Sunday, December 30, 2012

ESOK EXAM(31/12/2012)...

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Apa agaknyer yang dibuat rakan-rakan pada pagi ini?masih belajar atau sudah tidur. saya? saya sedang membaca nota berkaitan rempah ratus..huhu..(baru nak baca)Dah lama tak update blog..dulu update sbb wajib...kalau tak buat tak dapat markah. Kali ini update sbb rindu dah lama tak update.macam seronok plak menulis ini tapi membacanya tak nak(ishk..ishk ..tak adil)

Esok hari isnin....exam ...dah semester 8 ni, satu kertas je iaitu kertas penyediaan makanan timur. Abis je jawab, terus merdeka..tapi saya belum lagi sbb ada projek akhir yang akan dihantar bersama laporannya akhir bulan 2 ni...jemput ler datang ke pameran projek akhir pd 6/1/2011 di bgnan chanselori...

Bagi rakan-rakan seperjuangan, saya ucapkan semoga berjaya esok ..dan semoga kita berjumpa lagi...mungkin esok adalah hari terakhir kami berjumpa. kalau bernasib baik, mungkin berjumpa lagi..kalau tak..sampai ke tua lar tak jumpa.ops...kalau uols kawen..jemput I k..kalau I kahwin..makesure I jemput uols semua....

Di bawah ini merupakan rakan-rakan yang saya tak sabar nak berjumpa esok kerana esok adalah hari terakhir...sedihnyer..nadia a.k.a BOS saya nak baik teluk intan, sarah nak balik penang, farah plak balik negeri sembilan(sapo berani, masuklah minang dio) nik yang akan pulang ke bangi ..rubi plak nak balik bestari jaya...n zainor je still lepak kat tg malim coz pojek final sama dengan saya......hmm..tinggalah diri yang keseorangan dan kesepian ini...

see u guys...bebaik bawak kete....baca doa dulu..da sampai kim salam pada mumy n papa u olas...jangan lupa daku dalam doamu...uols...jangan lupa I taw...I sedey ni..uhuk uhuk....

GAMBAR INI DIAMBIL KETIKA AMALI KEDUA TERAKHIR...KEPADA PEMINJAM BUKU..TQ..















p/s: sapa lar yang jaga exam esok..agak2 yer kalau pensyarah yang megajo...boleh tanya dia tak kalau nak nak jawapan...huhu


bY fATIHAH ANis SAIFUDDIN

Tuesday, December 25, 2012

Yang terakhir..dan akhir....

Assalamualaikum dan selamat tinggal,

Sedihnyer apabila meninggalkan kelas memasak ni. Banyak coretan pengalaman dan kedukaan yang dicipta sepanjang bergelar pelajar. Jujur saya katakan bahawa saya tidak pandai memasak dan tidak mahu memasak...bagi saya..memasak ini memboringkan. Saya merasai keseronokan memasak ini apabila saya menghadiri kelas memasak di kelas penyediaan timur. Saya seronok dengan pensyarah yang baik, tidak memilih kasih, pandai mengambil hati selepas memarahi kami...mungkin markah saya tidaklah sebaik mana kalaulah saya malas(saya rajin taw) tapi cukuplar hati saya tidak dilukai seperti suatu ketika dahulu apabila saya berada di kelas memasak.(maaflah kerana saya katakan begitu).

Pada penghujung kelas memasak lepas...saya sungguh berasa sedih dan tidak dapat menerima kenyataan bahawa diri tidak akan menghadiri kelas seperti biasa, tidak berjumpa dengan rakan-rakan, tidak membuat lawak ketika memberi  komen, tidak menganggu rakan dari unit lain dan tidak mendengar celoteh pensyarah yang saya rasakan agak skema tapi comel.

Kelas penyediaan timur ini agak memenatkan dan asmntnya sangat memberatkan...memang kita akan berasa stress dan adakalanya tidak berpuasa hati...tapi setelah menilai kembali apa yang berlaku..saya bersyukur kerana diberi tugasan yang berat dan mencabar. Nikmatnya akan terasa selepas kita selesai membuatnya.Itulah dia cabaran sebagai seorang pelajar. Selepas ini, hanya menunggu keputusannya. Semoga saya memperoleh keputusan yang cemerlang.(pasti akan rindu waktu membuat tugasan...)

