese Parsley, Indian Parsley (herb)
Nama Tamil : Kottamalli
2)JINTAN MANIS

Berbau harum. Rupanya seperti padi tetapi saiznya lebih halus dan
kecil. Ditumbuk atau dikisar apabila hendak digunakan. Masakan yang
berempah seperti kari, kurma dan rendang biasanya menggunakan rempah ini
sebagai bahan perasa tambahan.
Nama Cina : Xiao hue Xiang, Wooi heung, Hui xiang, Xiaohuixiang
Nama Inggeris : Fennel
Nama Indonesia : Adas Pedas
Nama Tamil : sohikirai
3.
JINTAN PUTIH

Mempunyai bau yang kuat. Mempunyai bentuk seperti padi. Lebih besar daripada Jintan manis. Kegunaannya juga sama.
4.
HALBA

Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan
utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih.
Dikenali sebagai;
Nama cina: Hu Lu Ba
Nama Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.)
Tamil : Vendayam
5.
BUAH PELAGA (Green Cardamon)

Juga dikenali sebagai katepus, kepulaga, puar dan tebus batu. Selain
digunakan untuk masakan, orang India dan Arab suka mencampurkannya dalam
minuman teh.
6.
BUNGA LAWANG (Adas China)

Rupanya seakan bintang dan berbau kuat. menjadikan masakan kari dan sup bertambah enak.
Nama Cina : Ba Jiao, Pak kok, Baat gok
Nama Hindi : Badayan, Anasphal
7.
BIJI SAWI

Mampu mengubah rasa menjadi enak. Digunakan dalam masakan kari, acar
dan asam pedas. Juga dikenali sebagai black mustard, brown mustard,
Indian mustard.
8.
LADA HITAM dan LADA PUTIH

Sering digunakan dalam masakan barat seperti stik. Lada hitam
mempunyai rasa yang pedas dan panas serta mempunyai aroma yang lebih
kuat berbanding lada putih. Juga dikenali sebagai black pepper, white
pepper dan kali mirch.
9.
KAYU MANIS

Selain digunakan sebagai rempah penumis dalam masakan kari, kayu
manis juga sering digunakan untuk membuat kek atau hidangan pencuci
mulut. Rasanya begitu mempengaruhi makanan. Juga dikenali sebagai : Jou
Kuei, Yuk Gwai, Sri Lanka cinnamon, Illavangam.
Banyaknya rempah...mmm .Ini baru 9 jenis ,banyak lagi yang akan diupdate nanti.
ok sampai disini sahaja, bersama-sama kita belajar ya.:)
~3 Rasa menjadi 1~