Friday, September 28, 2012

~KAMI~

Assalammualaikum dan selamat sejahtera...

Selamat datang ke blog kami..Kenapa Kami??? Kerana kami terdiri daripada 3 orang bakal guru yang akan berkongsi segala resepi  yang telah dicuba , dan dihimpunkan untuk dikongsi bersama. Tujuan asal blog ini adalah untuk tuntutan subjek terakhir kami iaitu Masakan Timur yang memerlukan kami untuk membuat blog. Terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Pn Su dan Pn Ida kerana mengerah kami untuk membuat blog, maklumlah, sekian lama wujudnya blog-blog tidak pernah terfikir untuk kami membuat blog. Pelbagai alasan di minda kami, tidak reti berkata-kata lah, tidak kreatiflah dan pelbagai alasan malas lagi..hehehe:)

Sedikit latar belakang kami. Kami ini terdiri daripada 2 orang anak dara (belum kahwin ya:) dan seorang jejaka malaya pilihan hati gadis Timur (hehehe). Lahir dari negeri yang berbeza dan dibesarkan juga dari keluarga yang berbeza latar dan belakang tetapi mempunyai ikatan persaudaraan , iaitu saudara SEISLAM.
Namun ya pembaca yang ayu-ayu dan kacak-kacak sekalian :), perpebezaan itu tidak menghalang untuk kami beraksi di dapur yang satu.3 Rasa tetapi menjadi 1 Rasa.

Nantikan resepi kami untuk dikongsi bersama anda yang  disayangi, juga coretan kami tentang aktiviti seharian kami sebagai sepunuh masa seorang pelajar dan bila ada masa lapang coretan tentang kampung kami yang pastinya berbaza-beza.

Akhir sekali,, sekiranya mempunyai idea, pandangan untuk dikongsi bersama bolehlah emailkan kepada :
tigarasa2012@gmail.com
Emailkan juga sekiranya ada kata-kata kami yang menyakitkan hati anda.(hu...kami manusia kadangkala ada juga salahnya :(
sekian , jumpa lagi di entry akan datang.:)

~~sALAM sAYANG:::)))
     
                                                                 ~   Gambaran  aksi KAMI ~