"peluang hanya sekali, gunalah sebaik-baiknya, jika tidak...kita akan menyesal"...saya kerap mengingati kata-kata itu...sekiranya kita diberikan peluang untuk melakukan sesuatu..buatlah bersungguh-sungguh....dan lalui perkara tersebut dengan sebaik-baiknya kerana ianya tidak akan berulang walaupun kita menangis air mata darah sekalipun. Benarlar ..hidup hanya sekali..maka gunalah ia dengan melakukan perkara yang baik dan jangan cuba untuk menyakiti hati orang lain. Sekiranya, kita ditimpa kesusahan atau kesulitan, anggaplar bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. 

Tepat jam 12.00 malam , hari isnin bersamaan 24 disember 2012, tamatlah penilaian ke atas blog ini. Selepas itu, tidak ada lagi penilaian yang diambil. Terima kasih kepada rakan saya iaitu Nurul Nadia kerana menubuhkan blog ini dan rajin mengupdate sehinggalah pensyarah meminta kami mengupdate sendiri dan menulis nama di bawah. Pada masa itu, saya agak sedih kerana saya tidak serajin beliau dan pandai menulis. Beliau sanggup menulis untuk saya...hmm..tapi tak sanggup saya untuk menyusahkan beliau. Akhirnya, dengan rasa malas, saya cuba untuk update blog ini. ..Apa yang dilakukan oleh saya adalah untuk tidak menyusahkan rakan dan saya lakukan setelah ditegur oleh rakan dan pensyarah mengenai kelembapan blog ini. ...Jujur saya katakan sekali lagi bahawa saya bukan penulis yang baik di Facebook apatah lagi di blog. Saya seorang perahsia yang jarang bercerita tentang kehidupan saya lebih-lebih lagi di laman sosial. Akhirnya, saya cuba sebaik mungkin untuk menulis di blog berkaitan dengan resepi walaupun pada awalnya ianya sangat menyakitkan ...Alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar dan saya seronok menulis di blog....Saya menjadi sangat teruja apabila dapat berkongsi pelbagai perkara dengan dunia luar lebih-lebih lagi berkaitan dengan masakan ini dan info-info yang menarik. Disebabkan keseronokan menulis blog, saya kerap ke perpustakaan dan meminjam buku masakan dan meminta umi dan makcik untuk menulis resepi demi saya. Semuanya seronok sekali......

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sangat sporting dan seronok....saya tujukan rasa terima kasih ini kepada Nurul Nadia selaku ahli kumpulan..terlalu banyak suka duka kita bersama..Memang kerap saya terasa dengan beliau dan pandai beliau memujuknya..Jangan dilupa kepada sarah majidah, farah, zainor dan rubi kerana sentiasa bergaduh dan bergurau-senda dengan saya.eheheheh...tidak dilupakan juga kepada nik norakmal selaku housemate ...hawari dan ku-ah selaku kawan memasak dan projek akhir en. samad dan samsul yang sering  saya gosipkan dengan sesiapa sahaja, christine yang sering saya ganggu dengan pertanyaan bahasa cina dan semua rakan-rakan yang saya kenali...setiap daripada anda ada keunikannya tersendiri....Jutaan yang tidak terhingga kepada semua kaum keluarga saya yang rajin follow blog saya dan memberi saya kata-kata semangat...Last but not least kepada pensyarah puan su dan puan ida. Dirimu umpama lilin yang menerangi setiap kegelapan. Segala amanat, nasihat, dan teguran akan saya ingat sampai bila-bila.....Terima kasih banyak-banyak...Inilah kelas memasak yang paling menyeronokkan dan bermakna buat saya dan rakan-rakan. Sekiranya saya pernah melukakan hati anda..saya mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Ketika saya menulis blog ini, sempat saya menoleh kepada setiap update yang dilakukan oleh rakan. semuanya update yang 21 hours ago..24 hours ago....tidak lagi 1 minute ago..35 seconds ago......sudah jauh agaknya mereka meninggalkan blog ini..adakah saya pun akan begitu akhirnya?

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran..begitu juga dengan coretan saya...sampai disini sahaja dapat saya coretkan untuk anda yang rajin singgah di blog ini. ...Insya-Allah sekiranya berkelapangan, saya akan mengupate lagi resepi-resepi dan info-info menarik dengan anda....keep in touch dan assalammualaikum...


p/s...saya sedang mendengar lagu semua tentang kita by peterpan...banyak cerita tentang kita...


Daripada,
Fatihah anis Binti Saifuddin(25/12/2012)
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Monday, December 24, 2012

Perasa Kari Hijau

Assalamualaikum ...dan salam sejahtera,

Perasa kari hijau dari Thailand...Tiba-tiba teringat rakan yang membuat kari hijau di kelas amali yang lalu. Hanya ada satu kumpulan sahaja menjadi warna hijaunya..kumpulan lain tidak berapa menjadi.. Sampai mengambil kari hijau orang lain. Seronok melihat keadaan itu...kalau kumpulan saya, kami mengambil nasi dari kumpulan belakang memandangkan nasi kami hangit..owh..pecah rahsia. hanya sekali sahaja. :)Terima kasih yer kawan dari unit 8. Takperlar. Semuanya tinggal kenangan. Oleh itu, jemput membaca perasa kari hijau. Perasa kari hijau akan digunakan dalam resepi-resepi lain


PERASA KARI HIJAU
Bahan-bahannya:
4 biji lada hijau
1 camt lada sulah
1 biji bawang kecil  dihiris
2 ulas bawang putih  dihiris
2 camb hirisan daun ketumbar
2 camb hirisan daun limau
1 camt garam
2 camt ketumbar
1 camt jintan putih
1 camt serbuk serai
1 camt serbuk lengkuas
2 camt petis udang kering
1 camt serbuk kunyit
1 camb minyak makan



Cara menyediakannya;
  1. Buangkan tangkai cili dan biarkan bijinya digunakan dalam kari ini supaya pedas. Potong kasar-kasar dan bubuhkan ke dalam bekas pengisar bersama semua bahan yang lain.kisar halus semua bahan sambil di bubuhkan sedikit minyak atau sesudu air kedalam nya.
  2. Perasa kari hijau ini akan digunakan dalam kebanyakan resepi-resepi Thai yang lain.

Sekian terima kasih..jumpa lagi....bye...

By Fatihah Anis

Petua Last but not least

 Assalamualaikum dan hye  ,

Petua last but not least... macam sedih sahaja bunyinya. Ini koleksi petua yang dikumpul dan yang terakhir untuk hari ini. Sebelum kami mengundur diri, sudilah membaca petua-petua ini. Ada macam-macam petua boleh kita gunakan. Jum baca petua Last But Not Least.....

Jemput-jemput  Sentiasa Lembut
Bancuh adunan jemput-jemput dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Hasilnya jemput-jemput anda akan sentiasa lembut, walaupun setelah ianya sejuk.

• Tauhu Tidak Melekat Dikuali
Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.

• Cili Mesin Boleh Tahan Lama
Cili kering yang telah dimesin jika mahu disimpan lebih lama di dalam peti sejuk supaya tidak bercendawan. Setelah dimesin, cili tersebut hendaklah dipanaskan dengan memasukkan sedikit garam halus. Panaskan hingga kering airnya. Setelah sejuk masukkan ke dalam bekas bertutup dan bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.

• Santan Tidak Berbau dan Tahan Lama
Bagi puan yang bekerja atau suri rumah mungkin bermasalah apabila santan  diperah terlebih banyak. Untuk memastikan ia tidak berbau dan tahan lama masukkan dua/tiga cili padi kedalam santan dan simpan di dalam peti sejuk,  insya-Allah santan tidak berbau dan tahan lama

• Hilangkan Kesan Bau Papan Pemotong

Adakalanya kita menghadapi masalah unutk menghilang bau hanyir pada papan pemotong. Ambil sebiji limau nipis & kemudian di potong dua. Sapukan  limau tersebut pada permukaan papan pemotong. Hasilnya bau yang terdapat pada papan pemotong akan hilang.

• Masakan Termasin
Untuk mengatasi masalah ini, cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini :-
  1. Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit.
  2. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.
  3. Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.
•  Merasa Makanan di Bulan Puasa
  1. Ketika di bulan puasa agak sukar untuk kita menentukan rasa garam atau gula. Cara yang paling mudah ialah dengan meletakkan setitik kuah di atas kuku ibu jari tangan anda. Jika didapati bulatan itu berbentuk kecil dan kemas bermakna telah cukup rasanya.
  2. Letakkan setitik kuah di atas jari tangan anda. Jika kuah tersebut tidak meleleh, tandanya sudah cukup manis
•  Kacang Bendi Tetap Segar
Didihkan air panas dan masukkan satu sudu kecil minyak masak. Kemudian rebuslah kacang bendi tanpa memotong mana-mana bahagian untuk mengelakkan ia dari berlendir. Tetapi, jangan merebus terlalu lama.

•  Menghilangkan Lendir Pada Ubi Keladi
Caranya, kupas ubi keladi dan potonglah mengikut keperluan masakan. Sediakan bekas yang berisi air yang telah dicampurkan dengan satu sudu teh kapur (makan) sirih. Masukkan ubi keladi berkenaan dan basuhlah sehingga lendir-lendir berkurangan. Toskan dan bilas denga air bersih.

•  Mengatasi Rasa Pahit Buah Peria
Hiris buah peria mengikut keperluan masakan. Kemudian gaulkan buah peria yang telah dihiris itu dengan garam kasar. Biarkan selama 5 minit. Selepas itu cuci buah peria tersebut beberapa kali dengan air bersih sebelum dimasak. Hasilnya buah peria yang telah dimasak itu tidak akan berasa pahit apabila dimakan.

•  Melemakkan Masakan Pulut

Untuk menyedapkan pulut yang dimasak. Caranya, rendam pulut semalaman kemudian masak denga air kelapa

•  Menanggalkan Kerak

Caranya, rebus kulit kentang di dalam bekas yang mengandungi kerak tersebut selama beberapa minit. Setelah air panas, kerak tersebut akan tanggal dengan sendirinya.

•  Harumkan Bawang Tumis
Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih pastikan bawang putih itu dicincang dahulu. Untuk bawang merah pula, masukkan sedikit garam ketika menumis. Pasti wangi baunya .

• Mengurangkan Rasa Pedas Cili
Sebelum cili hijau, cili padi atau cili merah dimasak gulai, bukan sahaja tampuknya perlu dibuang tetapi bahagian hujung cili juga harus dibuang jika hendak mengurangkan rasa pedas apabila dimakan.

•  Mengelakkan Pedih Mata Ketika Mengupas Bawang
Untuk mengatasi masalah pedih mata ketika mengupas bawang. Simpan bawang yang hendak digunakan di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum digunakan.
Bawang akan lebih mudah dan cepat disiangkan selepas dikeluarkan dari peti sejuk.
tau; pedih mata boleh juga dielakkan dengan cara mengupas bawang di dalam air.

•   Merangupkan Kentang Goreng
Caranya, setelah dikupas kulit, dibasuh dan dipotong, gaulkan kentang tersebut dengan garam secukupnya sehingga rata. Kemudian masukkan kentang tersebut ke dalam bekas yang berlubang seperti penapis santan dan toskan 1 - 2 jam hingga kentang kering. Selepas itu gorenglah kentang tersebut menggunakan minyak yang banyak di atas api sederhana agar betul-betul rangup. Pasti rangupnya seperti yang dibeli dari kedai makanan segera.


Berakhir sudah entri petua dengan anda. Insya-Allah akan datang ada petua lagi  yang ingin dikongsikan bersama... ...


By Fatihah Anis

Sumber untuk kuih tempatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kuih tempatan...dah lama tak makan. Tadi melihat blog rakan seperjuangan berkaitan dengan kuih bronok..nampak menarik betul gambarnya. Amboi..amboi zainor..pandai tunjuk jer ker..buatnya pandai ke tak?hehehe. Menikmati kuih tempatan ini memang seronok dan sedap tapi adakah kita mengetahui dari sumber apakah kuih ini.

Dahulu ketika saya di bangku sekolah menengah, saya suka makan kuih yang dibuat oleh rakan saya memandangkan keluarga beliau menjual kuih. Kerap kali saya nak makan kuih yang dibuat oleh beliau tapi tak tahu namanya. Maka, saya akan menyebut begini "hmm..kuih yang warna hijau..dalam tu macam ada kelapa lar"..."kuih tu bulat..luar dia warna ungu..lepas tu ada kuah keliling.." ...."kuih tu warna kuning..tengah-tengah tu  macam ada isi ayam..ada cili sikit".."kuih tu warna hitam..lepas tu ada salut kelapa" dan macam-macam lagi. Tapi Sekarang tak lagi memandangkan saya dah mengetahui sedikit sebanyak kuih  tempatan memandangkan saya telah  mempelajarinya di kelas Masakan penyediaan timur.

Saya ada sedikit info berkaitan dengan kuih tempatan dengan anda semua. Untuk itu, mari kita sama-sama ketahuinya. Kuih tempatan adalah kuih-muih yang dibuat daripada bahan tempatan. Kuih ini merupakan kuih tradisional yang mencerminkan kebudayaan kita dan sehingga sekarang kuih tempatan masih popular dihidangkan sama ada di rumah, di majlis-majlis, di hotel-hotel yang terkemuka dan lain-lain tempat di negara kita.

Jenis-kenis kuih tempatan

Bahan yang selalu digunakan adalah seperti berikut:

Bahan dan Jenih Kuih:

 
1) Beras Pulut
  •  Lopis
  • Pulut Serunding
  • Pulut Seri Muka
  • Lemang
  • Wajik
  • Pulut Inti
  • Pulut Udang
  • Ketupat
  • Kuih Cang
   
2) Tepung Pulut
  • Buah Melaka
  • Tepung Gomak
  • Kuih Biji Nangka
  • Badak Berendam
  • Kuih Bidara
  • Kuih Bakul
  
 3) Tepung Beras
  • Kuih Lompang
  • Kuih Lapis
  • Tepung Pelita
  • Kuih Jongkang
  • Bingka
  • Tepung Pasung
  • Apam Tepung Beras
  • Lompat Tikam
  • Kuih Talam
  
 4) Pisang
  • Nagasari
  • Jemput Pisang
  • Lempeng Pisang
  • Pulut Pisang
  • Pisang Goreng
  • Lepat Pisang
  
5) Ubi Kayu

  • Onde-Onde Ubi Kayu
  • Binka Ubi
  • Lepat Ubi Kayu
  • Ubi Kayu Rebus
 
 6) Sagu
  • Abuk-abuk

7) Keledek
  • Kuih keria
  • Kuih Kacau Keledek
  • Onde-Onde Keledek
  • Kuih Badak Keledek
  
8) Keladi
  •  Kek Keladi
  • Keladi Goreng

9) Kacang Dhal
  • Vadai


Info untuk saat-saat akhir...sampai di sini sahaja perkongsian dengan anda...Insya Allah kita bersua lagi.jumpa lagi..bye...bye.....


By Fatihah Anis

RESEPI NASI GORENG HAJI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Banyak pula perkongsian resepi .Untuk entri kali ini, saya nak bercerita mengenai nasi goreng haji. Nasi goreng ini memang mudah untuk disediakan...lebih-lebih lagi resepi ini merupakan resepi yang sering dibuat oleh abang saya. Penat saya memikirkan untuk update sesuatu yang lain daripada yang lain...akhirnya, saya cuba untuk  update mengenai nasi goreng yang sering dimasak olah keluarga saya. Boleh kan..sekadar perkongsian cerita dan resepi. Dalam kesibukan anda mencari resepi, saya selitkan cerita-cerita menarik.

Cerita resepi ini bermula apabila mak dan ayah ke Tanah Suci Mekah. Bermakna tiada siapa yang akan memasak memandangkan hanya abang dan adik lelaki sahaja dirumah. Apabila mereka kelaparan, mereka hanya makan nasi goreng buatan sendiri sehingga saya gelarkan sebagai nasi goreng haji....Resepi ini pernah dibuat oleh abang tapi jarang-jarang sebelum ini sehinggalah mereka membuatnya tiap-tiap hari. Oleh  itu, kita lihat apakah bahan-bahannya:)

NASI GORENG HAJI
Porsi: Seorang

Bahan-bahan:
2 cawan nasi
1 sb cili giling
1 sb tomato sos
1 sb cili sos
1 sb sos tiram (jenama adabi)
1/2 sudu kicap masin(jenama cap kipas udang)
1/4 kiub pati ayam (hancurkan terlebih dahulu)
Sebiji telur
Minyak 30 gm

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak dengan api yang kecil
  2. Masukkan cili giling dan masak dalam 2 minit.
  3. Masukkan pula sos tomato, sos cili, sos tiram dan kacau.
  4. Apabila kesemua bahan telah sebati dalam kuali, masukkan pula telur dan kacau.
  5. Masukkan nasi dan gaul sehingga rata dan taburkan pula kiub pati ayam.
  6. Hiiaskan dengan bawang goreng dan hidangkan.

Selesai sudah resepi nasi goreng haji. Bagi pembaca blog yang bergelar lelaki bujang atau anak dara yang tidak tahu memasak..bolehlar cuba resepi abang saya ini. kalau ada sebarang masalah, boleh letak komen dan saya akan sampaikan padanya.Sekian..terima kasihhh dan selamat mencuba...



p/s: kredit to angah saya yang rajin memasak macam saya..heheheh....


By Fatihah Anis

Koleksi Resepi Thai: Salsa Thai dan Ayam Mali

Assalamualaikum dan halloooo....

Alahai..Thailand lagi yer..Seronok pula melihat masakan Thailand...Saya memang memberi bayangan kepada anda bagaimana negara Thailand dan masakannya. Jum kita tengok resepi salsa Thai pula..


RESEPI SALSA THAI


Bahan-bahan

1 biji timun
2 biji cili banggala hijau 2 tangkai daun ketumbar
2 tangkai daun bawang1 tangkai daun sup
Sedikit  daun pudina
2sm halia
2 Sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos cili Thai
1 Sudu  kecil sos ikan
1 sudu kecil gula pasir
2 biji cili merah
2 biji cili padi
1 biji cili hijau
Sedikit serbuk lada hitam & garam


Cara  membuatnya:

  1. Timun dipotong anggaran 5cm. Buang bahagian tengah dan hiris nipis-nipis seperti membuat acar. Ketepikan.
  2. Satukan jus limau nipis, minyak masak, sos cili Thai, sos ikan, gula pasir, garam dan serbuk lada hitam. Gaulkan hingga rata.
  3. Masukkan timun, semua cili hiris dan bahan (A) dalam mangkuk, bubuhkan campuran sos tadi  hingga rata.
  4. Hidangan  ini enak dimakan sejuk

(Bahan rujukan : Majalah Aneka Hidangan Sayur – tahun 2012)





AYAM MALI (TOM KBA KAI)

Bahan-bahannya:

6 keping lengkuas kering atau 4 sudu serbuk lengkuas
1 ekor ayam panggang seberat 1.25kg
2 1/2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
½ camca tea lada hitam
2-3 akar ketumbar, dimayang
6 hirisan kulit limau  atau isi limau
3 tangkai daun limau
2 camca besar pati perahan limau
3 biji lada hijau
1 1/2 camca tea garam
1 camca besar kicap ikan
3 camca besar daun ketumbar

Cara Menyediakannya:
  1. Rendam lengkuas kering dalam air panas selama 30 minit
  2. Potong ayam berkeping-keping dan masukan dalam periuk bersama santan cair, lengkuas, lada hitam, akar ketumbar, isi atau hirisan kulit limau, lada, garam dan daun limau. Biarkan sehingga mendidih, tutup periuk dan biarkan sehingga mendidih, tutup periuk dan biarkan  hingga ayam empuk. Kacau sekali-sekala.
  3. Masukkan santan pekat dan kacau hingga mendidih semula. Angkat dan bubuh kicap ikan  dan pati limau. 
  4. Hidangkan  dalam mangkuk besar dan dihias dengan hirisan daun ketumbar diatasnya, bersama nasi putih dan nasi kukus


(Bahan rujukan : Majalah SAJIAN Jelita  ke 19 , Februari 1994)

Sekian sahaja entri untuk masakan Thai...jum memasakkk....bye..bye




By Fatihah Anis